Tuesday 1 October 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 7







Bab 7

Aku melangkah keluar dari bilik temuduga dengan kepala yang pusing dan pandangan aku berpinar. Cepat-cepat aku pegang dinding dan kembali ke ruang menunggu berhampiran tempat penyambut tetamu. Aku duduk di situ.
Hampir 20 minit aku ditemuduga oleh 3 orang panel. IT Director, Mr. Ren Kobayashi, IT Division Manager Mr. Leonard Tan dan HR Division Manager Tuan Haji Hafizi. Dan seperti yang dikatakan, Benjamin turut ada di situ sebagai coordinator. Setiap kali aku buka mulut untuk menjawab soalan pasti aku terpandang dia yang asyik senyum dan pandang aku.
Aku tahulah aku lawa, tapi takkanlah 24 jam nak pandang aku je. Haish! Ha… kan dah keluar ayat perasan tahap gaban aku ni. Tapi takpe, sebab Benjamin tu sangat hensem aku reda dan rela ajelah dia nak pandang aku. Aku tak suruh ya, dia yang nak.
Benjamin suruh aku tunggu kat sini. Sepatutnya giliran aku yang pertama ditemuduga, tapi alih-alih Benjamin kata dia tukarkan aku jadi calon kedua terakhir. Sebelum ni dia suruh aku melangak kat meja kerja dia. Mujur kat bahagian training dan resourcing tempat dia tu tak ramai orang. Dia siap kenalkan aku dengan HRD Manager lagi, Tuan Haji Hafizi itulah.
Sebelum aku keluar bilik temuduga tadi dia sempat pesan suruh aku tunggu dia. Banyak songeh betullah mamat ni. Kalau aku ditemuduga awal-awal tadi dah tentu aku sekarang ni tengah lepak-lepak kat rumah. Baring-baring sambil baca novel. Potong betullah. Suka hati dia nak buat keputusan bagi pihak aku pulak. Adoyai!
“Hai! Dah habis temuduga ke?” Zana yang perkenalkan diri sebagai penyambut tetamu tegur aku. Entah apa motif dia nak beramah mesra dengan aku yang tengah pening-pening lalat ni. Namun aku anggukkan kepala dan lempar senyuman separa ikhlas buat dia. Sayang pulak kalau aku nak lempar kasut tumit tinggi hitam aku ni kat dia.
“Intan Liyana, you ada apa-apa ke dengan Mr. Benjamin?” Tu dia, siap sebut nama penuh aku lagi tu. Rupanya nak merisik kut-kut aku ada hubungan sulit dengan Mr. Benjamin je ke? Ingat muka aku ni muka skandal ke? Apakah Benjamin ni memang kaki skandal kat sini? Tiba-tiba aku rasa seriau.
Eh … saya baru kenal dia semalam. Dia ni kawan kakak saya.” Maaflah Kak Yati sebab Yana terpaksa mengaku yang Kak Yati tu kakak Yana.
Ooo… patutlah. Ingatkan you ni girlfriend dia. Tapi you ni muda sangat untuk dia.” Zana sambung cakap. Ramahnya dia ni, memang sesuailah kut dengan jawatan dia tu. Cupcup… adakah dia nak katakan yang Benjamin tu tua? Eh… tua sangat ke mamat tu? Tapi malas pulak aku nak tanya dengan Zana yang bergaya vogue ni. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati je dengan dia ni.
Lepas tu adalah lagi satu dua soalan dia tanyakan kat aku. Lega je hati aku tengok dia blah dan duduk balik kat tempat dia. Ting tong betullah. Aku rasa banyak call masuk tadi dia tak angkat semata-mata nak sembang dengan aku. Poyo sungguh dia ni.
Aku berdiri apabila nampak ketiga-tiga taikun yang temuduga aku tu keluar dan lalu depan aku. Masing-masing senyum pandang aku, yang Jepun tu siap berhenti dan tunduk sikit kepala dia kat aku. Hait! Aku pun tunduk kepala, tapi aku musykil jugak apasal dia buat macam tu kat aku? Dia kan director, dia respek sangat kat aku yang jawab soalan dia dengan sopan santun tadi agaknya. Hehehe
Tak apalah, lepas ni kalau aku dapat jawatan IT assistant tu mau aku tunduk kepala kat dia tiap kali aku jumpa dia.
Aku ni doklah tercangak-cangak tunggu Benjamin. Dah lebih lima minit rasanya lepas director dan manager lain tu keluar dia masih kat dalam. Takkan tidur kut. Tadi dia suruh aku tunggu dia. Kalau betul dia tidur kat dalam tu harus aku pijak dia dengan tumit kasut aku yang runcing ni.
“Tunggu Mr. Benjamin ke?” Ya-Allah, ramah tamah dan busy body sungguh minah penyambut tetamu ni. Aku senyum lagi dan anggukkan kepala. Malasnya nak bersuara. Sayang air liur, lagipun aku tengah dahaga ni. Mana nak cari air ni.
Kemudian Benjamin keluar menghampiri aku dan Zana yang tengah berdiri depan aku. Senyum je mamat tu pandang aku. Kot ya pun senyumlah sikit kat Zana ni. Tak nampak ke minah tu sampai nak koyak mulut senyum kat dia. Buat derk aje.
Give me five more minutes. I’ll be right back.” Lepas cakap macam tu Benjamin berlalu ke pejabatnya.
“You balik dengan dia ke?” Zana masih setia jadi penyibuk tak bergaji.
“Taklah… dia kan kerja. Saya naik teksi je nanti.” Aku jawab dengan yakin. Cukuplah aku menumpang Benjamin pagi tadi takkan aku nak suruh dia hantar aku balik pulak. Lagipun dia bukanlah driver aku.
Tapi tak sampai tiga minit kemudian Benjamin datang kembali.
“Jom sayang!” Dia gamit aku dari pintu keluar bangunan. Zana yang sebelah aku ni dah buntang biji mata. Aku pun sama sebenarnya. Nyaris nak tanggal bebola mata aku ni dari soketnya.
Girl… girlfriend you ke?” Zana tanya dia yang tengah tersengih kat depan pintu kaca tu.
“Tunang I” Selamba dia jawab sambil bukakan pintu kaca tu untuk aku keluar. Ewww, aku cepat-cepat keluar, tak berani nak pandang Zana. Rupanya mamat hensem ni jenis yang tak sayang mulut. Haish!
“Saya hantar Yana balik!” dia bukakan pintu kereta, macam pagi tadi. Aku berdiri tegak je kat situ. Aku nak balik sendiri sebenarnya. Dia ni tak sibuk ke? Bukan dia kena siapkan report untuk temuduga tadi ke?
“Masuklah, saya kerja sekerat hari je hari ni.” Kata dia lagi sambil pandang muka serba salah aku.
Please…” Dia dah depangkan tangan depan aku, suruh aku masuk. Sebab sekarang ni dah waktu rehat maka aku pun masuk. Nanti lagi ramai yang perhatikan kami. Dahlah tadi dia cakap kat Zana tu yang aku ni tunang dia. Kurang asam keping betullah dia ni. Kut ya pun nak sangat bertunang dengan aku bagilah cincin berlian 24 karat. Setakat cakap kosong macam tu je apa kelas… karat betullah.
Benjamin pandu keluar kereta dia perlahan-lahan. Angkat tangan pada pak guard.
“Kita makan dulu ya, laparlah.” Benjamin bersuara sebaik keretanya melepasi jambatan kabel. Siap pegang perut lagi, macamlah aku tak percaya yang dia lapar. Aku pun lapar jugak walaupun pagi tadi dah makan bihun goreng sepinggan. Tapi memang patut pun, sekarang ni dah waktu makan tengah hari.
“Yana ada cadangan nak makan kat mana?” Nak aje aku jawab kat mulut. Tapi nanti dia bajet aku kurang ajar pulak. Punahlah imej gadis Melayu aku ni kalau aku gurau kasar dengan dia.
“Dekat kedai semalam tu pun okey. Nasi ayam dia sedap.” Padan muka. Tanya aku lagi. Mana aku tau area sini, kan? Dia senyum sambil pandang aku. Lama pulak tu. Rasa nak aje aku pusing kepala dia suruh pandang depan. Eksiden kang aku jugak yang masuk spital. Kalau masuk spital kira ada ampun lagi, kalau masuk kubur? Waaaa…. Aku baru nak cari kerja!
Nasib baik lepas tu dia pandang depan dan teruskan pemanduan. Kira-kira nak sampai kat susur masuk ke Puchong Perdana tu aku bersuara.
“Alamak!”
“Kenapa?” Dia pun macam terkejut. Apalah aku ni, dah datanglah penyakit gabra aku ni.
“Saya lupa bawak kunci…” Sedih je suara aku. Inilah padahnya. Malam tadi Kak Yati dah letakkan kunci rumah untuk aku kat atas rak televisyen. Yang aku tak  ambil terus tu kenapa? Ha… kan dah susah?
Mamat sebelah aku ni senyum je dengar aku tak bawak kunci. Ke dia tak dengar apa aku cakap ni? Dia dengar aku lupa bawak kuaci ke apa yang dia asyik senyum simpul ni? Ingat aku ni harmster ke apa nak lunch dengan kuaci?
“Kalau macam tu saya bawa Yana jalan-jalan ya. Kita pergi Putrajaya nak?” Nak  aje aku jawab tak nak. Kalaulah boleh. Putrajaya tu dah jemu dah, banyak kali aku pergi sana masa jadi student kat MSU dulu. Lainlah kalau aku ni berasal dari Sabah dan belajar di UMS, teruja jugaklah aku nak ke sana kan? Kalau pergi Nilai 3 tengok-tengok kain pasang boleh ke? Hahaha
“Boleh ya… kita makan kat sana. Lepas tu boleh shopping-shopping sikit.” Part shopping tu aku tak berapa berkenan. Tak tau ke aku ni takde duit? Walaupun tadi aku teringin nak pergi Nilai 3 tapi itu cuma angan-angan aku okey?  Lainlah kalau dia nak belanja. Err… apa hal pulak dia nak belanja aku, kan? Lelaki ni bukan boleh percaya. Kebanyakannya bersikap ada lori ada bas. Kang tak fasal-fasal tergadai harga diri aku. Tak naklah!

4 comments: