Tuesday 1 October 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 8




Bab 8

Sebab aku tak ada hok hek maka dia pun menghalakan keretanya menuju ke Putrajaya. Dia cari tempat parking di tingkat paling atas di Alamanda. Oleh itu kami menggunakan escalator yang agak tinggi tu untuk turun ke bawah. Sampai je ke bawah masa aku nak jejak kaki ke lantai tiba-tiba kaki aku terpeleot. Bahana kasut tumit tinggi warna hitam aku yang dabom nih.
Serentak itu aku terasa pinggang aku dipeluk dan  aku dicempung ke tepi. Apabila aku pandang kat escalator tu punyalah ramai orang ada kat belakang aku tadi. Mujur Benjamin cepat-cepat alihkan aku, kalau tak, ada pulak yang tersepak aku tadi. Aku ni pulak macam tak ada tempat lain nak terpeleot. Sadis sungguhlah.
Kami duduk kat kerusi di tempat permainan kanak-kanak tu. Aku urut-urut tumit kaki kiri aku yang buat hal tadi. Tiba-tiba Benjamin melutut depan aku. Dia minta nak tengok kaki aku. Tapi aku sorokkan kaki aku, aku ke belakangkan. Seganlah, apa fasal dia nak tengok kaki aku? Dia bukan doktor pun, misi jauh sekali… tapi tak taulah kalau dia ada part time sebagai tukang urut.
Sebab aku tak bagi dia tengok kaki aku dia bangun dan duduk sebelah aku. Dia diam aje. Takkan marah kut. Aku pandang dia tapi dia pulak pandang straight ke hadapan. Tak senyum pun.
“Mr. Benjamin…”
Just call me Ben!” Dia toleh ke arah aku apabila dengar suara aku panggil dia.
“Terima kasih.” Aku cakap kat dia.
“Untuk apa?”
“Sebab… err… sebab tolong saya tadi.” Dia diam lagi. Tak pandang aku pun. Alahai, kuat sentap jugak mamat ni. Mesti faktor usia ni, kan Zana kata tadi aku ni muda sangat kalau nak ada hubungan dengan Benjamin. Bermakna mamat ni tualah kan? Tu yang kuat merajuk.
“Saya minta maaf…” Aku cakap tapi malas dah nak pandang dia. Tapi aku perasan dia pulak yang pandang aku.
“Kenapa minta maaf?”
“Kerana buat Mr. Benjamin kecil hati…” Kali ni dia senyum. Manis.
“Mana ada saya kecil hati…” Dia menafikan. Hek eleh, macamlah aku tak tahu.
“Habis tu, Mr. Benjamin diam tadi tu… macam kecil hati je.” Dia mengeluh dengar ayat aku.
“Saya dah kata, jangan panggil saya Mr. Benjamin… panggil Ben aje.” Dia bulatkan mata pada aku. Eleh… macamlah aku takut sangat kat dia.
Yelah… yelah.” Itu je aku mampu jawab.
“Boleh berjalan tak?” Dia tanya apabila nampak aku gerak-gerakkan kaki kiri aku yang terpeleot tadi. Aku anggukkan kepala. Tak sakit pun.
“Kalau tak larat jalan saya boleh dukung.” Dia bangun dan pandang aku yang masih duduk. Kemudian aku bangun, tapi rasanya kaki aku ni terasa sakit sikit apabila berdiri.
“Sakit?” Dia tanya aku. Aku geleng lagi dan perlahan-lahan aku ikut berjalan di sebelah dia. Masa nak turun escalator ke tingkat paling bawah aku dah cuak. Aku langkahkan kaki ke atas escalator tu dan tiba-tiba aku macam hilang keseimbangan. Aku tarik lengan baju Benjamin. Tindakan refleks dia peluk pinggang aku. Hampir aku nak terjatuh kalau dia tak cepat-cepat peluk aku tadi. Kaki aku sakit, kepala aku pening. Bagusnya, semua datang serentak.
Nasib baik Benjamin ambil keputusan makan di KFC sahaja. Dekat juga dengan escalator. Dia suruh aku ambil tempat dan dia beratur beli makanan. Baguslah dia ni, dahlah dia yang belanja lepas tu dia jugak yang pergi beli makanan.
“Yana makan dulu ya, saya nak pergi gents.” Aku anggukkan kepala.
Adalah dalam sepuluh minit lepas tu dia kembali. Bersama beg plastik Bata. Dia hulurkan kat aku.
“Apa ni?” soalan kurang cerdik aku. Macamlah aku tak boleh agak kan?
“Bukalah.” Dia jawab sepatah dan menyisip air coke dalam cawan kertas. Tangan aku pantas keluarkan kotak dan membukanya. Sepasang wedges daripada jenama Bata. Aku pandang dia yang sedang tersenyum pandang aku. Oooo… patutlah kat atas tadi dia tanya saiz kasut aku. Ini rupanya rancangan dia. ‘Mahalnya’ desis hati aku apabila nampak tanda harga kat kotak kasut tu. RM69.90 untuk penganggur macam aku ni memang mahallah. Tak taulah untuk orang depan aku ni.
Nak terima ke tak ni? Memandangkan kaki aku tengah sakit sesuailah aku tukar kasut ni. Senang sikit nak berjalan. Anggaplah aku berhutang dengan dia kan? Nanti dapat kerja dan ada gaji aku bayarlah balik.
Benjamin hantar aku ke rumah Kak Yati ketika jam menghampiri 6:30 petang. Kak Yati ada di halaman masa tu. Tengah siram pokok-pokok bunga dia. Aku tegur Kak Yati .
“Ajaklah dia masuk.” Aku pandang belakang dan Benjamin tersengih depan pintu pagar. Laaa… ingatkan dah balik.
“Tak apalah Kak Yati, sori… lambat hantar Yana balik.” Lepas tu aku tak dengar dah apa yang mereka sembangkan sebab aku nak cepat-cepat naik atas dan solat asar. Zuhur tadi di Alamanda, Benjamin tunggu aku di MPH.

2 comments: