Tuesday 1 October 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 6






Bab 6

Malam tu aku memang tak boleh lelap walau sepicing pun. Dah 2 jam aku berguling-guling atas katil ni. Bergulung dengan selimut macam kepompong dah rupanya. Naz dah lama belayar ke Tanjung Harapan. Ceh! Senang sungguh dia ni melelapkan mata. Gaya orang yang tak ada masalah je. Jelesnya aku.
Kemudian aku baca surah al-Kahfi, ayat 1 hingga 10. Kata ustazah aku dulu kalau susah nak tidur bacalah surah al-Kahfi sama ada sepuluh ayat yang awal ataupun sepuluh ayat yang akhir. Kenapalah aku tak terfikir benda ni dua jam tadi? Kan dah rugi. Lepas tu aku pun tak sedar apa-apa dah. Tau-tau jam loceng berbunyi pukul 5:30 pagi. Semangat gila aku nak attend interview.
Lepas solat subuh lama aku duduk atas sejadah. Macam-macam aku doa dan minta pagi ni. Aku takut sebenarnya sebab ini pengalaman pertama aku akan ditemuduga. Lebih takut daripada nak ambil peperiksaan. Yelah, masa periksa kan ramai-ramai kat dalam dewan. Ini nanti mesti sorang-sorang kena tanya dengan panel penemuduga. Dahlah bahasa Inggeris aku paras hidung je. Masak aku nanti!
Aku pakai seluar slek hitam, kemeja warna krim dengan jalur-halus menegak warna maroon. Jaket hitam a.k.a blazer aku sangkutkan di lengan kanan. Dengan lafaz Bismillah aku turun ke tingkat bawah. Jam belum pun menunjukkan angka 6:30 pagi. Kalau hari-hari macam ni tak lama lagi jadi pekerja cemerlang aku ni. Itu pun kalau aku dapatlah kerja tu kan? Tolong doakan eh!
“Mari minum Yana!” Kak Yati sedang menuang air ke dalam cawan sewaktu aku tiba di meja makan. Ada roti bakar atas meja, siap dengan mentega dan jemnya sekali. Aku ambil tempat setentang dengan Kak Yati. Masa aku keluar dari bilik tadi Naz baru bangun tidur.
“Kat mana nak ambil teksi, Kak Yati?” Aku ambil peluang bertanya. Aku harap senanglah dapat teksi pagi-pagi ni walaupun rasa macam tak berapa cerah harapan aku tu. Sebabnya masa aku jenguk keluar tadi keadaan masih sunyi sepi lagi.
“Oh, lupa nak beritahu. Dalam jam 7 nanti Ben akan jemput Yana. Pergi dengan dia ya.” Aku yang dengar nama mamat semalam tu terus ambil keputusan nak keluar awal. Aku tak nak pergi dengan mamat tu. Tak patut aku menyusahkan dia. Biarlah aku pergi sendiri, aku mesti berdikari. Cepat-cepat aku habiskan air dalam cawan. Aku tak makan pun roti bakar tu sebab nak cepat. Aku salam Kak Yati dan cepat-cepat menuju ke pintu. Nasib baik Kak Yati dah buka kunci pagar depan awal-awal. Senanglah aku nak chow.
Kak Yati hantar aku sampai di pintu pagar. Hari masih gelap lagi. Masa aku nak melangkahkan kaki nak mula berjalan ke arah stesen bas yang terletak depan padang permainan aku terperanjat sebab aku nampak kelibat seorang lelaki sedang bersandar di keretanya yang berwarna putih.
Good morning Benny!” Tiba-tiba aje aku dengar suara riang Kak Yati, kemudian dia mendahului aku menuju ke arah Benjamin. Aku dah terpacak kat sini, macam tak boleh bergerak dah.
Good morning Kak Yati, Yana!” Benjamin pamer wajah riang. Tersenyum dan melambai ke arah Kak Yati dan aku. Rasa macam boleh nampak kesemua 32 batang gigi dia yang putih bak mutiara. Macam model iklan ubat gigi pulak dah.
“Jaga adik Kak Yati baik-baik tau!” Kak Yati cakap kat dia dan kemudian gamit aku. Aku berjalan setapak-setapak. Perlahan-lahan, lagipun ini kali pertama aku pakai kasut tumit tinggi 4 inci tu. Naz yang suruh aku beli kasut ni sebab dia kata aku kurang inci. Nak kata aku pendeklah tu.
Nasib baik kasut yang aku pakai ni selesa, padanlah dengan harga yang aku kena bayar. Memang berbaloi-baloi. Kalau gagal temuduga hari ni harus aku jual kasut ni!
Hai sweetie!” Lembut suara Benjamin beralun masuk ke telinga. Mujur Kak Yati tak dengar sebab sebaik aku berdiri depan Benjamin, Kak Yati pun minta diri masuk ke dalam. Nak bersiap-siap pergi kerja.
Benjamin bukakan pintu kereta untuk aku masuk. Lepas tu dia siap tutupkan pula sebelum dia memandu. Bau wangian yang dia pakai semerbak masuk ke lubang hidung aku. Aku jeling mamat kat sebelah ni. Segaknya dia dengan slek hitam dan kemeja lengan panjang kuning cair. Siap bertali leher  segala. Kemasnya dia. Hensemmmm
“Yana nampak sangat cantik. Lain daripada yang lain…” Suara Benjamin yang ala-ala romantik tu kedengaran. Bulu roma aku dah meremang. Apa yang lainnya aku dengan orang lain ya? Rasa sama je… aku berjalan guna dua kaki jugak, bercakap pun guna mulut. Belum pernah lagi aku bercakap guna telinga.
“Kenapa tak angkat called saya? Banyak kali saya called, dari malam tadi lagi.”
Err…” hanya itu yang mampu aku katakan. Memang aku perasan nombor yang sama called aku banyak kali malam tadi. Tapi aku memang sengaja tak nak angkat nombor yang aku tak kenali. Sebab aku pernah terima panggilan lucah masa aku kat universiti dulu. Tu yang aku fobia nak angkat sebarang called macam tu aje.
“Subuh tadi pun saya ada called… Yana tak sudi nak angkat called saya? Tak sudi nak pergi dengan saya?” Alamak, drama syahdu apa pulak pagi-pagi ni. Aku memang speechless dah. Terbang menghilang semua kosa kata aku. Kaku, kelu, terkedu.
“Sengaja saya tunggu awal-awal depan rumah. Saya memang dah agak yang Yana nak pergi sendiri, kan?” Entah kenapa macam jauh hati je suara dia aku dengar. Apa hal ni beb? Janganlah drama king pulak pagi-pagi ni. Aku tak nak menyusahkan dia aje. Dia patut berterima kasih kat aku.
“Kan saya dah cakap semalam. Saya akan bawa awak ke sana. Saya bekerja di sana. Saya coordinator untuk temuduga tu nanti!” Sambung Benjamin lagi. Alahai… kenapa tak cakap awal-awal dia coordinator temuduga tu? Kalau tak dari semalam lagi aku cuba ambil hati dia. Untung-untung dapat markah lebih. Adoyai… kan dah rugi.
“Saya minta maaf Mr. Benjamin. Saya bersalah… maafkan saya.” Tu je aku mampu cakap. Memang salah aku dan terpaksalah aku minta maaf. Takkan aku nak bertegang urat dan menegakkan benang yang basah di sini. Ada jugak yang tak sampai ke tempat kerja karang.
“Panggil saya Ben aje.” Aku cuma diam.
“Saya mesti denda Yana!” Dia cakap dengan tegas dan pandang aku sekilas. Amboi nak denda-denda pulak, ingat dia tu cikgu sekolah ke hapa? Sempat dia hadiahkan senyuman yang… oh, manisnya senyuman dia. Aku cuma boleh bayangkan wajah Daniel Henney je saat ni. Ada iras-iras wei.
Sebab kami bertolak awal maka awal jugalah kami sampai ke kilang perindustrian yang bakal menjadi tempat aku mencari rezeki. Itupun kalau kerja tu jadi milik aku la. Apa-apa pun aku kenalah menghadapi temuduga dulu. Harap-harap dapatlah aku kerja tu ya-Allah! Aku tak putus-putus berdoa dalam hati.
“Teman saya makan, itu dendanya!” Ujar Benjamin sebaik dia parkir keretanya di lot yang telah ditetapkan. Aku turun dan tutup pintu, kemudian aku berdiri sahaja di situ. Benjamin ukir senyuman dan ajak aku berjalan dengannya. Perlahan-lahan aku ikut melangkah. Barulah aku tahu azabnya pakai kasut 4 inci ni untuk orang yang tak biasa macam aku. Menyesalnya aku dengar cakap Naz, kan dah kekok nak berjalan.
Tadi okey aje sebab tak ada siapa pandang. Tapi sebaik kami menjejakkan kaki ke kafetaria ke kantin ke apa dia orang panggil tempat makan ni punyalah ramai mata-mata yang memandang. Benjamin hampir meletakkan tangan kirinya atas bahu kiri aku kalau aku tak cepat-cepat berjalan mendahului dia.
“Saya ambilkan makanan, Yana nak makan apa?” Kami berdiri berpandang-pandangan. Aku rasa lagi ramai yang memerhatikan kami berdua. Nak-nak lagi sebab hanya kami yang berdiri berhampiran meja makan. Yang lain masing-masing duduk menghadap sarapan masing-masing.
“Apa-apa pun boleh.” Benjamin suruh aku duduk di tempat yang masih kosong. Aku duduk sambil tundukkan pandangan. Aku perasan kebanyakan dari mereka memakai pakaian seragam. Kata Benjamin, mereka yang bekerja di bahagian pengeluaran kena memakai pakaian seragam. Tak seperti mereka yang bekerja di pejabat, hanya perlu sarungkan jaket yang ada logo syarikat. Kat dalam pakailah baju apa pun. Sebab tu Benjamin berpakaian smart je, tapi aku rasa kalau dia pakai seragam pun dia tetap segak, tampan dan bergaya.
Benjamin datang dan letakkan dua pinggan bihun goreng. Senyum kat aku kemudian dia berpaling pergi. Aku ekori langkahnya dengan pandangan mata. Oh, pergi ambil air rupanya. Kenapalah dia tak suruh aku je ambilkan air. Bukannya susah sangat pun.
“Makanlah!” Dia pelawa aku makan sebaik ambil tempat depan aku. Benjamin hirup perlahan nescafe panas sambil matanya asyik pandang-pandang aku. Ini yang aku malas ni. Kalau orang pandang-pandang macam ni mulalah aku hilang keyakinan. Rasa rendah diri pun bermaharajalela dalam hati. Aku pakai baju terbalik ke? Ke baju aku koyak. Adoyai!
You are so pretty.” Hai… aku agak hobi baru dia start semalam adalah puji-puji aku. Patut ke aku puji-puji dia juga? Kata dia tampan, kacak dan bergaya? Tapi takut pulak nanti kami hanya duduk di sini seharian dan memuji diri masing-masing. Aniaya je.
“Makanlah perlahan-lahan, kita ada banyak masa nak dating pagi ni.” Erkk… kata-kata dia buatkan aku berasa segan. Aku rasa muka aku panas.
“Kena usik sikit dah merah muka. Gadis pingitan.” Benjamin senyum lagi pandang aku. Suap bihun goreng sesudu, sambil kunyah sambil pandang aku. Yang aku pulak terkial-kial kat depan dia. Nak buka mulut pun malu. Aduh.

8 comments:

  1. suke...suke....suke...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Bunga2 cinta... mula menunjukkan rupa... hehe

      Delete
  3. waktu baca bab 6 ni asyik sengih,ketawa dan senyum je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi sengih, ketawa dan senyum dengan Ben-Yana... Cik Fizah...

      Delete
  4. Replies
    1. Pekerja baharu yang ada rupa pasti menjadi perhatian... hehe...

      Delete