Saturday 9 August 2014

Suara Hati Seorang Ikmal - Part 6





Part 6


Balik dari kantin tadi aku asyiklah terfikir perihal Si Intan Liyana tu. Erm, Intan Liyana! Kenapa dia tidak dipanggil Intan je? Kan wajah dia bersinar dan bercahaya seperti intan berlian?

Mujur pagi ni aku free sikit. Mesyuarat dengan pengurus bahagian dibatalkan. Kadang-kadang rasa macam aku ni digajikan hanya untuk menghadiri mesyuarat je. Bukannya aku suka sangat menghadiri mesyuarat, bosan dan mengantuk kadang-kadang. Malangnya aku tak boleh curi-curi tidur. Sebab biasanya banyak sangat soalan yang berkaitan bahagian aku akan ditanyakan secara direct sama ada kepada aku ataupun big boss aku.

Selalunya akulah yang kena menjawab, sebab big boss aku suka mengelat, tak nak menghadiri mesyuarat dan serahkan bulat-bulat tanggung jawab tu kat aku. Rasa macam nak mintak je 30% gaji bulanan dia tu sebab jadikan aku balaci dia. Tak pun separuh daripada jumlah bonus beribu-ribu lemon yang dia dapat tu. Hai la nasib!

Nasib baik otak gred A aku ni bergeliga. Aku e-mel Yana dan beritahu dia aku teringin nak makan bubur kacang durian. Semalam dia bawak balik buah-buahan dari kampung, termasuklah beberapa biji durian. Dia ada offer aku suruh bawak balik durian ke rumah, tapi malaslah aku nak makan sorang-sorang. Mama, papa dan Kak Intan bukan penggemar durian, tapi kalau tempoyak dia orang makan. Pelik gak tu.

********************

Kerana idea nak makan bubur kacang durian itulah aku dan Yana dah berada di kedai mamak yang biasa dia kunjungi dengan Ben tu petang ni. Bagus Yana ni, beritahu semalam hari ni dah dapat. Sayang jugak dia kat aku, cepat dia tunaikan permintaan aku ni. Alhamdulillah!

“Dah oder?” aku tanya dan dia hanya mengangguk.

Muka dia masam je, tak macam masa aku curi-curi tengok ketika dia sedang tidur di pejabat waktu rehat tadi. Masa tu muka dia kelihatan tenang dan comel je. Tapi masa  bai tu tanya tentang Ben pandai pulak dia jawab sambil senyum. Apa bai tu lebih handsome daripada aku ke di mata dia?

Kalau ya memang Yana ni kena pakai cermin matalah aku rasa. Bai tu dahlah tak berapa cerah kulitnya, umur pun dah separuh abad aku rasa. Mahu anak dia dah berderet kat negara asal dia tu. Dengan dia jugak kau nak ukir senyuman ye Yana, sakit hati aku ni tau tak? Sungguh tak adil!

Dia macam pelik je apabila air minuman kami sampai serentak dengan bubur kacang durian yang telah diisi ke dalam mangkuk. Aku minta ane tu panaskan tadi walaupun rasanya ada tertulis di kaunter tu ‘No Outside Food Allowed’. Nasib baik dia tak banyak songeh. Dia tuang bubur kacang durian dalam mangkuk dan masukkan dalam microwave. Ala, bukannya susah sangat pun. Takkan dengan customer pun nak berkira.

“Kenapa tak oder makan?” aku tengok je dia ambil cawan berisi air nescafe panas dan letak kat depan dia.
 
“Malas!” itu jawapan selamba badak dia kat aku. Badak pun terkejut kalau dengar jawapan dia ni.

Apabila aku tanya takkan makan pun malas dia mengiyakan dan kata dia memang pemalas. Ingat aku kisah ke dia rajin ke malas? Aku akan tetap suka kat dia walaupun dia malas nak suap makanan ke mulut sendiri. Aku rela je tolong suapkan. Apa pun aku rela je demi untuk dia. Sumpah!

 Haish! Muka cantik dan comel tapi keras kepala batu betullah dia ni. Ada ke dia nak balik naik teksi? Rasa macam nak je angkat dan masukkan dia dalam kereta. Tak takut ke kena kidnap kalau naik teksi?
 
Ha... tau takut apabila aku berikan sebab dan alasan kenapa aku tak bagi dia naik teksi. Aku boleh hantar dia sampai depan rumah, free pulak tu. Ada hati dia nak naik teksi. Memang la dia ni!

*******************

Pagi tu aku nampak dia di kantin, sedang menikmati sarapan sendirian. Kalau datang naik bas memang dia akan sampai awal. Mesti Dina dan Zuraini belum sampai sebab setahu aku dia orang berdua tu car pool ke tempat kerja.
 
Aku buat isyarat kat Faridzul, tanda aku nak usyar Yana dan dia anggukkan kepala sambil tunjuk ibu jari kat aku. Sporting kawan aku tu rupanya. Biarlah dia makan dengan geng-geng lain. Esok-esok aku join la balik dia orang makan kat meja depan tu.
 
“Assalamualaikum!” aku beri salam serentak letakkan pinggan dan cawan. Lepas tu aku duduk kat depan dia. Nampak la muka terperanjat dia tu. Ala-ala muka tak suka pun ada apabila nampak aku terjengul kat depan dia ni.
 
