Wednesday 6 November 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 19






Bab 19

Aku tengok Ben ni gelabah semacam je. Selalu dia tak macam ni. Ada ke patut, elok-elok pelayan kedai mamak tu letakkan teh tarik yang panas berasap tu dia boleh terus hirup. Panas tu.  Merah mata dia aku tengok. Cemerkap pulak dia hari ni.
Dia pergi mana hari ni yang sampai jadi macam ni? Kalau dahaga sangat patutnya oderlah teh ais tadi, ni nak jugak minum teh tarik kegemaran dia tu. Kesian… kesian… ishk!
“Perlahan-lahan Ben. Selalu you tunggu lima minit sebelum minum.” Aku ingatkan dia perkara yang dia selalu buat. Dah selalu sangat teman dia kat sini aku dah boleh faham dah perangai dan habit dia tu. Selalunya kat kedai mamak ni apabila oder sampai kita orang akan sambung berbual dan kadang-kadang kalau dah kehabisan modal nak berbual Ben suka pandang dan main mata@ angkat-angkat kening kat aku. Sebagai balasan aku selalu jegil mata ataupun cebik kat dia dan lepas tu pandang tempat lain.
Kalau aku rasa nak mengusik dia aku akan pandang meja yang ada ramai lelaki dan dia akan sepak-sepak manja kaki aku. Kalau dia berani sepak betul-betul mahu aku lipat dia masuk keranda.
Sori…” sepatah tu je dia jawab. Patutnya dia tak payah cakap sori kat aku. Bukannya dia ada buat apa-apa salah kat aku pun. Berdosa pada diri dia sendiri ada la, sebab mendera lidah dia merasa air panas tu.
Tapi semenjak dari dalam kereta lagi muka dia tak ceria. Besar sangat ke masalah yang dia hadapi sampai muka macam cencorot tertelan tapai ni. Aku tanya karang takut dia kata busybody. Tak tanya sakit pulak hati tengok muka dia yang tak semenggah tu. Selalu dia tak macam ni, tak sihat pun tak pernah dia tak ceria dan tak becok kalau dengan aku.
‘Kenapa ni sayang? Susahlah hati I tengok you macam ni’ Ajaib tak ayat aku tu? Ajaib kan? Lebih ajaib lagi sebab aku hanya mampu cakap dalam hati je. Ermmm
Aku potong murtabak kambing dan cicah dalam kuah kari.
“Nak?” Aku pelawa dia sebelum masukkan ke dalam mulut. Aku tahu murtabak kambing ni mahal. Tapi aku teringin. Nampak macam sedap je aku tengok orang lain makan. Lagipun hari ni aku dah niat nak belanja. Selalu sangat Ben belanja aku. Mau lari bajet dia kena tanggung makan minum aku. Bukan kewajipan dia pun. Dia angguk dan aku sua garfu kat dia. Dia nganga mulut dan gigit murtabak tu terus daripada garfu yang aku tengah pegang ni. Ololo… manjanya.
“Sedap.” Komen dia setelah mengunyah murtabak kambing dalam mulut.
“Kita share ya?” Murtabak ni memang besar dan tebal. Jadi aku rasa memang tak boleh nak habiskan.
“Kita share juga nasi beriani ni.” Dia tunjuk nasi beriani ayam depan dia. Aku memang teringin pun nak rasa nasi beriani dia tu, baru cadang nak rasa sikit dia dah pelawa… bagus… bagus…
Kita orang makan dalam keadaan aman dan damai, sebabnya? Ben tak bercakap-cakap pun lepas dia pelawa aku kongsi nasi beriani ayam dia tadi. Tiba-tiba dia jadi pendiam pulak ni, lapar sangat kut.
Walaupun dia tak ramah macam biasa namun aku perasan sesekali dia curi-curi pandang kat muka aku. Macam ada benda yang dia nak cakap ataupun tanya je ni.
“Apa terjadi antara you dengan Ikmal?” Dia tanya sambil pandang muka aku. Tu dia, soalan ulangan dah bermula.
“Tak ada apa-apalah,” Malas aku nak cerita perkara yang memalukan tu. Lepas tu dia sambung makan dan senyap. Lepas makan aku nak bayar tapi dia berkeras tak bagi, siap ambil balik duit aku kat tangan cashier tu dan ganti dengan duit dia.
Kita orang tak bercakap sepatah pun sampailah nak dekat-dekat tol LDP Petaling Jaya Selatan tu.
“Beritahu I apa terjadi antara you dengan Ikmal?” Dia ulang soalan kat restoran tadi. Aku tak sangka dia bersungguh nak tahu. Ni Encik Ikmal punya fasallah. Gatal-gatal mulut cakap fasal perkara tu tadi.
“Tak ada apa-apalah, Encik Ikmal tu main-main je…” Aku jawab tanpa pandang dia.
“I tak akan hantar you balik selagi you tak beritahu.” Dia ugut aku.  Aku tak ambil serius kata-kata dia hinggalah dia memandu melepasi simpang yang dia biasa masuk, menuju ke rumah kami. Wei… dia nak bawa aku ke mana ni? Masa ni barulah aku gelabah sikit.
Well, the choice is in your hand.” Amboi, cakap omputeh pulak, patut ke aku buat-buat tak faham apa yang dia cakap tu dan bantai sengih je macam orang blur?
Makin lama makin jauh dia pandu kereta dia, mana dia nak bawa aku ni? Biar betul mamat ni, aku nak baliklah!
“Ben, kita nak pergi mana ni?” Aku memang cuak gila ni, dahlah dia pandu kereta laju… macam nak berdiri dah masa tekan pedal minyak tu. Tahulah banyak duit, baik dia sedekah kat anak yatim daripada bayar saman trafik, kan? Kurang-kurang dapat gak pahala daripada kumpul dosa melanggar arahan had laju yang telah ditetapkan tu.
“Selagi you tak beritahu I apa terjadi jangan harap I akan hantar you balik. Pandu sampai Afrika pun I sanggup tau! Asalkan you ada kat sebelah I.” Aku jeling masa dia cakap macam tu, tapi dia memang cakap dengan nada dan gaya serius. Dia ni tau ke tak Afrika tu terletak kat mana? Cakap macam orang buta geografi je. Pehal ni?
Penting sangat ke kes aku mandikan lengan Ikmal dengan kuah mi kari tu? Kalau dia nak esok pagi bolehlah aku mandikan lengan dia pulak dengan kuah mi kari makcik kantin tu. Aku boleh je buat demo kat dia kalau dia nak sangat. Grrrr
Oleh sebab dia buat bodo je dengan rayuan aku untuk dihantar balik, jadi nak tak nak aku terpaksalah cerita kat dia kenangan yang tak manis bagi aku tu kat dia.
“Puas hati?” Aku tanya dengan nada geram. Dia kata ada banyak laluan nak ke Puchong Utama. Baru gertak sikit aku dah takut. Nampak sangat aku tak tau jalan kat sini. Sakitnya hati aku tengok sengih dia tu. Tunggulah kalau aku dah ada kereta sendiri nanti. Satu semenanjung ni aku jelajah. Sabah dan Sarawak tu pun nanti aku pergi naik kereta je kalau boleh.
“Mulai esok dan seterusnya Yana kena breakfast, lunch and dinner with me okey? I’ll take good care of you all the time!” Cakap dengan bersungguh-sungguh ni.
“Kenapa pulak?” Aku buat muka hairan. Tetiba pulak dia teringin nak jadi guardian angel aku. Tapi apabila difikirkan balik memang dia macam guardian angel aku pun selama ni. Apo nak dikato!
“I tak suka orang lain kacau you. Especially Ikmal.” Aku nampak dia genggam penumbuk tangan kiri. Seriusnya mamat ni. Macamlah Encik Ikmal tu ada ajak aku dating dengan dia. Ntah apa-apa tah!
“Mana ada Encik Ikmal tu kacau saya pun… saya yang salah sebab tercurah kuah mi kari tu kat tangan dia. Dia tak marah saya pun dah cukup baik tau! Tak sangka jugak dia tu gentleman orangnya, hensem pulak tu.” Aku cakap macam tu masa dah nak dekat sampai rumah, dah siap tanggalkan tali pinggang keledar pun.
Ben yang dah bersedia nak menghentikan keretanya tadi tiba-tiba je tekan pedal minyak balik dan kereta dia meluncur laju meninggalkan rumah Kak Yati. Weh…! Main kasarlah dia ni, kalau aku dah buka pintu kereta tadi mahu ada kemalangan jiwa berlaku. Aku pandang muka serius dia dengan penuh tanda tanya. Saraf otak dia ada yang putus ke lepas makan nasi beriani tadi?
“You memang tak nak balik, kan?” Dia pandang muka aku sekilas sambil terus pandu kereta dia. Kita orang dah pusing-pusing kat taman perumahan yang agak jauh dari rumah Kak Yati.
“Nak baliklah!” Gila ke tak nak balik? Nak tidur kat mana?
“Kalau nak balik janji dengan I jangan sebut nama dia depan I…!” Ceh, fasal sebut nama pun nak sentap, belum aku sebut nombor kad pengenalan Ikmal lagi tu.
Yelah, yelah… tak sebut dah nama dia lepas ni. Tolong hantar I balik ya intan payung!” Huh, geramnya aku dengan dia ni. Sambil sengih dia pusing balik kereta dia dan pandu menuju ke arah ‘rumah tumpangan’ aku tu.

