Wednesday 16 October 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 15




Bab 15

Ben beritahu aku yang dia dah booking untuk aku belanja dia, Naz dan Kak Yati, kat sebuah restoran seafood di Shah Alam katanya. Sebab aku dan dia datang kerja bersama hari ni maka Kak Yati akan datang dengan Naz. Ben ajak aku balik sharp jam 5:00 petang sebab kita orang nak terus ke sana.  Aku dah siap-siap keluarkan duit dari ATM. Bersungguh sangat aku nak belanja dia orang. Harap-harap cukuplah duit yang tak berapa ratus dalam dompet aku ni. Kalau tak jawabnya aku kena makan maggi ataupun puasa tiap hari sampailah aku dapat gaji hujung bulan nanti.
Sampai kat Restoran Tasik Indah (Seafood) yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam tu,  dekat-dekat dengan Plaza Alam Sentral aku dah nampak muka Kak Yati dengan Naz yang tengah tersengih tunggu kita orang.
Sebab aku yang nak belanja maka tugas oder makanan diambil oleh Ben dan Kak Yati. Maka sok sek sok sek lah mahkluk dua orang tu berbincang satu sama lain. Jadi aku dengan Naz pandang je ke tasik. Kebetulan meja kami ni memang dekat dengan tasik. Terapung la kononnya tempat makan kami ni.
Sambil tunggu makanan sampai aku dengan Naz dok makan kacang yang disediakan atas meja.  Walaupun kami cuma berempat tapi kata Kak Yati dia sengaja pilih meja bulat yang besar ni sebab senang nak susun makanan. Amboi, dia ada niat nak oder semua jenis makanan ke? Kalau ada baik aku lari selamatkan diri. Aku tengok dulu, kalau memang betul dia oder sepenuh meja ni aku kenalah pura-pura nak pergi tandas. Aku akan chow balik rumah naik teksi. Hahaha… Pandai-pandailah korang setelkan bil. Kalau korang bertiga kena basuh pinggan pun aku tak kisah. Bukan aku yang oder dan makan, korang jugak kan?
Mula-mula pelayan hantar appetizer. Shark Fin Soup With Crab Meat semangkuk sorang. Aku dah nak berpeluh ni. Kalau tak salah aku semangkuk mende alah ni RM25. Empat mangkuk dah seratus, belum yang lain-lain lagi ni. Parah… parah…
Patut tak aku report kat Greenpeace fasal shark fin soup ni? Ke depa kisah fasal ikan paus je? Tapi aku sudu juga ke mulut, hrmm… sedap. Lepas tu satu persatu lauk pesanan kami sampai. Broccoli with mushroom and scallop, ketam telur masin, sotong goreng tepung, butter prawns, lemon chicken, tom yam seafood dan yang paling buat aku terperanjat adalah… lobster baked cheese. Lobster??? Memang aku kena basuh pinggan kat sinilah malam ni. Mati aku.
Semua mula makan. Aku pun makanlah jugak. Aku memang lapar sebab simpan perut dari pagi lagi. Aku skipped lunch dan minum petang semata-mata nak makan kat sini. Jadi sebelum aku kena dera basuh pinggan kat sini ada baiknya aku isi perut dulu. Dahlah makanannya semua sedap-sedap. Superb. Masing-masing ceria je menjamu selera. Dia orang tak perasan ke senyuman plastik aku ni? Senyum tak ikhlas. Korang sedap-sedap makan aku kena bayar. Waaaa… aku nak belanja tempat murah-murah je tadi. Siapalah yang pandai-pandai pilih restoran besar macam ni? Geramnya aku!
Aku rasa nak sepak-sepak je kaki Naz yang asyik puji-puji aku sebab belanja dia orang makan kat sini. Apa dia ingat gaji aku RM8000 ke sebulan? Aku sedih ni tau tak? Malas betul aku nak layan dia orang ni semua bersembang.
Kita orang makan, makan dan terus makan. Sampai kat pencuci mulut aku dah surrender. Kenyang nak meletup dah perut aku ni. Jam pun dah dekat-dekat pukul 7, kena balik dah ni. Nak dekat maghrib. Ben dah menghilang ke tandas.
“Cepatlah pergi bayar. Nak balik dah ni.” Naz sound aku. Memang nak kena pijak jugak dia ni. Tapi patutkah aku pinjam duit dia? Aku tak rasa duit tiga ratus dalam dompet cikai aku ni cukup nak bayar semua ni.
“Kaunter kat sana.” Kak Yati tuding satu arah. Sama je perangai sepupu berdua ni. Takut sangat aku suruh dia orang bayar. Maka aku pun bangun dan berjalan menuju ke arah kaunter.
Baru gaya nak keluarkan dompet Ben tarik lengan baju aku suruh ikut dia.
