Wednesday 2 October 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 11






Bab 11

Subuh tu sebelum jam enam pagi aku dah bangun. Lepas mandi, solat aku bersiap-siap nak pergi kerja dengan semangat yang berkobar-kobar. Jumaat lepas aku dah telefon HR dan pegawainya yang bernama Dina beritahu aku yang ada bas untuk pekerja-pekerja normal yang akan mengambil pekerja dalam jam 6:40 pagi di bus stop tak jauh dari rumah Kak Yati ni.
Aku bajet sempat aku sampai kat bus stop tu dalam masa 10 minit jadi jam 6:30 pagi aku dah gerak keluar. Perlahan-lahan aku keluar, buka kunci pagar, keluar dan kunci pagar semula. Aku pakai slek dan kemeja juga hari ini. Kalau aku lambat berjalan senang aku nak berlari nanti. Aku pakai kasut sarung warna hitam yang bertumit rata. Aku beli masa kat ioi Mall semalam. Malu kalau Benjamin nampak aku pakai kasut yang dia belikan walaupun memang selesa sangat kasut hadiah dia tu.
Elok-elok aku berpaling dan nak mula melangkah aku terperanjat. Mak!!! Aku terjerit ketika aku perasan ada kelibat seseorang yang tinggi di depan aku. Nasib baik aku tak jatuh.
“Nak pergi mana?” Dia silang kedua-dua tangan ke dada dan matanya tunak perhatikan aku.
“Per… pergi kerja.” Aku pun hairan kenapa aku mudah sangat gagap kalau terperanjat sekarang ni. Adakah injap jantung aku ni dah mula lemah? Nak kena pergi buat medical check-up ni.
“Ke… kenapa awak ada kat sini?” Aku tanya dia tanpa perasaan.
“Awak rasa kenapa?” Tanya aku pulak. Manalah aku tahu kenapa dia ada kat sini subuh-subuh sepi ni. Ada ke aku pesan suruh dia terpacak kat sini?
“Saya called malam tadi kenapa tak angkat? SMS tak balas? E-mel tak jawab?” “Tak perasanlah, saya tidur cepat malam tadi.” Memang betul pun sebab lepas je solat isyak aku terus masuk tidur. Tak sedar apa dah.
“Jom…” Terpaksa aku mengekor langkah Benjamin menuju ke keretanya. Nak kejar bas pun dah tak sempat rasanya.
Ini yang tak best, dalam kereta dia langsung tak bercakap.  Aku pun diamlah jugak. Lagi aku suka tak bercakap-cakap langsung pagi-pagi ni. Kami sampai di Kawasan Perindustrian Bebas Sg Way lebih kurang jam 7 pagi. Masih terlalu awal sebab waktu kerja bermula jam 8 pagi. Aku pun tak tahu kat mana Benjamin lencongkan keretanya, yang pasti dia tak masuk ke dalam kawasan kilang pun. Mana pulak dia nak bawa aku ni.
Sampai depan kedai mamak yang beroperasi 24 jam Benjamin berhentikan kereta.
“Kita sarapan dulu…” Aku ikut keluar dari kereta dan ambil tempat depan Benjamin.
“Awak marah saya ke ni?” Menyampah pulak aku tengok dia ni. Harap muka je hensem tapi asyik nak merajuk je. Dia pandang muka aku sebaik buat pesanan makanan.
“Kenapa awak keluar awal sangat Yana?”
“Yana keluar sebab tahu Ben ada kat luar…” itu je yang terlintas aku nak cakap masa ni. Otak aku ni memang beku pagi-pagi macam ni. Tunggulah waktu tengah hari nanti, barulah otak aku cair dan bergeliga. Dia pandang aku macam tak percaya. Aku tahu, mesti dia kata aku nak  bodoh-bodohkan dia. Jawab macam orang tak ada otak. Aku ada otaklah, cuma ketika ni otak aku tak berapa nak berfungsi je.
“Kan saya dah cakap banyak kali. Pergi dengan saya. Kenapa Yana degil sangat?” Ini yang aku tak suka. Apabila orang kata aku degil. Aku tak degillah! Aku tak nak susahkan dia je. Tolonglah faham, tapi kata-kata tu tersekat di kerongkong aku. Manalah aku nak sangka dia akan tunggu depan rumah. Aku bajet sempat aku naik bas tadi. Entah dari pukul berapalah dia tunggu aku kat depan rumah tu. Kesian pulak aku tengok dia ni.
Pelayan letakkan dua pinggan mi goreng dan dua cawan nescafe. Benjamin pelawa aku makan. Aku serba salah dengan kebaikan yang dia tunjukkan pada aku. Sikap prihatin dia tu buat aku risau. Aku hanya mampu berdoa agar dia ikhlas.
“Ben, Yana minta maaf,” Suara aku dah sebak dah. Sedih aku tengok muka dia yang macam tertelan sekilo asam jawa tu. Aku pun sibuk pamerkan rupa sedih. Harap-harap dia terpedaya dengan rupa sedih aku ni dan maafkan aku.
“Makanlah…” Itu je dia jawab. Tak nak maafkan akulah tu. Lantaklah! Aku pun suap mi goreng mamak ke mulut. Nasib baik mi goreng aku ada potongan ayam goreng. Satu sebab aku tak berapa gemar mi goreng mamak sebab dia tak letak ayam dalam mi goreng tu. Aku ni kan maging.
Sambil makan sambil berfikir. Aku rasa bagus jugak kalau aku biarkan aje dia merajuk. Senanglah aku pergi kerja naik bas mulai esok. Jadi aku pun tunduk dan makan, aku pun nak merajuk jugaklah. Macam dia!
“Balik nanti tunggu saya kat sini.” Dia bagi aku arahan ketika aku dan dia sampai di tempat parkir. Laaa… dah habis mogok suara ke? Aku pun tak berani nak melawan, aku angguk je. Sambil berjalan dia tunjuk aku kat mana nak touch pas kerja waktu masuk dan balik kerja nanti. Kemudian kami berhenti sebentar kat tengah-tengah kawasan lapang depan pejabat tiga tingkat itu. Benjamin tunjukkan sekali lalu di mana letaknya kawasan pengeluaran. Ada tiga bangunan  setingkat yang besar. Dan sebuah lagi bangunan yang bersaiz sama tapi dua tingkat. Bolehlah kata kawasan kilang ni amat luas dan besar.
Kami meneruskan perjalanan ke tempat di mana aku ditemuduga dulu. Benjamin bukakan pintu bilik, pasangkan lampu dan pendingin hawa.  Selain aku ada seorang lagi IT assistant yang bernama Gary Phang masuk kerja hari ini.
Setengah hari orientasi dan penerangan  tentang latar belakang dan undang-undang syarikat aku dan Gary dihantar ke jabatan IT di tingkat paling atas bangunan ni. Nasib baik ada lif untuk naik ke atas. Kalau tak aku bajet tentu semua pekerja-pekerja kat tingkat tiga tu kurus-kurus belaka. Maklumlah setiap hari buat senaman naik dan turun tangga. Bayangkan kalau turun banyak kali mau tinggal tulang dibuatnya.
Kata Gary mungkin IT diletakkan di tingkat atas sebab mereka mengawal semua data confidential syarikat. Logik juga, sebab setahu aku kat IT tu tentu banyak server yang menyimpan data setiap jabatan. Nak-nak lagi jabatan sumber manusia dan juga jabatan kewangan ataupun lebih dikenali dengan nama Finance. Untunglah orang yang ada access untuk server tu. Lesen depa besar untuk control, managed dan tengok semua data-data rahsia tu.
Sesetengah syarikat akan minta IT personnel sain surat perjanjian kerahsiaan. Bermakna apa sahaja yang mereka tahu berkenaan syarikat tidak boleh dibocorkan sama sekali. Jika ada juga padahnya mungkin mereka akan dibuang kerja. Selalunya IT engineer yang akan dipertanggungjawabkan menjaga server dan incharged segala sistem-sistem yang ada dalam syarikat. IT assistant macam aku ni ringan sikitlah tanggungjawabnya, agak akulah.
Mr. Leonard Tan menyambut kedatangan kami. Dina yang mengiringi kami tadi kembali semula ke jabatannya. Kemudian kami diperkenalkan kepada semua staf IT yang ada di sini. Puan Fadzilah, merupakan penolong pengurus. Ada lebih kurang 10 orang jurutera di sini. Dua IT assistant dan dua orang kerani. Tetapi yang ada di tempat masing-masing hanyalah 2 orang jurutera. Khairi dan juga Norliza. Kami diberitahu jurutera yang lain ada yang sedang berkursus di luar, ada yang sedang cuti dan ada juga yang sedang menyelenggara sistem, pc dan laptop di jabatan-jabatan lain.
Mr. Leonard tunjukkan meja kerja aku, di sebelah meja Khairi jurutera yang sedang sibuk dalam bilik server. Orangnya kurus tinggi, muka macam Farid Kamil. Kira hensemlah tu kan?
Petang tu aku dan Gary diberikan orientasi dalam bilik mesyuarat di jabatan  IT ini pula oleh Puan Fadzilah. Oleh sebab Gary ni ada pengalaman bekerja di tempat lain maka banyaklah perkara yang ditanyakan. Sehinggalah waktu kerja tamat aku, Gary dan Puan Fadzilah masih di sini. Tak lama kemudian Mr. Ren Kobayashi pun joined perbincangan kami. Adakah aku kena tidur di sini hari ini? Jam dah melepasi jam 6 petang. Dah sejam waktu balik berlalu. Ishk… Gary ni pun, kalaulah nak tunjukkan kepandaian agak-agaklah sikit. Macam esok tak boleh tanya dah.
Tengah aku khusyuk mengikuti soal jawab antara Gary dengan Puan Fadzilah aku dengar suara Benjamin. Dia tegur Mr. Ren yang baru keluar dari meja perbincangan kami ni. Aku menyorot langkah Benjamin yang kemudiannya berbual dengan Mr. Leonard pula. Aku yang perasan ni bajet mesti dia datang nak jenguk aku kan? Sebab aku nampak sesekali matanya menyorot pandang ke arah aku yang sedang tercongok depan Puan Fadzilah ni. Ke dia dah lama tunggu kat kereta?

6 comments:

  1. kita tunggu entry seterusnya.... :)

    ~K~

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi baca - saya akan pos entry seterusnya esok - insya-Allah... :)

    ReplyDelete
  3. bestttt......xsabar nak baca ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi baca dan komen Ms Anonymous :)

      Delete
  4. aik...sanggup dtg cari..takut yana lari ler tu

    ReplyDelete