“Waalaikumsalam...” perlahan je suara dia menjawab. Nampak sangat dia tak suka aku duduk kat sini. Erm, ada aku kesah? Aku akan duduk jugak kat sini walaupun dia halau aku. Lagipun kerusi dan meja kat kantin ni syarikat yang beli. Lainlah kalau beli guna duit dia.

“Yana apa khabar?” aku berbasa-basi. Amboi... dia punya jelingan. Tahulah semalam aku baru ‘dating’ dengan dia kat kedai mamak tu. Takkan tak boleh tanya khabar pulak pagi ni? Mana tahu kalau-kalau malam tadi dia kena selesema ke, kan?

“Sihat!” dia jawab juga akhirnya. Susahnya nak dengar suara emas dia pagi-pagi macam ni.
 
Aku pandang kat pinggan depan dia, adalah dalam sesenduk nasi goreng dan seketul kecil ayam goreng. Aku rasa dia tak makan pun lagi, dari jauh tadi aku nampak dia terkuis-kuis je makanan tu dengan sudu kat tangan kanan dia tu. Rasa nak je tolong suapkan.

“Bubur kacang durian Yana tu memang sedap sangat. Sampai termimpi-mimpi malam tadi!” dia diam je, tak kata apa pun atas puji-pujian aku ni. Muka pun nampak macam nak sagat muka aku dengan kulit durian je. Garang juga si comel ni rupanya. Takpe, garang pun aku suka!

“Yana suka kerja di syarikat ni?”  cehhh, cara tanya macamlah ini syarikat aku yang punya.

Lega aku nampak dia anggukkan kepala. Kalau dia jawab tak suka mahu aku kecik hati tujuh hari tujuh malam. Ha, jangan beritahu aku dia suka kerja kat sini sebab Ben sudahlah. Nanti bukan takat hati aku je kecik, usus aku pun boleh jadi pendek dibuatnya.
 
“Yana kerja under Khairi dan Liza, kan? Setahu saya dia orang tu baik orangnya.” Aku pun macam dah tak tahu nak sembang apa dengan dia yang bersikap dingin ni.
 
“Ya, dia orang memang baik. Sebab tu saya suka kerja kat sini...” baru aku nampak dia suap makanan kemulut lepas jawap soalan aku.
 
“Baguslah, harap Yana akan kerja lama kat sini.” Aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakapkan ni. Sebabnya, kalau dia ada niat nak berhenti kerja akulah manusia yang paling kecewa sekali dalam dunia ni.

 “Insya-Allah...!” lembut je bunyi suara dia, buat hati aku bergetar.
 
Aku pun mula suap makanan sambil fikir idea nak teruskan perbualan. Aku tengok nasi goreng dalam pinggan dia tinggal sikit lagi berbaki. Haruslah dia tinggalkan aku sorang-sorang je kat sini nanti. Bukannya boleh kira jugak tindakan dia ni. Buat aku macam halimunan je kadang-kadang.
 
“Yana tahu tak rumah kita berdekatan?” aku nak ambil dan hantar dia ke tempat kerja sebenarnya. Aku dapat rasa dia takkan setuju kalau aku ajak pun. Tapi aku nak juga mencuba nasib. Manalah tahu, kan?

 “Entah... tak tahu pun!” bunyi menjawab tu pun dah tak memberangsangkan. Aku memang geramlah dengan dia ni. Aku bawak lari ke sempadan Siam karang baru tau. Tak fasal-fasal dia jadi bini aku! Baru padan muka dia!

 “Ni lah nak beritahu ni... rumah saya tak jauh pun dari rumah Yana tinggal tu. So... saya boleh jemput Yana ke pejabat dan hantar Yana balik sementara...”
 
“Tak payahlah! Bas kan ada...” belum sempat aku habiskan ayat dia dah menjawab. Amboi, potong tang korner nampak? Aku nak cakap yang aku boleh ambil dan hantar dia sementara ketiadaan Ben. Boleh tahan juga dia punya berangin! ‘Sabar Ikmal, sabar!’ Aku pujuk hati.

“Saya dah habis makan, pergi dulu ya Encik Ikmal!” serentak dengan tu dia bangun, capai pinggan dan cawan, lepas tu terus blah tanpa sempat aku berkata apa-apa. Kan aku dah kata? Haish!

Aku kena fikir cara untuk mendekati dia ni. Biarlah semahal mana pun dia nak ‘menjual’ aku tetap sudi nak ‘membeli’.
 
‘Yana, aku akan letak mata aku kepada kau. Lepas tu aku akan letak hati aku. Selagi aku tak dapat kau, aku takkan berhenti berusaha. Fighting Ikmal!’ aku jerit dalam hati.
‘Jaga kau Yana!’








6 comments:

  1. Replies
    1. Memang bo layan sebab Yana asyik teringatkan Ben... :)

      Delete
  2. Rindu nak baca cerita awk tp td masa search kt google...tgk blog dh kne remove. Kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Fara... blog lama tu ada virus agaknya. Ramai yang tak boleh buka, jadi saya tukar link yang baharu. Isinya tetap sama... terima kasih sudi baca dan sudi bertanya... :)

      Delete
  3. aku suka baca novel nii . sweet gilaa !! smpai baca 2 kali , memang seronok smpai bawa kat mimpi .. hahaha .. ben smpai masuk mimpi aku ;) dah habis baca satu novel " Dah Jodoh I Dengan You " ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca dan sukakan novel ni Cik Nur Suhaila... saya sangat2 menghargainya... :)

      Delete