Wednesday 23 October 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 17



Bab 17


Oleh itu kami pergi Food Court Rasa, aku pilih nak makan nasi campur. Kami pilih coconut shake sebagai minuman. Ben mengekor aku pilih lauk, dia pun nak makan nasi katanya. Aku pilihkan ayam percik untuk dia dan ikan cencaru sumbat sambal kelapa untuk diri sendiri. Ambil kuah lemak,  sikit sayur, ulam dan sambal belacan. Aku belasah makan pakai tangan. Ben sibuk-sibuk dengan sudu garfu dia. Payah mat salih celup ni. Aku tolong dia ‘perisi’ ayam percik. Asingkan daging daripada tulangnya. Ayam potong 4 kut, besar. Aku ambil sikit dan letak dalam pinggan aku dan aku cubitkan isi ikan letak dalam pinggan dia. Sistem barter.
Thanks sayang.”
“Janganlah panggil I sayang.” Walaupun telinga aku ni dah imun dengar dia panggil aku sayang tapi aku cuak kalau-kalau dia terlepas panggilan tu kat depan orang lain. Kat tempat kerja ke misalannya. Masak aku.
“Dah I memang sayang you nak buat macam mana?”  Dia sisip coconut shake.
“Sedap, macam kat Klebang punya.” Dia cakap macam tu lepas minum.
“Klebang? Kat mana tu?” Aku saja tanya, kut-kut dia ni jenis buta alam… fail geografi.
“Melaka sayang…” Aduh, sayang lagi. Dia ni memang jenis tak makan saman. Asyik minum je dari tadi pedas sangat ke lauk tu. Kesian pulak aku tengok dia ni. Aku memang suka makan pedas-pedas. Nampak… dia ni memang tak klik dengan aku, dari segi makanan je dah fail.
“You ada girlfriend tak Ben?”
“Ada,” Dia ni asyik menghabiskan masa dengan aku je. Tak marah ke girlfriend dia? Dah berapa bulan dah dia asyik menghabiskan masa dengan aku.
“Dia tak marah ke kalau dia tahu you selalu keluar dengan I?” Aku sungguh-sungguh nak tahu. Sebab semakin lama aku kenal dia ni semakin aku suka dan selesa dengan dia. Ada tidak pun cuma part kuat merajuk tu aku kurang suka. Lain-lain semua marvellous.
“Dia tak marah ke kalau nampak kita selalu keluar bersama?” Aku tanya lagi sekali soalan yang dia tak jawab tadi. Dia cuma senyum kat aku. Ah! Lantak dialah!  Tak nak cakap sudah! Aku bangun nak pergi basuh tangan sebab nasi aku dah habis. Laju je aku makan sebab aku memang lapar dan makanan tu pulak sedap. Menepati selera kampung aku ni. Ben ada separuh lagi nasi dalam pinggan dia. Aku dah kenyang sangat kalau tak, nak juga aku tolong makankan nasi dia tu.
Keluar dari tempat basuh tangan ada sorang mamat hensem tegur aku. Ramai rupanya orang-orang hensem kat Bandar ni. Jujurnya aku tak kenal siapa dia. Dia tahan aku, dia kata dia kenal aku. Dia sebut nama dia, Dr Hadif. Rupanya senior abang long. Dia tanya aku bila abang long balik aku belasah kata tak lama lagi.
Aku pelik juga macam mana dia kenal aku? Siap sebut nama penuh aku lagi. Rupanya dia kenal aku melalui gambar-gambar aku kat FB. Bahaya ni, ada baiknya aku start keluarkan gambar-gambar aku yang ada dalam FB tu. Farid yang tunjuk dia kata. Pergh… terkenal gak aku ni ya. Macam retis. Tapi dalam hati heran gak, kenapa pulak abang long tunjuk gambar-gambar aku kat dia ni? Dekat-dekat lima minit dia dok bercakap dengan aku barulah dia minta diri. Aku pun sambung menghadap muka Ben. Aku tak cakap apa-apa kat dia sebab dah sah-sah dia nampak aku berborak tadi.
“Siapa tu?”
“Kawan abang long, Dr Hadif.” Aku sebut nama lelaki tadi.
