Wednesday 30 October 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 18





Bab 18

Jam 10 pagi aku terima call dari R&D Department yang mengatakan ada masalah dengan laptop seorang pekerja kat sana. Nak aje aku suruh staf yang called tu bawa laptop tu ke mari sebab laptop tu taklah sebesar dan seberat mana, tapi takut pulak. Malangnya semua jurutera yang ada tengah berbincang sesuatu dalam bilik server. Aku tahu Wan dan Jamal yang incharged jabatan R&D tu tapi aku tak nampak pulak kelibat dia orang hari ni. Cuti ke? Nak aje aku minta Gary yang pergi tapi mamat tu tengah duduk menghadap Mr. Leonard. Depa cakap bahasa Cina jadi aku tak tahu sama ada dia orang berbincang ataupun bersembang. Jadi apa pilihan yang aku ada?
Research & Development, tak silap aku kat bangunan nombor 1, tingkat atas. Sekali dengan purchasing, trade dan ofis-ofis yang lain. Berdebar juga aku nak ke sana sorang-sorang namun aku beranikan diri. Lepas aku letak nota kat meja Khairi aku pun berangkat ke sana. Cewah bunyi berangkat tu macam aku naik kenderaan je. Padahalnya aku jalan kaki je ke sana. Bukannya jauh mana pun, masih dalam kawasan kilang ni jugak.
Wah… jabatan ni memang agak besar. Sini paling  ramai jurutera. Aku kena cari Zuraini yang called aku tadi. Sebab aku tak tahu laptop kepunyaan siapa yang bermasalah. Tak lama aku terpacak kat pintu masuk Zuraini datang kat aku. Dari mana dia datang entah, tak nampak pun dia tadi.
“Meja paling belakang, kiri.” Dia tuding meja yang dimaksudkan. Nasib baik tuannya tak ada. Aku cepat-cepat pergi kat sana, duduk dan godek-godek laptop tu. Kalau setakat software problem boleh lagi aku tengok-tengokkan tapi kalau hardware itu memang bukan bidang aku.
Tapi yang aku tau kalau meja paling belakang ni mesti orang ni bos. Sebab local boss semua duduk kat luar. Expatriat je yang ada bilik sendiri. Tapi meja bos ni besar juga dan ada ruang yang luas kat kawasan meja dia tu. Kira orang pangkat-pangkatlah ni, patutlah laptop problem pun panggil orang IT. Macamlah nak bawak mende alah ni ke department aku tu perlukan lori. Haish.
Huh, lembabnya laptop dia ni. Ke dia ada tengok video-video yang tak sepatutnya daripada internet tu? Pornografi ke… muahaha. Mesti dah lama tak scan dan buat configuration kut. Patutlah selalu hang. Bukan manager selalu dapat laptop baharu setahun sekali ke? Apasal aku tengok laptop dia ni tak nampak macam baru pun?
Ha… ni pun tuan dia dah balik.” Aku dengar suara Zuraini. Dia ni aku selalu jumpa kat surau. Ramah juga orangnya. Antara dia dengan Zana aku lagi suka Zuraini ni. Ceh… sempat lagi aku buat perbandingan.
“Tak pernah nampak pun sebelum ni?” Lelaki tu berdiri depan meja dia yang aku tengah guna ni. Aku pun berdiri dan tiba-tiba aku nampak lengan baju dia yang bercorak hasil kerja tangan aku pagi tadi. Sebab dia tengah bercekak pinggang dan tak pakai pun jaket yang company bagi tu, jadi aku boleh nampak jelas kotoran dekat lengan bajunya tu.
“Saya Intan Liyana, baru lima bulan kerja di sini. Err… minta maaf encik. Fasal kejadian kat kantin pagi tadi.” Aku tuding lengan baju dia. Dia ikut sama pandang tempat yang aku tunjuk. Lepas tu dia pandang muka aku. Aku dah nak menggigil ni. Janganlah dia marah aku kat sini. Dahlah ramai tengah ada kat ofis ni. Ben pun tak ada hari ni kalau aku nak mengadu. Emak, tolong Yana!
