Wednesday 13 November 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 20







Bab 20

Akhirnya hari dinner yang dinanti-nantikan pun tiba. Ben dari pagi lagi dah ke sana. Dia ajak aku ikut dia pergi pagi tadi. Gila apa aku nak mengekor dia. Dia kata sewa satu bilik hotel dan aku boleh tunggu dia kat dalam tu. Lagi aku tak nak. Kalau ada yang tahu nanti mesti depa tuduh aku duduk sebilik dengan Ben. Tuduh aku ada skandal dengan Ben. Hiii… tak fasal-fasal je.
Tapi aku pun pelik jugak dengan Ben ni, tak sibuk ke? Dalam masa sejam je dah berpuluh SMS dia hantar kat aku. Doklah tanya aku kat mana dan buat apa,  banyak kali juga aku terpaksa menjawab soalan yang sama daripada dia tu. Aku kan kat rumah ni, tengah melepak dengan Naz dan Kak Yati. Sambil berborak sambil menonton televisyen. Cerita apa lagi kalau bukan drama dari Negara yang terkenal dengan kimchi tu.
 Cantiknya pemandangan yang sering dipaparkan dalam drama, rancangan variasi ataupun dokumentari Negara Korea ni. Teringin pulak rasanya nak ke sana. Agak-agak berapa tambang dan perbelanjaan nak ke sana ya? Berapa lama pulak aku nak kena menabung. Masa ni aku memang jeles tahap gaban dengan orang yang lahir dalam dulang emas. Mesti dia orang tak pernah ada masalah duit. Nak terbang ke mana-mana pun tak payah nak berangan dan menabung dulu macam aku ni. Hai, bilalah aku nak jadi orang kaya?
“Kau kalau tengok Lee Min-ho, lalat masuk dalam mulut pun tak sedar, kan?” Naz sound aku yang tengah ternganga sikit tengok Lee Min-ho dan Park Shin Hye dalam drama yang bertajuk ‘The Inheritors’ ni. Mujur Naz dan Kak Yati ni jenis rajin merakam kat astro beyond tu, dapatlah aku ikut sama menontonnya. Serta merta aku katup mulut apabila Naz dan Kak Yati berduet gelakkan aku.
Hensem la Lee Min-ho tu, kalau dapat pakwe macam dia kan best? Tinggi lampai, comel… gentleman…” Aku cakap apa yang ada dalam kepala otak aku ni. I love you Lee Min-ho. Hehehe
“Habis yang tengah melekat dengan kau 24 jam sehari tu tak cukup hensem? Tak cukup comel? Tak cukup tinggi dan gentleman? Kuman seberang laut kau nampak, gajah depan mata kau buat tak tahu je…” Amboi, berapa punya panjang jawapan daaaa
Errr… gajah hensem mana yang melekat dengan aku 24 jam tu?” Hehehe… aku saja nak buat Naz geram, bukannya aku tak faham maksud dia tu. Nak kenen aku dengan Benlah tu. Tak habis-habis!
“Yana sengal! Aku malaslah nak cakap dengan kau!” Naz muncungkan mulut dan terus fokus pandangan pada cerita di televisyen. Eleh… dia pun taasub tengok Lee Min-ho ada hati nak sound aku pulak. Ketam betullah Naz ni. Macamlah aku boleh dapat Lee Min-ho tu, takkan setakat suka tengok dia berlakon pun tak boleh? Dia yang sengal mengata aku pulak.
“Mengganggu betullah bunyi handphone kau ni. Nak tengok tv pun tak senang!” Naz sound aku apabila handphone aku bagi signal tanda ada SMS masuk. Tak payah tengok pun aku dah tahu siapa penghantarnya. Kalau dia tanya lagi aku kat mana dan buat apa harus aku campak je handphone ni dalam tong sampah.
Heheh… nasib baik dia cuma kata tak sabar nak tunggu majlis makan malam tu bermula sebab dia dah rindu nak jumpa aku. Kalau tak, memang selamat jalanlah handphone aku ni.
Poyo, tersengih sorang-sorang!” Makcik kepoh ni nak aku tukar nama dia jadi makcik sarkastik kut. Mulut memang tak ada insurans!
“Kau nak berjemaah tersengih dengan aku ke? Meh la baca SMS ni sama-sama…” Aku unjuk handphone ni kat dia. Apabila dia cuba nak capai handphone, aku tarik tangan aku dan melompat dari sofa, terus lari menuju ke tingkat atas. Baik aku layan SMS Ben dalam bilik tidur je daripada menadah telinga mendengar perli-perlian Si Naz tu. Cubalah jadi baik macam sepupu dia, Kak Yati tu… tak banyak cakap dan sengih je apabila aku dan Naz bertekak.
Haish… gara-gara Si Naz melepas aku nak tengok Lee Min-ho. Aku minta tolong Ben jelah downloadkan cerita tu nanti sebab dia memang terer bab-bab mendownload nih. Banyak betul kepandaian yang Ben ada, banyak kegunaannya kepada diriku ini. Tiba-tiba aku rasa sayang sangat kat Ben, sebab dia banyak sangat tolong aku. I love you kat Ben lah pulak. Ahaks.
**********
Jam 6:30 hingga 7:00 malam adalah masa pendaftaran kedatangan. Aku dah janji dengan sepuluh orang kawan-kawan dari IT dan jabatan lain. Jadi aku tak risau fasal nak duduk dengan siapa. Jangan depa belot dengan aku sudahlah, kalau depa dah cukup korum tanpa masukkan aku sekali memang aku nak merajuk dan terus balik je. Rela aku dinner kat rumah makan mi segera je nanti. Lepas tu aku tak nak kawan dah dengan dia orang semua. Muahaha
Aku cadang nak panggil teksi je tapi Kak Yati pulak sibuk-sibuk nak hantar. Alang-alang dia nak keluar biarlah dia hantar aku sekali katanya. Masa aku sampai kat hotel tu memang dah ramai yang hadir. Zuraini dan Zana lambai aku. Kak Liza, Mazni, Wahidah, Hasimah… ishk… ramai lagilah kalau aku nak sebut. Rakan meja bulat aku dah sampai rupanya.
Dengan tema ‘Futuristik’ memang seram betullah tengok manusia-manusia yang taat ikut tema ni. Baju runcing-runcing, tajam, dengan mekap yang macam black metal dan gothic pun ada. Naik takut aku tengok muka masing-masing. Yang Zana ni pulak pakai gulungan bunga atas kepala macam penari hula kat Hawaii dah aku tengok. Baju pun bunga-bunga, ceria. Dia salah tema kut.
Ben kata aku tak payah ikut tema. Cuma pakai dress yang kaler silver ni. Kira futuristik lah kut ni. Mekap aku pun tak ikut tema. Kalau selalunya aku pakai bedak dan lipstick aje malam ni aku nak melaram sikit. Kak Yati tolong mekapkan aku tadi. Pakaikan pemerah pipi, eye shadow dan bulu mata palsu. Oh mai!!! Cunnya aku hari ni. Naz pun puji-puji aku tadi. Dia kata gerenti orang tak kenal aku hari ni. Jangan Ben tak kenal aku sudahlah. Sebab dia dah janji nak tumpangkan aku masa balik nanti.
Kami dapat meja barisan ketiga dari pentas. Depan tu tempat untuk para-para manager dan yang berjawatan tinggi kut. Sebab ada tulis ‘reserved’ kat atas meja.
“Cantiknya Yana hari ni.” Zuraini puji aku. Aku dok sebelah dia, kiri aku ada Zana the Hawaiian girl. Kawan-kawan sejabatan aku dok setentang dengan aku.
“Hari ni je ke?” Aku cuba nak buat lawak sebenarnya. Aku nervous ni. Jakun gila aku nak menunggu acara yang bakal dipersembahkan masa majlis ni bermula nanti.
“Hari-hari lawa. Manalah Mr. Ben tak terpikat.” Zuraini sambung lagi dan lepas tu aku tengok semua mata pandang kat aku… eh, bukan… pandang belakang aku. Aku pun turut toleh sama dan aku nampak Ben yang pakai sepasang tuxedo silver. Rambut dia pun tercacak-cacak dan ada taburan serbuk silver. Mata dia, wow! Ada solekan mata yang menggunakan teknik apa ntah, smokey eyes ke orang panggil? Warna hitam. Perghh…kelu lidah aku tengok dia. Patutlah dia sengaja panjangkan sikit rambut dia. Ini rupanya yang dia rancangkan.
“Hai sayang, cantiknya you malam ni!” Dia tunduk dan bisik kat telinga aku. Apabila semua mata di meja bulat ni pandang kat aku dan Ben maka aku pun buat-buatlah tergelak. Konon-konon Ben cakap sesuatu yang melucukan. Lepas tu rasa macam orang gila pun ada sebab depa pandang kat aku dengan muka pelik.
“Jom ambil gambar dengan I! Zana tolong ambilkan foto I dengan Yana, snap banyak-banyak tau!” Dia hulur Note 2 dia kat Zana. Biru ungu je aku tengok muka Zana masa sambut Note 2 daripada tangan Ben. Dia jeles ke? Aku dah siap-siap bangun dan berdiri kat sebelah Ben.
Sila jangan jeles ya sebab tuxedo dia memang sedondon sangat warnanya dengan dress yang aku pakai ni. Jadi masa aku berdiri dan bergandingan sebelah dia ni memang sah-sah kami nampak macam pasangan bahagia. Ngeee… teringin jugak tu.
Huh! Lepas tu berebut-rebut pulak budak-budak perempuan meja bulat ni bergilir-gilir bergambar dengan Ben. Ceh… Siap berdiri rapat-rapat macam nak berpeluk pulak. Nasib baik depa tak suruh aku yang ambilkan gambar kut tak memang aku akan sabotaj. Aku snap gambar kaki depa je nanti. Muahaha… dengkinya aku!
Lorrr… ingatkan budak-budak kat meja ni je teringin ambil gambar dengan dia rupanya ramai juga budak-budak daripada meja yang lain. Ishk… ishk… ishk… taraf Anuar Zain ke dia ni? Apabila aku tertengok kat dia aku nampak dia angkat-angkat kening kat aku. Eleh, riaklah tu, konon dia ramai peminat! Tapi sebenarnya aku tak suka tengok dia ambil gambar dengan dorang-dorang tu semua. Tak suka! Tak suka! Tak suka!
Makan dah, tengok persembahan dah, tunggu Grand Lucky Draw aje. Jam dah nak pukul 11:00 malam . Aku ke tandas tapi aku bertembung dengan Ikmal kat luar pintu. Mula-mula aku rasa dia tak perasan aku. Tapi apabila dia nampak Zuraini yang berjalan dengan aku dia toleh sekali lagi.
“Intan Liyana!” Dia berpaling dan panggil nama aku. Zuraini buat isyarat nak jalan dulu, ke tandas. Aku angguk dan berdiri kat tepi pintu besar ballroom. Ikmal datang menghampiri. Aku pandang dia yang pakai serba hitam. Dengan solekan yang lebih kurang macam Ben tadi. Mekap dengan orang yang sama kut. Ataupun dia orang ni mekapkan satu sama lain. Hahaha
“Nyaris saya tak kenal awak tadi…” kata-kata aluan dia kat aku. Nak je aku jawap ‘Haah, saya pun nyaris tak kenal Encik Ikmal tadi, ingatkan drakula mana terlepas dari keranda’ wakakaka… nasib baik aku cakap dalam hati je. Sebenarnya dia hensem malam ni. Dengan rambut ala-ala K-pop dia tu.
Masa mulut dia kumat-kamit cakap sesuatu pada aku ada orang buka pintu dan kedengaranlah bunyi muzik yang kuat dari dalam. Aku geleng kepala sebab tak dengar apa dia cakap. Dia dekatkan mulut dia ke telinga aku dan hadang dengan tangan kiri. Dia cakap dengan kuat.
“Balik dengan siapa?” Aku baru gaya nak jawab tapi ada orang raih bahu aku dan aku terdorong ke belakang. Ikut langkah kaki orang yang pegang bahu aku dengan kemas. Aku nampak Ikmal berpaling dan masuk semula ke ballroom lepas perhati aku seketika.
“Kata nak pergi tandas?” Ben lepaskan bahu aku. Aku angguk dan laju berjalan menuju ke tandas yang terletak agak jauh. Aku boleh nampak dah ramai orang kat lobi ni. Yang dah pening-pening lalat sebab terlebih minum pun ada.
Lama aku kat dalam tandas, perut aku buat hal. Bila nak habis ni? Tunggu Grand Lucky Draw aje lagi kut. Aku keluar dan berjalan perlahan-lahan menuju ke ballroom. Tiba-tiba je ada mamat mana ntah nak kacau-kacau aku. Kalau tak salah aku jurutera kat jabatan Ikmal mamat Cina ni. Mulut dahlah bau masam. Sah minum arak ni. Jalan pun dah macam ketam, ada hati nak kacau aku. Aku flying kick jugak dia ni nanti.
Aku dah nak sampai ke pintu apabila mamat mabuk tu tiba-tiba berlari ke arah aku. Siap buka dua-dua tangan, gaya nak peluk aku je. Aku dah menjerit sambil tutup muka dengan tangan. Tiba-tiba ada orang tarik aku dan mamat tadi tersembam ke lantai. Huh! Padan muka dia. Kecohlah kawan-kawan dia yang lain datang nak angkat dia. Patutnya pijak je dia ni. Baru padan muka dia.
Ben rupanya yang tarik aku tadi. Dia masih pegang lengan baju aku sambil berdiri pandang mamat yang dibantu oleh rakan-rakannya itu. Aku pun macam baru je tersedar dan pegang dada, terkejut kut. Tapi patutnya aku elaklah tadi,kan? Yang aku menjerit sambil tegak berdiri bagai nak menyanyi lagu Negaraku kat situ buat apa? Ishk… ishk… ishk… sadisnya. Nasib baik tak kena peluk, kut tak malu free je aku kat sini.
“Jom balik.” Dia hulur beg tangan kecil yang aku bawa tadi.
“Gilalah, management patut keluarkan arak daripada dihidangkan masa dinner. Banyak keburukan dia.” Itu yang Ben kata ketika kami dalam kereta. Aku macam terkejut jugak dengar dia cakap macam tu. Dia tak minum arak ke? Setahu aku orang Islam pun ramai yang tak sedar diri. Minum arak macam minum jus aje. Tak ingat dosa pahala.
“I tak suka orang minum arak. Sebab peminum arak adik I mati kena langgar. Dahlah mabuk memandu pulak tu.” Aku tadah telinga je dengar kata-kata dia. Hari ni barulah aku tahu yang dia ni ada adik sebenarnya. Ingatkan dia dua beradik dengan Belinda je.
“Sebab kemalangan tu adik I meninggal. Sebab tu juga famili I berhijrah ke  Australia.” Aku diam dan pasang telinga.
“Bayangkan, adik I baru berusia tujuh tahun. Tengah keletah dan manja. Mommy I trauma lama… sampai dah tak boleh nak tinggal kat rumah lama kami. Sampai kena tinggalkan Malaysia.”
Wah… kira dahsyat juga ya. Sebab kematian adik dia tu beri impak yang besar kepada keluarga dia.
“Kalau Jeremy hidup, dia dah berusia 27 tahun.” Sambung Ben lagi. Aku dapat melihat wajah dia yang mendung walaupun dengan solekan yanga agak ketara di muka dia. Ermmm… kalau Jeremy tu masih ada mesti aku berpeluang berjumpa dengan dia, kan? Mesti hensem adik dia tu, macam abangnya juga. Tapi nak buat macam mana, umurnya tak panjang.
“Kalau kat tempat sunyi tadi entah apalah yang dah jadi pada Yana. Saya takkan maafkan apek tu tadi kalau dia sentuh Yana. Nasib baik saya tak sepak dia tadi.” Ben ketap bibir. Marah sangat dia agaknya. Aku terkejut je tadi, kut tak aku sendiri pun boleh bagi tendangan penalti kat apek tu. Silap-silap boleh gol dia kena tendangan aku yang berkasut tumit tinggi ni. Mujurlah.
Tapi dalam marah-marah tu sempat lagi dia ajak aku minum. Apabila aku ingatkan fasal rambut dan mekap dia, dia tergelak. Baru teringat agaknya. Terkejut mamak tu kalau nampak dia masuk dalam restoran dengan muka macam tu nanti. Ingatkan alien dari Planet mana mendarat di bumi. Alien yang addicted dengan teh tarik mamak rupanya.
Ben berhenti kat stesen minyak dan basuh muka dia. Lama aku tunggu. Apabila dia kembali muka dia dah bersih dan rambut dia yang tercacak-cacak tadi dah disikat seperti biasa. Walaupun serbuk silver tu masih ada sikit-sikit lagi. Dia sempat tukar baju, pakai t-shirt polo warna putih kegemaran dia tu.
Aku dan dia oder teh tarik. Jam dah dekat 11:30 malam tapi masih ramai orang minum-minum kat kedai mamak ni. Inilah punca-punca obesity dan kencing manis dikalangan penduduk Malaysia. Asyik menebeng kat kedai mamak. Macam aku dan Ben jugaklah. Ahaks.
Tapi kat rumah aku jarang ambil minuman yang manis, sebabnya aku jarang ada kat rumah pun. Kat ofis sekali sekala je, selebihnya aku banyak minum air masak. Jaga kesihatan, awet muda kut.
“Yana, you sangat cantik malam ni. Macam puteri kayangan.” Terkebil-kebil mata aku dengar kenyataan dia. Pernah tengok ke rupa puteri kayangan tu? Ke dia ni pun berasal dari kayangan? Manalah tahu dia ni keturunan putera raja kayangan yang turun ke bumi nak mencari bakal isteri.
Aku teringin gak nak jadi isteri putera raja kayangan, bolehlah aku bersenang-lenang je 24 jam. Mesti ramai dayang istana yang sudi berkhidmat untuk aku. Tu diaaaa…. Aku punya merepek dah tahap cipan kut. Aku geleng kepala dengan kelakuan diri sendiri. Malunya kalau Ben tahu apa yang ada dalam fikiranku ini.
Lepas tu aku dengar dia menggumam. Ada sebut nama Ikmal lagi. Musykil aku dengan dia ni. Siapa Ikmal tu pada dia ni? Dan siapa Ikmal tu sebenarnya???