**********
Malam tu aku akses internet. Dah lama aku tak periksa e-mel. Walaupun kat ofis ada akses internet namun aku belum pernah gunakan untuk peribadi. Lagipun kat ofis masing-masing ada alamat e-mel yang dibekalkan oleh syarikat. Itupun aku dah sibuk nak layan dan jawab macam-macam soalan tentang kerja. Tak cukup masa. Rehat pun kadang-kadang aku bekerja.
Sebab aku tak sampai hati nak biarkan Ben tunggu aku buat overtime. Jadi selagi boleh elak aku akan elak buat overtime. Ada juga masa-masa aku minta Ben balik dulu tapi dia macam tak faham je apa aku cakap. Dia tunggu jugak sampai aku habis kerja. Kan menyusahkan dia tu? Apalah aku ni!
Ada banyak e-mel kiriman kawan-kawan. Ada 3 e-mel daripada abang long. Banyak juga e-mel ntah apa-apa dan spam. Aku nak kena delete ni, menyemak inbox aku aje.
E-mel mula-mula tu pendek je, abang long cuma tanya khabar aku. Selang beberapa hari dari tarikh e-mel pertama tu panjang sikit karangannya. Rupanya dia dah tahu yang aku dah bekerja. Dah bocor rahsia aku. Dia kata ada beberapa kali dia telefon kampung dan hairan sebab aku memanjang tak ada kat sana. Akhirnya dia tekan emak dan emak pun terpaksalah beritahu perkara sebenar. Panjang lebar lagilah ceramah dia kat aku dalam e-mel tu.
Dan e-mel ketiga dia kata dia dah boleh terima keinginan aku yang nak bekerja ni. Tapi dia minta aku berjanji untuk sambung pelajaran sebaik dia balik ke sini dan bekerja. Biar dia tanggung keluarga dan tanggung aku belajar katanya. Dia ada kata emak beritahu aku kirim wang agak banyak untuk keluarga. Dia suruh aku simpan duit dan belanja untuk diri sendiri. Jangan terlalu berjimat dan ikat perut. Tak baik untuk kesihatan aku katanya.
Kalaulah dia tahu yang aku ada penaja makanan dan pengangkutan dekat sini entah apa lah pulak ceramah percuma yang abang long akan bagi.
Aku taklah berjimat sangat. Dapat gaji aku beli juga barangan yang aku inginkan. Tapi taklah berlebihan. Abang long juga minta aku doakan agar dia dapat habiskan study dengan cemerlang dan buat housemanship di hospital sekitar Selangor ataupun Pahang.
Sudah pasti aku akan mendoakan kejayaan abang long aku. Aku sayang dia sebab dia selalu jaga dan layan aku dengan baik. Dan aku rindu sangat kat dia juga.
Tiba-tiba aje handphone aku berbunyi. Nama Ben tertera atas skrin. Aku jawab panggilan dia dan tadah telinga dengar segala kata-kata dia. Sesekali mimik muka aku berubah, pelbagai rasa dan gaya. Aku sedar Naz tengah sedap pasang telinga. Nak bangun leceh pulak sebab aku tengah bersila atas katil sambil bersandar kat kepala katil. Laptop pulak ada atas riba aku.
Lama jugak Ben membebel di talian sebelum dia ucapkan selamat malam buat aku. Siapa Ikmal ni? Kenapa Ben pesan macam-macam kat aku? Dia kata seboleh mungkin cuba avoid Ikmal. Ini yang buat aku musykil. Cerita pun sekerat-sekerat. Tak sampai sekerat kut, mukadimah je baru.
Apa masalah dia dengan Ikmal tu? Tadi bersalam dan bertepuk tampar macam rapat sangat je. Tetiba je warning aku agar menjauhi Ikmal, dia patut tahu, bukan aku yang terhegeh-hegeh tegur Ikmal tadi tapi sebaliknya.
“Ben called?” Makcik kepoh buka mulut. Sengih pandang aku yang jeling dia. Takut aku marahlah tu, jadi dia sengih awal-awal.
“Sayang betul Ben tu kat engkau kan Yana?”
Eh, kita orang cakap fasal kerjalah.” Aku berdalih. Haah, lah sangat cakap fasal kerja, macamlah aku dengan Ben satu department. Patut aku cakap kita orang bincang masalah Negara je tadi, baru betul. Kisah kenaikan harga gula ke, peratusan pesakit kencing manis meningkat ke apa ke. Hehehe
Yelah tu,” Naz buat muka tak percaya.
Iyaaa… tak percaya sudah!” Malas aku nak berkisah dengan makcik kepoh ni. Balik-balik dia akan kata Ben tu suka kat aku. Entah mana dia tahu agaknya, Ben tak pernah cakap apa-apa pun kat aku. Takkan dia beritahu Naz pula yang dia suka kat aku. Err… tak logik… tak logik! Otak aku dah mula miring ni.
“Rasa rindu kat kampung halaman. Nak balik kampung tak?” Aku buat cadangan spontan, lebih kepada nak divert soalan Naz tadi.
“Boleh jugak, bila?” Naz pandang aku.
“Lepas dinner syarikat aku, minggu depan ek?” Naz angguk. Sabtu malam Ahad ni ada dinner untuk pekerja-pekerja ofis. Kata Ben dia orang memang macam tu. Setahun ada sekali dinner berasingan untuk ofis dan factory. Tapi akan ada satu acara Family Day untuk semua pekerja.
Aku pelik juga, ada dinner yang macam ni? Kata Ben sebab ramai yang buat cadangan maka pihak pengurusan luluskanlah. Lagipun pekerja kat sini ramai. Susah kut nak cari hotel yang boleh muatkan ramai orang serentak. Tapi PWTC kan ada? Eheh… lantaklah. Yang aku sibuk-sibuk fikir perkara yang tak ada kena mengena dengan aku buat apa.
Tapi aku agak teruja jugalah nak menghadiri dinner syarikat tu. Dinner pertama akulah kiranya, dalam bidang pekerjaan. Aku dah siap beli dress silver untuk malam tu. Err… aku beli dengan Ben kat sebuah butik di KLCC. Aku teman Ben ambil tuxedo yang dia tempah di situ.
Jangan tanya aku berapa harganya sebab Ben dah tolong bayarkan. Masa tempah aku pergi dengan dia, masa ambil dia tak ajak aku. Sebab tu aku tak dapat nak bayar sendiri dress tu. Jangan nanti orang ingat aku sengaja nak ambil kesempatan pulak. Aku dah paksa dia terima duit aku tapi dia tak nak.
Jadi minggu ni Ben kata dia  agak sibuk sebab dia urusetia untuk dinner tu. Selalu dia kena keluar ke hotel yang jadi tempat dinner tu diadakan nanti. Di Subang Jaya. Tapi siap pesan agar aku tunggu je dia kat ofis. Jangan tunggu kat luar nanti terserempak dengan Ikmal. Aku iyakan ajelah, bolehlah aku siapkan kerja sambil tunggu dia nanti.
Sebenarnya last aku jumpa dengan Encik Ikmal tu masa hari aku curah tangan dia dengan kuah mi kari tu je. Lepas tu aku tak pernah nampak dah muka dia. Yelah, macam mana nak jumpa, aku dengan Ben jarang bersarapan di kantin.
Waktu rehat pulak ada dua sesi yang berlainan waktu, jadi kebarangkalian nak bertembung dengan Encik Ikmal tu memang agak tipis. Aku pun tak ada pulak bercita-cita nak berjumpa dengan dia lagi. Lupakan ajelah.
Lainlah kalau tiap kali bertembung dengan dia gaji aku naik RM100 ringgit, kalau macam tu bolehlah aku pertimbangkan. Kalau aku bertembung ataupun terjumpa dia lima kali sehari dah naik RM500 gaji aku, kalau seminggu dah berapa… sebulan? Hui… lumayan. Hehehe… Kalau macam tu tentu aku yang cari jalan nak bertembung dengan dia. Mata duitan betullah aku ni. Hrmmm