“Ohh… awak ke? Maaflah saya tak perasan.” Dia masih pandang aku. Dan kemudian pandang laptop dia. Masa aku tengah tunduk tu baru aku perasan label kat laptop dia. Dah expired pun, dia kena ambil laptop baharu kat jabatan aku. Selamat… tak payah aku setel problem kat sini.
“Encik, err… saya bawa balik laptop ni ke IT ya, nanti saya hantarkan laptop baharu.” Aku dah shutdown laptop tu, tinggal nak angkut je bawak balik jabatan aku.
“Tapi dalam tu banyak data saya.” Dia dah berdiri sebelah aku pulak. Aku menapak dua langkah ke tepi. Dia ni pun satu, dah ini laptop dia memanglah dalam ni penuh dengan data dia je. Kalau ada data aku sama kat dalam ni kira ajaiblah, kan? Hahaha
“Saya boleh pindahkan semua data tu ke dalam laptop baharu nanti, atau encik nak copy sendiri?” Aku beri dia pilihan. Dia senyum kat aku. Hensem juga encik ni. Muka macam Nazim Othman, cuma dia bercermin mata. Rambut pun stylo, macam bintang K-pop pun ada. Company ni memang somethinglah… ramai pekerja-pekerja hensem kat sini. Apa hensem tu dikira sebagai salah satu kriteria ke untuk kerja di sini? Kena tanya Ben ni, sebab dia kerja bahagian pengambilan pekerja.
“Awak boleh tolong copykan? Tapi kalau saya bagi awak bawa balik laptop ni saya nak buat apa pulak lepas ni?” Dia tanya aku. Patutkah aku buat cadangan agar dia bantu kakak-kakak cleaner tu cuci jamban? Takkanlah kerja dia bergantung sepenuhnya kat laptop ni. Buatlah kerja manual. Susun dokumen dia yang penuh dalam tray atas meja dia ni ke? Tolong makcik kantin masak kuah mi kari ke, hehehe… Bawah meja dia tadi pun aku nampak ada kotak yang penuh dengan kertas bercetak. Buatlah filing. 5S encik oiii… sahut seruan Jepun.
“Awak bawaklah dulu. Dah siap nanti call saya.” Aku angguk je dan angkut laptop dia sekali. Dah siap nanti aku call Zuraini je. Habis cerita.
***********
Petang tu aku tunggu Benjamin kat luar kawasan kilang. Dia janji nak datang lebih kurang jam 6 petang. Sambil-sambil tunggu aku duduk kat tepi tembok, ada kerusi batu kat situ. Lagipun ramai juga kakak-kakak yang sedang tunggu driver masing-masing ambil.
Oleh sebab aku tak ada kawan nak bergebang maka aku keluarkan novel. Baru nak mula baca muka surat satu. Aku rembat novel Naz. Tiba-tiba je ada sebuah kereta CR-V warna coklat berhenti dekat dengan tempat aku duduk.
“Cik Intan Liyana! Tunggu siapa?” Lelaki yang bernama Ikmal Hakim tu turun dari kereta dan tegur aku. Aku macam tergamam sekejap. Tak sangka dia akan berhenti dan tegur aku kat sini. Terharu kut sebab dia kenal aku.
“Tung… tunggu… ka… kawan.” Ha… kan dah, penyakit gagap aku dah datang. Rasa nak je tampar-tampar pipi sendiri. Kegagapan yang datang sekali sekala ni sengaja nak menjatuhkan martabat aku. Haish! Aku takut dia fikir aku ni memang gagap permanent pulak nanti.
“Balik mana?” Dia sandar dengan penuh bergaya kat kereta besar dia yang nampak mewah tu.  Kayanya kilang ni, berapa juta sebulan dia bayar gaji semua manager-manager kat sini? Semua pakai kereta besar-besar. Dahsyat. Kagum aku.
“Puchong Utama.” Kali ni aku dah tak gagap. Hoyeyyy… Tapi ishk… ishk, yang aku gatal-gatal mulut beritahu dia tempat aku tinggal tu kenapa? Jujur tak bertempat kut aku ni.
“Pasti ke kawan tu datang? Kalau tak, saya boleh hantarkan. Saya pun duduk area sana.” Laaa… dia dok area rumah Kak Yati dengan Ben jugak ke? Agaknya depa bincang sama-sama masa nak beli rumah dulu kut.
“Insya-Allah, sekejap lagi sampailah kawan saya tu. Maaf ya fasal kotoran kat lengan baju tu.”  Banyak betul ayat klise aku hari ni. Doklah ulang perkataan maaf fasal kejadian pagi tadi tu. Dia senyum.
“Tak apa, perkara kecil aje. Biasa saya hantar ke dobi je.” Kira baik juga dia ni. Tak marah dan tak kisah nak tegur aku kat sini. Yelah, diakan manager sedangkan aku ni hanyalah kuli batak je kat kilang ni. Sungguhlah berbeza darjat aku dengan dia ni, bak kereta kancil dengan CR-V.
“Sayang, sori I lambat.” Aku dengan Ikmal serentak toleh ke arah datangnya suara tu. Ben dah sampai. Aku bangun. Aku perasan Ikmal pandang aku dan kemudian pandang Ben silih berganti. Dia terperanjat dengar Ben panggil aku sayang tadi kut. Sebenarnya aku pun terperanjat sebab Ben berani panggil aku sayang kat tempat terbuka macam ni. Memang  nak kena pijak kaki dia ni.
Eh, Ikmal! Bila balik?” Dia hulur tangan kat Ikmal. Macam baru perasan je ada sorang lagi makhluk spesis yang sama macam dia wujud kat sini. Bersalaman, siap tepuk-tepuk bahu masing-masing lagi. Nampak macam rapat je.
“Balik minggu lepas. Hari ni baru mula kerja. Ada kenangan manis dengan Cik Intan Liyana ni di kantin pagi tadi.” Dia cakap sambil senyum pandang aku. Lepas tu dia kenyit mata pulak. Kenangan manis ngek dia. Bukan kenangan panas ke? Kena siram kuah mi kari. Aku tengok muka Ben dah kelat semacam. Macam tertelan asam kelubi je. Ah, sudah…
Shall we?” Ben bersuara dan aku mengekor Ben ke arah keretanya yang diparkir kat tepi jalan. Ikmal pun lepas tu terus masuk dan  pandu keretanya pergi dari situ.
“Kita minum petang dulu ya?” Aku angguk je sebab aku memang agak lapar. Last makan pagi tadi. Mi kari yang telah menyebabkan satu tragedi. Aku senyum tengok Ben pegang-pegang perut masa dia kata lapar tadi. Tindakan spontan kut, asal cakap lapar je mesti pegang perut. Cubalah pegang rambut ke hidung ke, kan ada kelainan tu?
“Wah, happy hari ni ya? Ada kenangan manis lagi pagi tadi. Baru sehari I tak ada dah nak cari pengganti ya?” Ben sindir aku. Ceh! Cara cakap tu macamlah dia tu laki aku.
Laa… cemburu ke? Siapa suruh cuti orang-sorang? Tak ajak saya sekali?” Aku kerling jam tangan yang menunjukkan angka 6:15 petang. Jam bertali kulit warna hitam ni Ben hadiahkan masa hari jadi aku minggu lepas. Aku tak cakap pun bila hari jadi aku. Mungkin dia tengok data aku kat HR kut. Siap belanja aku makan kat hotel lagi. Ala-ala candle lite dinner gituh! Masa nak balik siap bagi aku kek yang sedap dari Secret Recipe. Pemurah betul dia ni. Banyak sangat duit dia agaknya. Tu yang rajin sangat belanja aku walaupun kerap kali aku tolak. Iyelah, aku kan ada gaji sendiri sekarang ni. Dah tak ‘miskin’ sangat macam dulu lagi. Syukur Alhamdulillah!
“Lain kali kalau I cuti you pun mesti cuti sekali!” Dia cakap macam tu dengan nada tegas. Bajet aku takut kut, aku tak kisah pun. Bukan dia manager aku tapi Mr. Leonard Tan. Ada aku kisah?
“Setiap kali I cuti you mesti cuti sama.” Dia ulang lagi perkara fasal cuti tu.
“Macamlah I ada banyak cuti tahunan, kalau I ambil cuti nanti kena potong gaji tau! Banyak kerugiannya, elaun kedatangan tak dapat, elaun makan tak penuh.” Tetiba je aku jadi mata duitan.
“I boleh bayar semua kerugian you tu. Gaji you pun I boleh bayarlah!” Dia cakap tanpa senyum. Ek, ehkerek lak dia hari ni. Tu nak mengata gaji aku kecik sangat ke ataupun nak berlagak gaji dia tinggi? Nak sangat bayar gaji aku, ha… bayarlah! Mulai esok aku tak payah datang kerja, lagi aku suka! Nak aje aku cakap macam tu tapi mengenangkan muka dia yang macam… ermmm… macam apa ya? Tak sampai hati pulak nak mengutuk dia dalam hati, maka aku pun diamlah.

