Monday 30 September 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 4






Bab 4

Meja kecil yang boleh memuatkan empat orang tu kami dah conquer. Jadi apabila lelaki… err Benjamin datang dia tarik satu kerusi dan duduk antara aku dengan kakak dia. Aku rasa dia duduk agak rapat dengan aku sampaikan aku boleh hidu dengan jelas bau minyak wangi dia. Wangi weh… sedap baunya. Kembang kempis dah hidung aku ni dibuatnya.
“Yana, esok temuduga jam 9 pagi ya.” Benjamin tundukkan muka pandang aku dan cakap fasal temuduga esok. Cara dia sebut nama aku tu macamlah kami  ni dah kenal lama. Mesra semacam aje aku rasa. Tapi kemudian aku pelik pulak, macam mana Benjamin ni tahu fasal temuduga kerja aku tu. Bila masa pulak aku report kat dia. Isyh, musykil nih!
“Janganlah buat muka terperanjat pulak. Ben ni manager kat HR tu, tentulah dia tahu fasal temuduga Yana tu…” Sambung Kak Yati pulak. Aku tundukkan sedikit kepala. Malu, nampak sangat ke rupa terperanjat aku ni. Ish… tentu buruk rupa aku tadi.
Tapi aku tak kisah pun.  Bukan aku sorang kena temuduga esok, Naz pun sama. Jadi aku tak fikir sangat macam mana cara nak ke sana. Tentulah Naz akan tolong fikirkan. Diakan ratu penyelamat aku selama hari ni. Tapi ayat yang keluar daripada mulut Kak Yati seterusnya memang mampu membuatkan aku terlopong.
“Esok Yana pergi dengan Ben ya. Naz akan pergi dengan akak, sebab Naz kerja kat ofis akak je…” Lepas habis cakap Kak Yati sedut air sirap bandung. Macam tak berdosa je gayanya dia cakap kat aku macam tu. Senangnya dia cakap, habis aku ni macam mana? Kenapa baru sekarang aku diberitahu yang Naz dah dapat kerja dengan Kak Yati. Ni yang buat aku rasa nak patah balik ke kampung ni. Mulalah bunga-bunga penyesalan mekar dalam hati aku ni. Haish.
Dan kenapa pula aku kena pergi dengan Ben Johnson yang entah siapa-siapa ni? Aku nak kena main tangkap muat aje ke? Main tumpang dan percaya je kat dia ni? Nasib baik Ben hulur bisnes kad dia, aku kerling seketika. Hrmm… ada alamat syarikat kat situ. Jadi aku dah tetapkan dalam hati yang aku akan ke sana sendiri. Naik teksi aje pagi esok.
Lepas habis minum dan acara tukar-tukar nombor telefon bimbit aku dan Naz naik kereta Kak Yati dan menuju ke rumah dia. Rumah teres dua tingkat yang agak jauh juga dari kedai makan tadi. Kalau jalan kakilah, tapi kalau naik kereta tak sampai pun 2 minit. Kira dekatlah tu kan?
Rumah Kak Yati agak besar dan selesa. Selama ni Kak Yati dok sorang-sorang je. Lepas aku dengan Naz menyemak kat sini mungkin Kak Yati takkan kesunyian lagi. Sebab kat kedai makan tadi dia ada kata yang dia tak sabar nak tunggu kami datang. Selama ni dia hanya pandang dinding dan segala macam barang dalam rumah dia tu, tak ada teman nak diajak berbual.
Jangan lepas ni dia menyesal ajak kita orang duduk sekali dahlah. Aku dengan Naz kalau dah berborak memang kalah Jom Heboh tu bisingnya. Sebab tu kalau kat kampung kami berdua selalu lepak kat dalam dusun buah-buahan ataupun tepi sungai. Jauh daripada orang lain, kalau borak kat rumah masing-masing kena control volume. Kalau tak cepat je mak masing-masing jeling-jeling kami.
Lepas tunjukkan bilik menggosok pakaian dan ruang dapur di tingkat bawah Kak Yati bawa kami ke tingkat atas. Naik aje tangga ada ruang rehat yang agak luas. Juga ada televisyen LCD serta set sofa. Selesanya. Pandai Kak Yati hias rumah dia.
Tingkat atas ada tiga bilik tidur. Bilik paling besar pastilah bilik tuan rumah. Aku dengan Naz kongsi bilik belakang, sebelah kiri. Ada katil kelamin, almari pakaian yang besar dan juga almari solek. Di ruang yang kosong depan katil diletakkan karpet buatan Turkey yang agak tebal bulunya. Bilik ni memang besar walaupun untuk dikongsi bersama Naz. Syukur, alhamdulillah!
“Kau solatlah dulu Yana, aku nak baring kejap.” Sambil cakap Naz dah panjat naik atas katil. Tepuk-tepuk bantal dan baring dengan selesanya. Kak Yati dah pasangkan pendingin hawa, apalagi… memang selesalah.
Lepas mandi dan solat aku keluarkan baju-baju dari dalam beg. Aku susun dalam almari besar yang terdapat di sudut tepi bilik. Almari yang merupakan built in itu ada enam pintu. Jadi aku dah siap bahagi-bahagikan sorang 3 pintu. Sebenarnya 1 pintu pun tak penuh dengan baju-baju aku. Tapi manalah tahu dah lama-lama kerja nanti baju-baju aku pasti bertambah dan beranak, betul tak?
“Naz! Bangun! Solatlah! Dah nak habis waktu ni!” Aku tengok jam dah dekat-dekat angka 4:15 petang. Naz langsung tak berkutik. Siap keluarkan dengkuran halus lagi. Penat sangat ke duduk dalam bas tadi? Kalau tak silap aku dia tidur je dalam bas tadi. Memang kaki buat tahi mata betullah kawan aku sorang ni. Najis!
Geramnya aku dengan Naz ni. Dia nak suruh aku menjerit kat telinga dia ke? Karang pecah gegendang telinga dia aku kerjakan. Jangan lepas tu nak minta aku ganti dengan gegendang telinga aku sudahlah. Aku ni pun kadang-kadang pekak, rasa macam nak kena tukar gegendang telinga jugak ni.
Nasib baik lepas aku tarik-tarik rambut dia Naz jaga dan terus pergi mandi. Sementara tu aku turun nak ke dapur. Nak masak air untuk minum petang. Tak sangka, rajin pulak aku nak buat air untuk minum petang padahal selama ni emaklah yang sediakan segalanya. Aku cuma bantu-bantu aje. Dah ada kat rumah orang ni pandai pulak aku nak merajinkan diri. Satu pencapaian ni, kira kejayaan antarabangsalah juga… kagum aku dengan diri sendiri. Ngeee
Kak Yati ada depan tv sewaktu aku turun. Terus dia ajak aku minum, dia dah siap-siap buat air dan aku tengok ada sepiring pisang goreng atas meja depan tv tu.
“Bila Kak Yati goreng pisang? Kenapa tak panggil Yana tolong?” Aku berbudi bahasa. Memang aku tak ada cium bau menggoreng pun. Kalau tak dah lama aku turun.
Kak Yati gelak. Hairan aku, rasanya aku takde pulak buat kelakar tadi.
“Kat tepi jalan tu ada orang jual pisang goreng, bukan tu je… macam-macam kuih ada!” Kak Yati muncungkan mulutnya ke arah luar. Macamlah aku nampak dari sini, dahlah pintu rumah bertutup rapat. Tapi sebab nak jaga hati dia aku tengok jugak arah yang dia tunjuk dengan muncung dia tadi. Kang kata aku tak berbahasa pulak.
“Naz mana?”
“Tengah solat.”
“Kita minum kat luar jom!”
Lupa pulak aku nak cerita. Rumah Kak Yati ni teres corner lot. Jadi luaslah kawasan kat depan dan tepi rumah. Ada pergola di sebelah tepi rumah ni dan depan sikit ada juga meja batu beserta kerusinya sekali.

2 comments:

  1. ben dh mulakan langkah pertama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ben memang dah mula terpikat walaupun pada pertama kali berjumpa Yana... terima kasih sudi baca dan tinggalkan komen Cik Aisyah...

      Delete