18 comments:

  1. nak lagi..... tak puas dengar citer ben....

    anyway....best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca dan komen Sarina Abr... Ben akan muncul lagi dalam bab2 akan datang...insya-Allah :)

      Delete
  2. More please! Marathon baca 2 bab skaligus...
    Can't wait for the next n3...Yana cam dh jatuh sayang kt Ben je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fara - sudi baca dan komen - Yana sayang Ben... tapi tak pasti sayang yang macam mana? Cinta???? Hehehe...

      Delete
  3. hurmmmm...musykil jugakkk...sapo Ikmal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hk - tak lama lagi siapa Ikmal tu akan terbongkar jua.... tunggu tau.... :)

      Delete
  4. Homaiiii mesti hot kn Ben ngan mekap die tu.. Kite dh cair nihh. Yana bila lgi? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana dah nak cair tu... sikit je lagi.... tunggu....

      Delete
  5. Tu dia Yana Ben pengubat rindu dendam setiap rabu...seperti biasa cinta Ben yang sangat menyerlah buat kita mabuk kepayang cuma Yana yang belum sampai tahap tu...kita yang baca pulak yang terjatuh sayang cintan cintun ngan hero yang penuh kasih dan sikap ingin melindungi gadis pujaaannya...debaran dup dap ngan Ikmal semakin terasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nurcahaya - hehe - Ben pengubat rindu setiap rabu ya - :)

      Masing2 dah mula sayang satu sama lain - Ben nak mulakan langkah tapi masih teragak2 sebab Yana tu macam tak faham2 jer :)

      Delete
  6. Hi ain cerita ini semakin menARiks....syabas! Kak tims

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tims - terima kasih sudi singgah dan komen - alhamdulillah, saya berharap dapat menulis sesuatu yang pembaca suka dan senang membacanya...

      Delete
  7. Abg long yana tu....ada hati kt yana gak ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak... abang dia sangat sayang Yana sebagai adik...

      Delete
  8. ape la yg ikhmal bisik kat yana sbnr nyer td

    ReplyDelete
  9. kak ain knp bab 21 x leh bukak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik, novel dah ada di pasaran so akak disable bab 21 dan ke atas...

      Delete