18 comments:

  1. Terima kasih kepada yang sudi menjengah dan membaca Dah Jodoh I Dengan You - Semoga terhibur dengan kisah Yana-Ben-Ikmal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best best best...lepas windu dah tapi akak nak lagi....greedy dah akak ni Ain....hehehe...alangkah baiknya kalau boleh di publish secepatnya....Amin...amin...amin macam manapun sangat best!!!!

      Delete
    2. Terima kasih Kak Nurcahaya Abadi... macam ni saya kenalah mengarang laju-laju... hehe... insya-Allah, kalau ada peluang dan rezeki akan dinovelkan nanti... doakan ya :)

      Delete
    3. “Wah, happy hari ni ya? Ada kenangan manis lagi pagi tadi. Baru sehari I tak ada dah nak cari pengganti ya?”
      Jelesss tahap gaban...i like hahaha

      Delete
  2. Yayyyy abg Ben dh mai. Aah lh lepas ni yana kene cuti sama supaya tak cipta kenangan indah ngan org lain hihihi

    ReplyDelete
  3. baca...(dlm senyum xhabis)bestttt sngatttt.....nak lagi.....nak lagiiiii

    ReplyDelete
  4. best2...x sabar nak tau lagik kisah mereka berdua....

    ReplyDelete
  5. aceh3....cemburu pulak si ben nie..si ikmal pun nk try yana jgk ke?dah nmpak permainan nye di situ..hehe..next entry please..tak sabar da nie.. =)

    ReplyDelete
  6. Ahla patutnya yana ckp je part ahr suh Ben bayo gaji dia klu cuti. Grenti Ben ajak kawen tros ahakzz kite sokong!

    ReplyDelete
  7. ish cepat la kahwin ben dgn yana!!! best citer ni, keep it up.

    ReplyDelete
  8. Jeles ker Ben ? Cepat2 la masuk meminang...

    ReplyDelete
  9. terus kahwin?belum cukup sambl belacan lg..adegan jeles2 ni seronok baca..kasi ummps lg..br kasi kawin...

    ReplyDelete
  10. Miss Anonymous semua, Eja Hasliza, Nurul Afif, Sarina Abr, Fara, Kak Nurcahaya Abadi dan semua yang sudi membaca DJIDY - terima kasih saya ucapkan - perjalanan Ben-Yana masih jauh dan panjang lagi... insya-Allah...

    ReplyDelete
  11. Ben oh Ben bila nk muncul lgi nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ms Anonymous - Ben ada je... teruskan membaca ya :)

      Delete
  12. hahaha..ben cemburu tahap gaban

    ReplyDelete