“Ramainya orang yang kenal you.” Dia dah berhenti makan nasi. Laaa… membazirlah dia ni. Banyak lagi nasi dan lauk dalam pinggan tu. Nak kena tarbiah ni. Tak tahu ke membazir tu amalan syaitan? Aku rasa nak je bagi ceramah percuma kat dia kalau tak nampak muka dia yang tak ceria tu. Dah kenyang pun nak buat muka lagi, belajarlah bersyukur Benjamin Christopher Joseph oiii!!!
“Jomlah balik. Lagi lama kat sini lagi ramai orang tegur you. Orang famouslah katakan.”  Dia bangun, aku ikut bangun dan kita orang jalan bersama-sama. Tapi statement yang keluar daripada mulut dia tu macam tak berapa best je aku dengar.
“You ni memang selalu ting tong ek?” Kali ni dia diam je, tak jawab dan tak gelak pun macam selalu kalau aku cakap apa-apa kat dia. Mood dia ni melantun-lantun macam bola ping pong. Kejap ok kejap merajuk, kejap becok kejap bisu. Ni mesti faktor usia ni. Susah kawan dengan orang tua ni. Tak sama cara dan citarasa. Ahaks.
**********
Dah genap lima bulan aku kerja kat sini. Pergh… tak sangka gak, kan. Lama gak aku bertahan di sini. Aku dah confirmed pun, dua bulan lepas, naik gaji RM100. Alhamdulillah. Tapi tempat ni bukan teruk sangat pun. Semua okey, rakan-rakan sekerja okey. Suasana kerja pun okey. Aku suka. Dia orang pun suka aku. Hahaha
Sekali sekala aku mengekor Kak Liza dan Khairi turun ke HR dan Finance. Kadang-kadang Puan Fadzilah arahkan aku mengekor jurutera yang lain pergi jenguk jabatan lain yang mereka jaga. Aku rasa hampir semua jabatan aku dah jejakkan kaki. Dah ramai kawan aku kat sini.
Aku dengan Ben masih meneruskan rutin pergi dan balik kerja bersama. Tapi kami jarang makan kat kantin. Selalu sarapan dan minum petang kat luar je. Sesekali kami makan malam bersama time aku kena balik lambat. Dia akan tunggu sampai aku habis kerja dan kita orang balik sama-sama. Lebih kurang macam suami tunggu isteri balik kerjalah. Tapi malangnya dia bukanlah suami aku dan begitulah sebaliknya.
Tengah hari biasanya aku makan dengan Kak Liza. Belum pernah lagi aku makan dengan jurutera-jurutera lelaki kat jabatan IT ni walaupun Wan dan Jamal tu selalu ajak aku keluar makan bersama. Tak kuasa aku, lagipun Khairi dah suruh aku jauhkan diri daripada dua makhluk yang agak miang tu. Player kata dia. Tapi kalau budak dua orang tu CD player dah lama aku angkut bawak balik rumah. Ada jugak gunanya.
Khairi dan Kak Liza dua-dua ni dah bertunang. Tak lama lagi kahwinlah dia orang ni. Khairi ni tunang dia masih study kat overseas. Kak Liza yang berasal dari Melaka ni akan kahwin dalam tahun ni jugak. Tak berapa lama dah khabarnya. Siap warning aku jangan berani-berani  tak datang majlis dia nanti. Hehehe
Kak Liza ni paling rajin menyalurkan maklumat fasal kerja kat aku. Dah gaya macam pensyarah aku pun ada jugak. Tapi aku suka sebab dapat mantapkan pengetahuan aku yang tak seberapa ni. Dia ni kira humble dan tak kerek walaupun berjawatan jurutera. Tu yang buat aku respek kat dia.
**********
Tapi tengah hari ni aku tak turun makan. Rasa malas dah nak jejakkan kaki ke kantin. Hari ni Ben cuti jadi dia hantar aku dan terus ke Shah Alam. Tak sempat nak sarapan bersama macam selalu. Oleh kerana aku sampai awal kat ofis Kak Liza ajak aku sarapan dengan dia. Masa kat kantin tulah berlakunya tragedi Oktober tu. Walaupun sekarang ni bukanlah bulan Oktober pun. Sadis sungguh.
Masa aku nak isi kuah mi kari dalam mangkuk, aku dengan tak sengaja tertuang kuah tu atas tangan seorang lelaki yang pakai long sleeves. Aku belumlah gila lagi dengan sengaja nak tuang kuah tu atas tangan seseorang.
Oleh sebab lelaki budiman tu pakai baju warna putih maka sajak sangatlah apabila kena kuah mi kari yang kaler oren tu. Cantik hasil lukisan abstrak aku kat lengan baju dia. Kira tererlah aku ni sebab rasanya pelukis professional pun tak terfikir dan tak dapat buat corak yang menarik dengan warna yang kontras macam yang aku buat kat baju dia ni.
Masa kena tu aku dengar dia marah-marah dan kibas-kibaskan tangan dia. Mesti panas gila sebab periuk kuah tu siap ada api lagi kat bawah. Aku yang panik terus ambil tisu dari poket jaket dan cuba nak tolong lap lebihan kuah kari kat tangan dia. Tindakan refleks dia? Tepis tangan aku kuat-kuat. Dia tak pandang pun muka aku. Tak jawab pun kata-kata maaf yang aku lontarkan. Paket tisu aku pun terbang entah ke mana. Malu gila aku masa tu.
“Marah betul lelaki tu. Mesti sakit sangat tangan dia kena kuah panas tu.” Aku cakap kat Kak Liza masa kami dah duduk menghadap makanan. Nasib baik makcik kantin datang dan mop lantai. Aku minta maaf kat dia sebab menyusahkan dia. Mujur makcik tu baik, dia senyum dan kata tak apa, bukannya aku sengaja. Terubat sikit hati aku ni.
Tapi memang aku tak sengaja pun. Takkan dia tak nampak aku nak tuang kuah tu dalam mangkuk mi kari aku. Yang dia tiba-tiba hulur tangan atas mangkuk mi kari aku tu sapa suruh? Kot ya pun nak ambil makanan tunggulah aku tuang dulu kuah panas tu. Dia pun salah jugak.
Alah… benda kecik je tu. Bukannya Yana sengaja, kan? Lagipun lelaki tu okeylah. Dia baik. Akak rasa dia cuma terkejut je kut.” Kak Liza cuba nak sedapkan hati aku.
“Akak kenal ke dia?” Aku rasa itu adalah kali pertama aku lihat lelaki berkacamata tu. Aku ingat dia tu pekerja baharu. Dahlah pakai baju warna putih, memang bukan warna favourite aku tu.
“Itulah sorang lagi The Most Eligible Bachelor.”
Ha? Ada ramai ke The Most Eligible Bachelor kat sini? Hari tu Kak Liza gelar Benjamin macam tu. Hari ni orang lain pulak.
“Dua aje. Mr. Benjamin dan Encik Ikmal Hakim.”
Ooo… Ikmal Hakim nama dia.” Aku sebut perlahan nama lelaki tu.
“Kesian dia, tak jadi makan.” Aku jenguk juga kalau-kalau lelaki tu datang balik. Takde pulak nampaknya.
Aikk… caring nampak. Nanti tak fasal-fasal dia bergaduh dengan Mr. Ben pulak.” Kak Liza jawab macam tu. Buat aku kehilangan kata-kata. Aku memang tahu ramai yang bergosip fasal aku dan Ben. Depa tuduh aku dan Ben bercinta. Dah lama dah aku tak nak pergi dan balik kerja dengan Ben sebab aku tak nak orang cakap fasal benda-benda macam nilah. Tapi Ben suruh aku buat tak tahu je. Dia kata mulut orang kita tak boleh nak tutup. Hanya kita dan Allah SWT yang tahu apa ada dalam hati kita orang. Yo, yo oooje Ben nasihatkan aku. Dia suruh aku jadi positif. Macam-macam dia nasihat aku. Sikit lagi dia dah boleh jadi pakar motivasi aku rasa. Dato Dr. Benjamin Christopher Joseph. Kih… kih… kih aku berangan Ben bergandingan dengan Dato Dr. Fadzilah Kamsah dalam rancangan motivasi di tv.
Aku pun malas dah nak cakap apa-apa kat Kak Liza. Dah jenuh aku terangkan kat dia dan kawan-kawan lain kat jabatan aku tu. Aku dengan Ben tak ada apa-apa. Dia orang ni macam lalang. Kejap percaya kejap tak. Terutamanya yang perempuan. Lelaki-lelaki tu tak kisah sangat pun.
Lagipun Benjamin tak pernah buat benda-benda tak senonoh kat aku. Pegang-pegang aku pun tak. Ada tidak pun dia suka panggil aku sayang. Tapi itu pun depan aku je. Sebab aku ugut nak pijak kaki dia kalau panggil aku macam tu depan-depan orang lain. Nampaknya takut juga dia dengan ugutan aku tu. Sebabnya aku memang pernah pijak kaki dia dengan kasut tumit tinggi aku. Padan muka dia!