12 comments:

  1. Nur Cahaya Abadi6 November 2013 at 08:53

    Haaaah!!!leganya lepas rindu ngan Yana Ben tapi pendek pulak rasanya kisah Ben ...hehehe...mcm manapun BEST sangat...Rabu yang indah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Akak, rasanya ni n3 terpanjang setakat ni.... :)

      Delete
    2. Insya-Allah, banyak lagi kisah Ben kat bab2 akan datang - akan diusahakan... :)

      Delete
  2. Hahahaha so funny Ben tak nak lepas yana balik sebab hal ikmal tu. Bagusnyaaa Ben ni jaga Yana sgt2. Lepas ni entry psl company dinner tu? Oho mesti ikmal ada tu. Ben kene siap2 pasang pagar keliling Yana kihkihkih

    ReplyDelete
  3. Okayy , sila sambung cerita anda ~ Tak sabar nak baca ^_^

    ReplyDelete
  4. Miss Anonymous dan Cik Ain Syaheera....eh, Ain la.... :) Sedang mencari idea untuk menyambung bab seterusnya... Ikmal akan muncul dengan lebih banyak lepas ni :)

    ReplyDelete
  5. yeah, writer dah sambung!!! keep it up writer. :-)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Nuruf afif yang sudi baca dan tinggalkan komen - kepada anda2 yang sudi membaca saya ucapkan jutaan terima kasih... doakan agar manuskrip ini berjaya disiapkan dan diterbitkan... insya-Allah ;)

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nya nk tunggu esok. Bennnn oh Ben kite tunggu awak n Yana. Fighting~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Anonymous - terima kasih sebab sudi tunggu Ben-Yana... insya-Allah lebih kurang beberapa jam je lagi Ben-Yana akan muncul di blog ini ;)

      Delete
  8. hahha...giler teruk cemburu ben ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai tahap kalau boleh nak Yana ada dengan dia 24 jam....hehe

      Delete