Thursday 3 October 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 12





Bab 12

Jam 6:15 barulah perbincangan tamat. Aku kembali ke meja dan ambil beg tangan. Oleh sebab Benjamin masih rancak berborak sambil cakap omputeh dengan Mr. Leonard aku pun ambil keputusan nak ke tandas terlebih dahulu.
Elok-elok aku keluar dari tandas aku nampak muka dia yang sedang tersengih kat aku. Takjubnya aku dengan dia ni, sanggup tunggu aku depan pintu tandas. Sayang sangat kat aku agaknya.
“Jom,” Sepatah perkataan itu keluar daripada mulutnya. Sebab dia tak bergerak-gerak maka aku pun berjalanlah mendahului. Sampai kat koridor hujung aku nak picit butang lif dia pula sibuk nak turun ikut tangga. Aku mengalah, Benjamin turun dahulu. Tiba-tiba pintu lif terbuka dan aku melompat naik tangga semula dan memboloskan diri ke dalam lif yang tengah kosong. Butang G aku tekan dan Benjamin melopong perhatikan aku dari tangga.
Sampai tingkat 2 lif berhenti. Budak-budak Finance tengah sibuk tolak troli ke dalam. Aku tengok kertas komputer yang bersaiz A3 bercetak, disusun hampir setinggi aku. Aku dengar je dua orang budak lelaki tu merungut-rungut sebab kena simpan kertas-kertas tu dalam stor di tingkat bawah.
Akibatnya apabila sampai kat tingkat bawah dan pintu lif terbuka aku sekali lagi nampak muka Benjamin yang tersengih. Sama je gaya sengih dia dengan masa aku keluar tandas tadi. Dia siap tolong budak-budak Finance tu tarik troli keluar. Kemudian dia tarik lengan baju aku dan kata “Naughty girl!” Aku gelak aje sebab aku tahu dia tak marah. Sekurang-kurangnya dia dah tersenyum dan tersengih. Taklah macam pagi tadi. Hati aku pun lega dengan tiba-tiba.
“Susah nak jaga Yana ni ya… jinak-jinak merpati.” Benjamin cakap kat aku masa kami sama-sama berjalan menuju ke tempat parkir. Sambil berjalan dia asyik bercakap aje… pot pet pot pet. Mood dia dah kembalilah tu.
Baru aku gaya nak masuk dalam kereta aku dengar orang panggil nama aku. Lain macam je nada dia panggil tu. Aku berpaling ke arah suara yang panggil nama penuh aku tu. Kebetulan Benjamin tengah berdiri sebelah aku, sebab tadi dia sibuk sangat nak bukakan pintu untuk aku masuk. Macamlah aku ni tak ada tangan.
“Intan Liyana dengan Mr. Benjamin balik sekali ke?” Norliza, jurutera yang sama jabatan dengan aku menegur. Aku pandang Benjamin, aku takut dia kata aku ni tunang dia, jadi baru dia gaya nak buka mulut aku pijak kasut dia. Terkejut mamat tu dan terus dia pandang aku.
“Hari ni saya tumpang Mr. Benjamin, maklumlah hari pertama.” Aku cepat-cepat jawab. Norliza mengangguk dan kemudian berlalu pergi setelah berbabai-babai dengan aku dan Ben.
“Yana! Awak ni sangat nakal ya!” Benjamin pura-pura marah aku. Tapi aku tahu, dia bukan marah betul-betul pun.
**********
Lagi sekali makan kat sini? Aku ikut ambil tempat di depan Benjamin. Pagi tadi dah makan kat sini. Petang ni pun nak makan kat sini lagi? Benjamin ni keturunan mamak ke? Tapi tak ada rupa mamak pun, rupa mat salih adalah. Mungkin juga dia ni ada syer kat kedai ni kut. Nak tanya segan pulak. Aku oder roti bakar je untuk minum petang yang dah merangkak senja ni. Kalau aku makan mi goreng lagi sah aku kena berlari sampai Seremban untuk hilangkan kalori yang dah aku ambil. Tak naklah!
Benjamin makan Nasi Goreng Pattaya. Lapar kut, agaknya tengah hari tadi dia tak makan. Aku pun tak sempat makan tengah hari tadi. Tapi aku memang dah biasa tak makan. Tak kisah sangatlah. Nak-nak lagi masa aku study dulu. Selain malas nak pergi tapau aku nak jimat duit. Azab juga masa aku belajar dulu. Aku selalu takut tak cukup duit yang PTPTN pinjamkan tu.
“Malam selalu makan kat mana?” Aku tanya dia yang sedang kunyah Nasi Goreng Pattaya dalam mulut.
Depends, merata-rata, kadang-kadang tak makan.”
“Kakak tak masak ke?” Bukankah dia duduk serumah dengan Belinda? Takkan dia tak masak untuk adiknya ni? Dia gelak dengar soalan aku. Terlebih hormon gelak ke apa dia ni? Selalu sangat dia gelak apabila aku tanya mahupun bercakap. Ingat aku buat lawak ke?
“Bel, dia jarang masak. Lagipun masakan dia… hrmm… tak sedap.” Selamba dia kutuk kakak dia. Lepas tu dia sambung gelak lagi. Aku jeling je dia sambil carik-carikkan roti bakar aku.
“Yana pandai masak?” Dia tanya dan pandang aku. Hilang gelak dia tadi. Serius pulak riak wajah dia.
“Bolehlah, sebab masa kat kampung selalu tolong emak masak.” Aku taklah pandai sangat memasak, tapi bolehlah. Selalu aku masak kat kampung boleh je keluarga aku makan. Tak komplen pun, sedaplah tu agaknya.
“Teringin nak rasa Yana masak.” Dia tenung aku lagi sampai aku rasa serba salah.
“Satu hari nanti, insya-Allah kalau ada kesempatan saya masak untuk Ben. Ermm… Ben suka makan apa?” Jangan dia cakap western food sudahlah. Aku surrender awal-awal. Setakat masak daging burger jenama Ramly tu bolehlah. Jangan minta aku masak chicken chop, lamb chop semua tu, aku chop dia nanti.
“Masakan Melayu, apa sahaja masakan yang Yana suka ataupun apa sahaja yang Yana pandai masak. Nasi lemak perhaps?” Dia ni tak habis-habis pandang aku. Rasa macam nak pakai topeng dah aku ni. Aku malulah kalau orang asyik pandang aje, hilang keyakinan diri aku walaupun aku tau aku lawa. Ahaks.
Kalau ada kesempatan nanti aku akan masakkan dia nasi lemak. Insya-Allah.
“Masa lapang Yana selalu buat apa?”
“Kat sini?” Maksud aku kat Puchong ni ke? Sebab rasanya aku belum ada hobi lagi selain daripada menonton dan membaca novel. Baru seminggu kut aku kat sini.
“Saya suka bersenam, bersukan, main futsal dengan kawan-kawan. Main badminton, volley ball dan sekali sekala saya ke Gym di ioi Mall. Tapi kadang-kadang banyak masa habis di pejabat.” Itu aje ke kehidupan peribadi yang dia lalui. Aku yang dengar rasa macam bosan je.
“Memandangkan saya dah tahu kebanyakan perkara tentang Yana, saya nak ceritakan tentang diri saya pulak. Boleh, kan?” macam sesi suai kenal pulak. Aku angguk je. Lagipun aku tak tahu nak buat apa lagi. Roti bakar dah habis aku makan. Teh tarik dah tinggal separuh. Aku tengok nasi dalam pinggan Benjamin macam tak luak-luak pun. Dia makan sebiji-sebiji ke nasi tu tadi. Rasa macam nak tolong makankan je, biar cepat habis. Aku nak balik dah ni. Penat wooo seharian bekerja.
“Nama penuh saya Benjamin Christopher Joseph. Saya lahir pada 31 oktober. Kedua-dua ibu bapa saya mengusahakan syarikat di Australia. Dah hampir 20 tahun mereka menetap di sana. Saya ada seorang kakak, Belinda. Saya pernah menuntut di States. Saya dah melalui segala macam perkara pahit, manis dan masam dalam kehidupan saya ni. Cuma ada satu aje perkara yang belum dapat saya capai. Mungkin akan jadi realiti tak lama lagi.”  Sampai situ dia habiskan ayatnya. Kemudian teguk teh tarik yang dah nak hampir sejuk tu perlahan-lahan.
“Apa impian Ben yang masih belum tercapai tu?” Hish… cepat je mulut aku ni tanya. Aku memang tak sabar dengar cerita sekerat-sekerat ni.
“Berumah tangga.” Dia jawab sambil senyum dan pandang aku lagi buat kesekian kalinya. Err… aku pun terus terdiam dan pandang bawah. Macamlah dia nak ajak aku kahwin pulak.

9 comments:

  1. Keh.. keh.. keh Ben tu tengah mengayat Yana.... ;)

    ~K~



    ReplyDelete
  2. Ben dan Yana - hrmmm... mesti orang ketiganya Nazim Othman tu.... hi..hi... next entry please.... best!!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Nazim Othman ek? Hensem juga dia tu :)

      Delete
  3. Entry seterusnya insya-Allah pagi esok.... Tunggguuuuuuu....

    ReplyDelete
  4. best!!!!!......next entry plz...

    ReplyDelete
  5. memalu kucing plak yana..kui kui kui...

    ReplyDelete