Monday 30 September 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 3







Bab 3

Aku dengan Naz naik bas jam 10 pagi. Emak dan ayah menghantar kami berdua ke stesen bas. Berderai-derai air mata aku masa peluk emak dan ayah. Macamlah ini kali pertama aku tinggalkan mereka. Macamlah MSU (Management  and Science University) tempat aku belajar dahulu letaknya kat belakang rumah aku aje. Sebab emak yang menangis dulu aku pun apa lagi, ikutlah hujan sama.
“Jaga diri Yana, Naz.” Suara garau ayah kedengaran. Emak hanya mampu mengalirkan air mata.
“Pakcik dan makcik jangan risau. Kat sana nanti kami menumpang rumah Kak Yati, sepupu Naz.” Nazirah cuba kurangkan kadar kerisauan kedua-dua orang tua aku. Nazirah sahabat baik aku ni terlalu banyak jasanya. Dia banyak bantu aku, backing aku dan macam-macam lagilah yang dia buat demi aku yang tak seberapa ni.
Perjalanan ke Hentian Bas Pekeliling di Kuala Lumpur hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Temerloh. Perjalanan diteruskan dengan menaiki komuter ke Stesen KL Sentral. Dari situ kami menaiki pula Bas Rapid KL yang menuju ke Puchong.
Elok-elok sampai di Puchong jam sudah menunjukkan angka 1:30 tengah hari. Perut pun sudah berkeroncong minta diisi.
Memang cantik sangatlah kerana kami turun di stesen bas yang berhadapan dengan deretan bangunan rumah kedai. Aku tuding jari ke arah sebuah restoran masakan Melayu. Lepas tu aku dengan Naz menyeret beg masing-masing menyeberangi jalan. Kena isi perut dulu. Lapar gila. Padahal pagi tadi aku dah makan dua pinggan nasi lemak lauk sambal sotong. Mesti tenaga aku dah habis angkut beg besar ni turun naik kenderaan awam. Logik kan alasan aku?
Aku dan Naz pesan dua pinggan nasi ayam dan juga teh ‘o’ ais. Kami sengaja duduk di bahagian paling hadapan. Senang Kak Yati nampak kami di sini kalau dia datang sekejap lagi.
“Naz, kat mana rumah kakak sepupu engkau tu?” Aku tanya Naz lepas teguk teh ‘o’ ais di hadapan aku ni. Mak aii… nikmatnya air sejuk ni lalu kat kerongkong aku.
“Aku telefon dia kejap, tak salah aku kat depan tu je.” Nazirah tuding jari ke arah rumah teres berhadapan dengan padang permainan. Nun di hujung sana. Walaupun nampak macam tak berapa jauh tapi aku rasa agak sadis jugalah kalau kena seret ataupun junjung beg pakaian aku ni ke sana. Azab, okey!!!
Naz suap nasi ayam ke mulut sebaik dia habis bercakap dengan Kak Yati. Kata aje dah beberapa kali datang ke mari. Tapi Naz ni tak ingat-ingat kat mana letaknya rumah kakak sepupunya tu. Ini mesti kes terlampau banyak telan semut ni. Asyik lupa aje memanjang kerjanya. Nak kata nyanyuk baru je berusia 21 tahun. Muda remaja lagi. Aku geleng kepala tengok Naz yang bersungguh-sungguh menyuap makanan. Dah macam mangsa kebuluran Ethiopia je aku tengok.
“Kejap lagi Kak Yati sampai, dia ada kat ioi Mall. Dia kata nak bawa kawan dia sekali. Nasib baik kita tak terus ke rumah dia tadi. Kalau tak kenalah terpacak kat luar pagar.” Naz beritahu aku perkara tu setelah dia berusaha bersungguh-sungguh nak menghabiskan nasi dalam pinggannya. Adalah baki dalam 2 sudu kut nasi ayam tu kat dalam pinggan dia. Itupun tinggal saki-baki nasi je… ayamnya semua dah selamat landing dalam perut dia. Kira tahap kebuluran dia lebih teruk sikit daripada akulah gamaknya. Hehehe
