Wednesday 9 October 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 14







Bab 14

Rupanya sebelum memulakan kerja ada short meeting, dia orang panggil morning meeting ataupun morning briefing. Semua orang berdiri kat kawasan lapang berhampiran meja masing-masing dan report kat ketua jabatan roughly apa yang dia orang akan buat hari ini. Ada juga yang ceritakan masalah-masalah ataupun penyelesaian kerja masing-masing untuk hari-hari sebelumnya.
Sekali lagi pagi ini aku dan Gary kena perkenalkan diri dan kami juga diperkenalkan dengan beberapa orang jurutera yang kami tak sempat jumpa semalam. Halim, Wan, Jamal, Mazni dan Shahida. Ada 3 orang lagi jurutera berbangsa Cina khabarnya sedang berkursus di Taiwan. Harap-harap nanti aku pun bakal dihantar berkursus ke luar Negara. Tak dapat Taiwan, Thailand pun jadilah. Boleh juga aku jumpa gajah-gajah kat sana. Hehehe… Tinggi angan-angan dan imaginasi aku kan?
Pagi ni aku akan mula belajar dengan Khairi. Dia kata aku kena report direct kat dia. Bangga aku dowh… kerja under Abang Farid Kamil ni. Tapi tadi aku dengar Wan dan Jamal merungut sebab dia orang dapat Gary sebagai pembantu. Aku untung sebab bekerja dengan Khairi dan Norliza yang aku panggil Kak Liza. Sebab aku dah kenal mereka semalam. Khairi kata Wan dan Jamal nak aku assist dia orang. Nasib baiklah jugak sebab aku tengok dia orang tu macam gatal je. Tak kuasa aku nak layan.
Lupa pulak nak sebut nama dua orang lagi IT assistant yang dah lama bekerja tu. Nama mereka Halimi dan Jenny. Dua orang kerani pulak Wahidah dan Hasimah. Aku rasa boleh cepat klik dengan depa sebab depa baik dan ramah. Mengalu-alukan kedatangan aku sebagai ahli baru di sini. Alhamdulillah.
Khairi dan Kak Liza jaga sistem untuk HR, Finance dan juga portal untuk syarikat. General system, macam sistem perhubungan awam kut. Satu sistem yang boleh diaccess semua pekerja yang nak tahu apa-apa hal berkenaan syarikat. Kat situ juga pekerja boleh tinggalkan soalan, cuma perlu masukkan nombor pekerja dan nombor kad pengenalan dan pilihan sama ada soalan tu nak dilihat orang ramai ataupun private. Seronok juga aku baca soalan-soalan depa tu. Nampaknya pekerja suka tanya fasal gaji, kenaikan, bonus, income tax dan fasal undang-undang Jabatan Buruh.
Khairi letakkan 2 fail saiz 8 cm depan aku. Kat situlah aku baca soalan-soalan dan jawapan tu semua. Ini yang versi cetak punya, siap ada sain dari pihak atasan lagi. Ada juga yang dijawab oleh Benjamin. Terutamanya jika berkaitan dengan tawaran pekerjaan, confirmation dan training. Besar juga pangkat Benjamin ni. Manager kat bahagian pengambilan dan latihan.
Tengah sibuk-sibuk aku mentelaah dan godek-godek sistem kat pc yang ada depan aku ni lelaki berambut afro yang bernama Wan tu datang tegur aku.
“Intan Liyana, boleh berkenalan?” Itu soalan alu-aluan pertama dia kat aku. Dengan sengih-sengih yang macam kerang busuk tu. Man in black yang tak ada iras-iras Will Smith pun.
“Dia dah ada boyfriendlah!” Khairi yang datang dari mana entah menyampuk. Oh, dia pergi buat air lah. Dia letak mug yang masih berasap atas meja dia.
“Pergilah buat kerja engkau. Ajar Gary tu betul-betul. Jangan nanti asyik nak komplen kata IT assistant engkau tak bagus. Macam yang sebelum-sebelum ni. Kalau engkau tak bagus macam mana orang bawahan nak bagus. Kepimpinan melalui teladan!” Amboi tegasnya Khairi ni. Wan berlalu macam tu aje sambil tunjuk muka masam. Serabut je aku tengok dia tu. Tak sangka boleh jadi jurutera.
**********
Tak sangka!!! Dah sebulan aku kerja kat sini. Aku semakin selesa kat sini. Paling best semalam aku dah dapat gaji. Yeayyyy!!! Macam tak percaya aku dah ada pendapatan sendiri. Yahuuyabedabedu… seronoknya aku.
Aku dah sebelahkan duit untuk dikirimkan ke kampung. Banyak juga gaji aku dapat bulan ni sebab aku ada buat overtime. Ada dua kali Sabtu aku datang juga. Banyak rupanya kerja kat atas tu.
Aku cadang nak belanja Ben makan. Dia tak jemu-jemu bawa aku pergi balik kerja. Masa aku kena buat overtime dia tunggu. Sabtu masa aku kena kerja pun dia datang jugak. Dia kata memang dia kena datang sebab banyak kerja nak kena siapkan. Nasib baiklah jugak. Aku tak kisah pun, boleh je aku naik bas. Aku kan dah terer kawasan sini.
Hari ni Sabtu. Aku kena datang sebab Kak Liza minta aku bantu dia update list pengguna pc, laptop dan password untuk para pengguna sistem. Kena check semua program tu masih sah ataupun tidak lesen dia. Sebab nanti pihak auditor nak datang. Aku ingat auditor ni hanya cek HR dan Finance je. Sebab bahagian tu aje yang banyak mengguna dan mengeluarkan duit. Rupanya department kami pun kena.

15 comments:

  1. Frust nye.. Tak bnyk Ben-Yana moment huhu

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kak Rina - thanks sudi baca dan tinggalkan komen :)

      Delete
  3. hehehe....next...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua yang sudi membaca sehingga bab 14. Minggu ni penulis ada exam... lepas tu balik kampung raya haji - insya-Allah entry seterusnya Rabu depan selewat-lewatnya. Teruskan menyokong 'Dah Jodoh I Dengan You' :)

    ReplyDelete
  5. tak puas baca. mana abg Ben nih. kakakakaka

    ReplyDelete
  6. new environment buat yana...less cerite pasal ben tp nmpk mcm ade watak lain yg bakal dtg jer..keep it up dik..i'll wait next week..taksabar2...hehe

    ReplyDelete
  7. br start bce episod ni,dh rase best sgt2..lg best klu dpt bce novel dia..xsabar sb bl bce mst sengih sorang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan agar manuskrip ini dapat dinovelkan ya... Terima kasih Miss Anonymous :)

      Delete
  8. amboi dh baik btul dgn ben ya

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete