Balik dari kantin
tadi aku asyiklah terfikir perihal Si Intan Liyana tu. Erm, Intan Liyana! Kenapa
dia tidak dipanggil Intan je? Kan wajah dia bersinar dan bercahaya seperti
intan berlian?
Mujur pagi ni aku
free sikit. Mesyuarat dengan pengurus bahagian dibatalkan. Kadang-kadang rasa
macam aku ni digajikan hanya untuk menghadiri mesyuarat je. Bukannya aku suka
sangat menghadiri mesyuarat, bosan dan mengantuk kadang-kadang. Malangnya aku
tak boleh curi-curi tidur. Sebab biasanya banyak sangat soalan yang berkaitan
bahagian aku akan ditanyakan secara direct
sama ada kepada aku ataupun big boss
aku.
Selalunya akulah
yang kena menjawab, sebab big boss
aku suka mengelat, tak nak menghadiri mesyuarat dan serahkan bulat-bulat
tanggung jawab tu kat aku. Rasa macam nak mintak je 30% gaji bulanan dia tu
sebab jadikan aku balaci dia. Tak pun
separuh daripada jumlah bonus beribu-ribu lemon yang dia dapat tu. Hai la
nasib!
Nasib baik otak gred
A aku ni bergeliga. Aku e-mel Yana dan beritahu dia aku teringin nak makan
bubur kacang durian. Semalam dia bawak balik buah-buahan dari kampung,
termasuklah beberapa biji durian. Dia ada offer
aku suruh bawak balik durian ke rumah, tapi malaslah aku nak makan
sorang-sorang. Mama, papa dan Kak Intan bukan penggemar durian, tapi kalau
tempoyak dia orang makan. Pelik gak tu.
********************
Kerana idea nak
makan bubur kacang durian itulah aku dan Yana dah berada di kedai mamak yang
biasa dia kunjungi dengan Ben tu petang ni. Bagus Yana ni, beritahu semalam
hari ni dah dapat. Sayang jugak dia kat aku, cepat dia tunaikan permintaan aku
ni. Alhamdulillah!
“Dah oder?” aku
tanya dan dia hanya mengangguk.
Muka dia masam je,
tak macam masa aku curi-curi tengok ketika dia sedang tidur di pejabat waktu
rehat tadi. Masa tu muka dia kelihatan tenang dan comel je. Tapi masa bai tu tanya tentang Ben pandai pulak dia
jawab sambil senyum. Apa bai tu lebih handsome
daripada aku ke di mata dia?
Kalau ya memang Yana
ni kena pakai cermin matalah aku rasa. Bai tu dahlah tak berapa cerah kulitnya,
umur pun dah separuh abad aku rasa. Mahu anak dia dah berderet kat negara asal
dia tu. Dengan dia jugak kau nak ukir senyuman ye Yana, sakit hati aku ni tau
tak? Sungguh tak adil!
Dia macam pelik je
apabila air minuman kami sampai serentak dengan bubur kacang durian yang telah
diisi ke dalam mangkuk. Aku minta ane tu panaskan tadi walaupun rasanya ada
tertulis di kaunter tu ‘No Outside Food
Allowed’. Nasib baik dia tak banyak songeh. Dia tuang bubur kacang durian
dalam mangkuk dan masukkan dalam microwave. Ala, bukannya susah sangat pun. Takkan
dengan customer pun nak berkira.
“Kenapa tak oder
makan?” aku tengok je dia ambil cawan berisi air nescafe panas dan letak kat
depan dia.
“Malas!” itu jawapan
selamba badak dia kat aku. Badak pun terkejut kalau dengar jawapan dia ni.
Apabila aku tanya
takkan makan pun malas dia mengiyakan dan kata dia memang pemalas. Ingat aku
kisah ke dia rajin ke malas? Aku akan tetap suka kat dia walaupun dia malas nak
suap makanan ke mulut sendiri. Aku rela je tolong suapkan. Apa pun aku rela je
demi untuk dia. Sumpah!
Haish! Muka cantik dan comel tapi keras kepala batu betullah dia ni. Ada
ke dia nak balik naik teksi? Rasa macam nak je angkat dan masukkan dia dalam
kereta. Tak takut ke kena kidnap
kalau naik teksi?
Ha... tau takut
apabila aku berikan sebab dan alasan kenapa aku tak bagi dia naik teksi. Aku boleh
hantar dia sampai depan rumah, free
pulak tu. Ada hati dia nak naik teksi. Memang la dia ni!
*******************
Pagi tu aku nampak
dia di kantin, sedang menikmati sarapan sendirian. Kalau datang naik bas memang
dia akan sampai awal. Mesti Dina dan Zuraini belum sampai sebab setahu aku dia
orang berdua tu car pool ke tempat
kerja.
Aku buat isyarat kat
Faridzul, tanda aku nak usyar Yana dan
dia anggukkan kepala sambil tunjuk ibu jari kat aku. Sporting kawan aku tu rupanya. Biarlah dia makan dengan geng-geng
lain. Esok-esok aku join la balik dia
orang makan kat meja depan tu.
“Assalamualaikum!”
aku beri salam serentak letakkan pinggan dan cawan. Lepas tu aku duduk kat
depan dia. Nampak la muka terperanjat dia tu. Ala-ala muka tak suka pun ada
apabila nampak aku terjengul kat depan dia ni.