Kak Yati tiba elok-elok lepas kami berdua makan. Aku dah tersandar kekenyangan. Naz tengah tumpang guna tandas kedai makan. Aku suruh dia pergi bayar sekali tadi.
Aku salam, peluk dan cium pipi Kak Yati, kiri dan kanan. Kemudian aku hulurkan tangan kepada seorang perempuan yang agak-agak sebaya dengan Kak Yati. Mereka datang bertiga tadi, cuma dengan yang seorang tu aku tak berani nak hulurkan tangan sebab dia lelaki. Aku perasan juga lelaki tu dari tadi lagi asyik panahkan pandangan matanya pada aku. Cuak juga aku, ke aku pakai baju terbalik hari ni. Setelah aku pandang atas bawah, kiri dan kanan tubuh sendiri aku berjaya meyakinkan diri sendiri yang tidak ada apa-apa salahnya dengan pakaian aku. Tak terbalik pun, koyak pun tidak. Elok je.
Habis sesi aku bersalaman Naz pun datang dan buat benda yang sama dengan aku. Naz pun sama macam aku, tak salam pun dengan lelaki tu. Aku sempat jeling wajah lelaki tu, dia pandang Naz sekejap dan kemudian pandang aku balik. Haish! Aku tahulah aku lawa, takkan dah jatuh cinta pandang pertama kut. Aku pun dah mula perasan. Nak-nak lagi lelaki tu memang masuk dalam kategori hensem, tapi aku rasa dia mix blood. Tak macam Melayu pun rupa dia. Eurasian, ataupun anglo  kut.
“Naz, Yana… kenalkan, Belinda dan Benjamin. Dia orang ni adik beradik. Belinda ni kakak dan sebaya dengan akak.” Kak Yati memperkenalkan kedua-dua orang kawannya tu. Daripada nama dia orang pun aku dah boleh agak. Memang confirm mix blood.
Belinda tu cantik, nampak bergaya orangnya. Mengenakan blouse warna putih dan skirt paras lutut warna merah gelap. Kasut tumit tinggi warna merah menyala. Memang cantiklah dia ni, kulit pulak putih melepak. Macam artis Hindustan pun ada, macam nak ternganga jugaklah aku, terpegun dan terpaku dengan kecantikan makhluk ciptaan Tuhan depan aku ni. Ini aku yang perempuan pandang dah macam ni, kalau lelaki yang pandang macam manalah agaknya ya?
Kalau dah kakak dia macam tu punya lawa, korang bayangkanlah sendiri macam mana rupa adiknya pulak. Tegap dan sasa, tubuh tinggi lampai, perut pun rata je tak boroi macam sesetengah lelaki. Oh! Mungkin juga sebab dia belum kahwin kut. Kalau betul belum kahwin ada canlah aku… yahoo!!! Tiba-tiba aku bersorak dalam hati. Tak malu betul.
Selalunya kalau kat rumah tindakan refleks aku memang tak boleh dikawal. Contohnya apa yang sedang aku bayangkan dalam otak selalu terlepas keluar melalui perbuatan. Pernah sekali tu aku bayangkan diri macam pom-pom girl dan secara tiba-tiba aku melompat dan menari-nari macam kera kena belacan kat tengah rumah. Menganga emak dan adik-adik aku tengok. Malu usah cakaplah. Rasa nak menyorok kat dalam bilik sampai tua.
Aku yang dah seret beg dekat dia orang kena berpatah balik dalam kedai makan. Sebabnya dia orang nak sambung perbualan sambil minum-minum. Alah… awat tak habarq awai-awai
“Saya tolong awak masukkan beg dalam kereta Kak Yati.” Lelaki hensem lagi budiman tu ambil alih beg beroda yang besar di tangan aku. Kemudian aku menapak semula ke dalam kedai dan oder secawan lagi air teh ‘o’ ais.

5 comments:

  1. Best.... Baca cerita asyik tersengih sj.... Ayat selamba sj.... Memang best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca dan tinggalkan komen Cik Nor Mustaqimah Mohd. Desa :)

      Delete
  2. Replies
    1. Ben memang hensem pun Cik Aisyah :)

      Delete
    2. Betull ! Ben memang hensemm . walaupun tak pernah tengok muka dia :(

      Delete