23 comments:

  1. Ee...saje nk dera akk pg2 yE... WaAa...sape lak mamat sorg lg niE... Jeng2...jeng....

    ReplyDelete
  2. Menarikk r..best..

    ReplyDelete
  3. Ain..nti ain tgok blik ada 1 ayat tu...cm error je... Part yg nie...

    Oleh sebab lelaki budiman tu pakai baju warna putih maka sajak (sajak ke segak...klo akk slh sory...hehehe)
    sangatlah apabila kena kuah mi kari yang kaler oren tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca dan tegur mana yang salah/kurang - hehe... Kak asNieda - mengikut kamus dewan edisi 4 - sajak juga bermaksud : segak (orang), bergaya, tampan (laki2) padan atau cocok... tak apa tegur menegur dan saling belajar satu sama lain... Peace No War...! :)

      Delete
    2. Wahhh!!! sunami cinta dah datang.....Ben p mana pulak tu?....Ben jaga yer...sorang lagi The Most Eligible Bachelor dah mai.....jarang Ben terus jalan tanpa bagi makan kat Yana ni...musykil ni???

      Delete
    3. Ain....Seriously BEST sangat......funny lah Yana ni...tapi kenapa akak rasa berdebar yer....oooh no..jangan

      Delete
    4. Ain, heroin nampak remaja and cute...

      Delete
    5. Kak Nurcahaya Abadi - terima kasih atas segala komen/nasihat dsb... terima kasih juga sebab sudi mengikuti kisah Ben-Yana ni. Tapi jaga2 pengacau dah masuk dalam ini cerita :)

      Delete
  4. Ohhh tidakkkk. Makin kuat majuk la org tua tu hehe

    ReplyDelete
  5. Bilakah agaknya cerita ini nak dinovelkan? Janganlah lama-lama sangat... tak sabar nak tahu kesudahannya... Novelkan cepat-cepat ya Cik Penulis!

    ReplyDelete
  6. Ain..tersengeh2 akak bace tau..hehe..btw da mai marka bru na..arrogant jgk si ikmal tu..cepat2 lar release nvel ye..tak sbr nk tahu ending..:-)

    ReplyDelete
  7. Apa apa jer untuk adik Ain....Sombong konon yer Ikmal tu....Ben mana awak pesaing dah datang!!!

    ReplyDelete
  8. wahh...best2...teruja nak tau ape sambungan kisah ben n yana....

    ReplyDelete
  9. Miss Anonymous - biasalah orang tua, kenalah jaga hati dia - hehehe - Ikmal Sengal dah datang - Arrogant pun boleyyy - Kak Nurcahaya Abadi - Ben cuti tu - Cik Ejahasliza - terima kasih sudi baca kisah Ben-Yana - Doakan agar saya dapat siapkan manuskrip ni dengan cepat dan ada yang sudi menerbitkannya dengan cepat juga. Peace No War...! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yang nak kena dibetulkan di sana sini. Terima kasih semua yang sudi baca dan tinggalkan komen - Saya sangat menghargainya :)

      Delete
    2. insyaallah....semoga segala urusan cik ain kamalia dipermudahkan..gud luck!!!

      Delete
    3. Terima kasih Kak ejahasliza - baca ya n3 baharu nanti :)

      Delete
  10. Wahhh...ko nk terbitkn novel ni ke??hebatnye...anyway bestt la cite ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah Wani, support dan doakan ya :)

      Delete
  11. Ain... rindu dah dengan 2 sejoli ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab support kak..esok pagi (rabu) insya-ALLAH akan ada n3 baru..jeng jeng jeng..hehe

      Delete