“Dah bayar!” Dia cakap kat aku dan tarik lengan aku yang statik kat depan dia. Aku dah tak tau nak cakap apa maka aku melenggang ikut dia keluar. Kak Yati dan Naz pun dah ada kat luar.
“Mahal ke?” Naz tanya aku. Aku nampak Ben gelak. Naz ni pun satu, tak sabar-sabar nak tanya. Macamlah kat rumah nanti tak jumpa aku. Ngek betullah.
“Apa rasa lepas belanja kita orang?” Dia tanya lagi walaupun soalan dia tadi aku abaikan aje.
Err… rasa menyesal pulak.” Aku jawab sambil sengih pandang Ben, aku nampak Ben gelak sambil tutup mulut.
“Jomlah balik, naik dengan akak je.” Kak Yati pandang aku. Kita orang dah sampai kat tempat parkir pun. Memang aku nak balik dengan Kak Yati kalau dia tak ajak pun.
“Yana balik dengan sayalah.” Ben cuba nak halang aku balik dengan Kak Yati.
Ala… hari-hari dia dengan you, nanti marah pulak boyfriend dia.” Aku tak sangka Naz berani cakap macam tu kat Ben. Aku jegil mata kat Naz tapi dia buat selamba je.
“Saya balik dengan Kak Yati lah… jumpa lagi, bye!” Aku buka pintu belakang dan masuk. Kak Yati dan Naz ikut masuk dan perlahan-lahan kami meninggalkan Ben yang masih terpacak di situ.
Tak berapa saat SMS masuk. Aku kan tak mampu nak guna smartphone yang berinternet maka terpaksalah guna cara lama untuk berhubung. Tak payahlah cuba-cuba nak whatsapp ke, wechat ke,  dengan aku ni. Semua tu memang tak ada, okey?
Ben hantar SMS kat aku. Patutkah aku gelak setelah aku baca apa yang dia tulis ni? Ben kata dia nak terjun tasik sebab aku dah ada boyfriend. Lawak apakah ini?
“Ben ke?” Kak Yati ni ada deria keenam kut. Pandai dia meneka. Aku sengih je.
“Aku rasa Ben tu suka kaulah Yana.” Makcik kepoh yang menebeng kat sebelah Kak Yati tu dah bersuara.
“Baguslah kalau dia suka kat aku. Dapatlah aku menumpang free.” Aku jawab sambil pejamkan mata. Malas aku nak layan teori-teori mengarut Nazirah ni sebenarnya. Aku rasa imaginasi dia ni tinggi. Dia patut menulis novellah aku rasa. Mau novel dia jadi best seller. Patutkah ada cadangkan pada dia idea aku ni?
Korang jangan salah faham pulak ya. Aku tak ada niat dan tak maksudkan apa yang aku cakap fasal tumpang free tu. Aku dan Ben hanya kawan aje kan? Jiran tetangga. Lagipun sejak aku cakap fasal perbezaan agama kita orang Ben tak galak sangat cakap fasal tunang dan kahwin dengan aku. Itu buktinya dia main-main aje. Ingat senang ke nak ikhlaskan hati tukar agama? Kalau setakat nak masuk Islam sebab nak kahwin memang tak berbaloi. Aku tak rasa dia mudah-mudah akan tukar cara kehidupan dia.
“Yana… Yana!” Aku dengar makcik kepoh sahabat sejiwa aku tu panggil. Aku tak jawab, buat-buat tidur. Cuma aku tak buat-buat berdengkur je. Malas pulak nak mantapkan lakonan aku ni. Rugi je rasanya nak tunjukkan bakat berlakon aku ni kat Naz dan Kak Yati.
Laa.. dah tidur pun.” Suara Naz lagi. Aku dah nak tergelak tapi aku tahan. Last-last aku betul-betul tertidur dan hanya terjaga lepas Naz cubit lengan aku kuat-kuat. Kurang asam keping punya kawan! Sakit aku!
Bongok!” Terlepas juga ayat geram aku kat dia. Dia hanya tersengih. Seronok kut aku panggil dia macam tu.

9 comments:

  1. Tqq sebab tepati janji utk upload arini. Rindu sgt dh ngan Ben n yana. Selamat hari raya penulis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi menjengah Miss Anonymous - insya-Allah, janji akan ditepati selagi terdaya :)
      Selamat hari raya untuk Miss Anonymous juga...

      Delete
  2. Best2... Xsabar nak tggu next episod.... Slmt hari raya ain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya.... hehe ... terima kasih sudi baca Miss asNieda :)

      Delete
  3. i likeeeee.....xsabar nak tngu next episod....selamat hari raya gak utk ain kamalia muahhhhh...

    ReplyDelete
  4. Niceeee...akak maraton dek...santai n citer sampai ke hati -kak tims

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya...heeee.... terima kasih Miss Anonymous dan Kak Tims... sebab sudi baca :)

    ReplyDelete
  6. hahaha...mmg ben syg yana ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang sangat-sangat Ben kat Yana Cik Aisyah :)

      Delete