“Waalaikumsalam...”
perlahan je suara dia menjawab. Nampak sangat dia tak suka aku duduk kat sini. Erm, ada aku kesah? Aku akan duduk jugak
kat sini walaupun dia halau aku. Lagipun kerusi dan meja kat kantin ni syarikat
yang beli. Lainlah kalau beli guna duit dia.
“Yana apa khabar?”
aku berbasa-basi. Amboi... dia punya jelingan. Tahulah semalam aku baru ‘dating’ dengan dia kat kedai mamak tu. Takkan
tak boleh tanya khabar pulak pagi ni? Mana tahu kalau-kalau malam tadi dia kena
selesema ke, kan?
“Sihat!” dia jawab
juga akhirnya. Susahnya nak dengar suara emas dia pagi-pagi macam ni.
Aku pandang kat
pinggan depan dia, adalah dalam sesenduk nasi goreng dan seketul kecil ayam
goreng. Aku rasa dia tak makan pun lagi, dari jauh tadi aku nampak dia
terkuis-kuis je makanan tu dengan sudu kat tangan kanan dia tu. Rasa nak je
tolong suapkan.
“Bubur kacang durian
Yana tu memang sedap sangat. Sampai termimpi-mimpi malam tadi!” dia diam je,
tak kata apa pun atas puji-pujian aku ni. Muka pun nampak macam nak sagat muka
aku dengan kulit durian je. Garang juga si comel ni rupanya. Takpe, garang pun aku suka!
“Yana suka kerja di
syarikat ni?” cehhh, cara tanya macamlah ini syarikat aku yang punya.
Lega aku nampak dia
anggukkan kepala. Kalau dia jawab tak suka mahu aku kecik hati tujuh hari tujuh
malam. Ha, jangan beritahu aku dia suka kerja kat sini sebab Ben sudahlah. Nanti
bukan takat hati aku je kecik, usus aku pun boleh jadi pendek dibuatnya.
“Yana kerja under Khairi dan Liza, kan? Setahu saya
dia orang tu baik orangnya.” Aku pun macam dah tak tahu nak sembang apa dengan
dia yang bersikap dingin ni.
“Ya, dia orang memang
baik. Sebab tu saya suka kerja kat sini...” baru aku nampak dia suap makanan
kemulut lepas jawap soalan aku.
“Baguslah, harap
Yana akan kerja lama kat sini.” Aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakapkan
ni. Sebabnya, kalau dia ada niat nak berhenti kerja akulah manusia yang paling
kecewa sekali dalam dunia ni.
“Insya-Allah...!”
lembut je bunyi suara dia, buat hati aku bergetar.
Aku pun mula suap
makanan sambil fikir idea nak teruskan perbualan. Aku tengok nasi goreng dalam
pinggan dia tinggal sikit lagi berbaki. Haruslah dia tinggalkan aku
sorang-sorang je kat sini nanti. Bukannya boleh kira jugak tindakan dia ni. Buat
aku macam halimunan je kadang-kadang.
“Yana tahu tak rumah
kita berdekatan?” aku nak ambil dan hantar dia ke tempat kerja sebenarnya. Aku dapat
rasa dia takkan setuju kalau aku ajak pun. Tapi aku nak juga mencuba nasib. Manalah
tahu, kan?
“Entah... tak tahu
pun!” bunyi menjawab tu pun dah tak memberangsangkan. Aku memang geramlah
dengan dia ni. Aku bawak lari ke sempadan Siam karang baru tau. Tak fasal-fasal
dia jadi bini aku! Baru padan muka dia!
“Ni lah nak beritahu
ni... rumah saya tak jauh pun dari rumah Yana tinggal tu. So... saya boleh jemput Yana ke pejabat dan hantar Yana balik
sementara...”
“Tak payahlah! Bas kan
ada...” belum sempat aku habiskan ayat dia dah menjawab. Amboi, potong tang korner nampak? Aku nak cakap yang
aku boleh ambil dan hantar dia sementara ketiadaan Ben. Boleh tahan juga dia
punya berangin! ‘Sabar Ikmal, sabar!’ Aku pujuk hati.
“Saya dah habis
makan, pergi dulu ya Encik Ikmal!” serentak dengan tu dia bangun, capai pinggan
dan cawan, lepas tu terus blah tanpa
sempat aku berkata apa-apa. Kan aku dah kata? Haish!
Aku kena fikir cara
untuk mendekati dia ni. Biarlah semahal mana pun dia nak ‘menjual’ aku tetap
sudi nak ‘membeli’.
‘Yana, aku akan
letak mata aku kepada kau. Lepas tu aku akan letak hati aku. Selagi aku tak
dapat kau, aku takkan berhenti berusaha. Fighting
Ikmal!’ aku jerit dalam hati.
‘Jaga kau Yana!’
nmpk Sgt Yana bo layan
ReplyDeleteMemang bo layan sebab Yana asyik teringatkan Ben... :)
DeleteRindu nak baca cerita awk tp td masa search kt google...tgk blog dh kne remove. Kenapa?
ReplyDeleteCik Fara... blog lama tu ada virus agaknya. Ramai yang tak boleh buka, jadi saya tukar link yang baharu. Isinya tetap sama... terima kasih sudi baca dan sudi bertanya... :)
Deleteaku suka baca novel nii . sweet gilaa !! smpai baca 2 kali , memang seronok smpai bawa kat mimpi .. hahaha .. ben smpai masuk mimpi aku ;) dah habis baca satu novel " Dah Jodoh I Dengan You " ..
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca dan sukakan novel ni Cik Nur Suhaila... saya sangat2 menghargainya... :)
Delete