Wednesday 19 March 2014

Teaser 7 - Dah Jodoh I Dengan You







Nasi lemak cikgu kat Dataran Glomac, Kelana Jaya. Yahuuu… aku suka. Suka. Suka.

Aku oder nasi lemak dengan sambal kerang. Ben oder sambal sotong. Dia tambah dengan ayam goreng. Perut aku dahlah lapar. Ni semua salah Ben sebab selama ni dia yang ajar aku sarapan awal-awal pagi.

Hari ni dah dekat jam 10 baru aku dapat sarapan. Kalau tak makan jugak setengah jam lagi mahu aku merangkak. Habis dah tenaga aku nak berjalan.

“Lapar sangat ke?” Dia macam takjub je tengok aku makan tanpa bercakap-cakap. Ke aku makan lahap sangat? Macam mangsa kebuluran? Tapi rasanya aku suap nasi macam biasa je. Cuma nasi lemak ni sedap sangat. Rasa nak oder lagi sepinggan.

“Sedaplah… macam tak cukup sepinggan.” Aku berterus terang.

“Oderlah lagi…” dia offer. Best ni lagipun bukan selalu aku dapat makan kat sini. Aku makan dulu nasi yang ada dalam pinggan ni sampai habis.

Sebab aku tahu perut ni agak lambat nak hantar signal kat otak untuk beritahu yang dia dah kenyang. Nak-nak lagi otak aku yang memang agak slow serba-serbi ni. Hehehe

Memang betul pun sebab lepas nasi aku habis aku tunggu sekejap dan minum teh tarik. Dah kenyang. Tak jadilah oder nasi lagi sepinggan.

Ben angkat-angkat kening sambil jeling pinggan aku yang licin. Buat isyarat nak tanya aku nak oder lagi ke tidak. Aku geleng kepala.

Dia punya nasi baru luak separuh. Minum air je yang lebih. Kunyah 80 kali kut nasi tu  baru telan. Lagipun dia ni spesis tak tahan pedas. Sup-sup je yang padan dengan dia ni… taraf macam budak-budak umur empat lima tahun. Hehehe… Aku betulkan topi kat kepala.

“Cantik you pakai topi tu. Sekarang I tahu warna merah sesuai dengan you…” dia cakap sambil pandang atas kepala aku. Nak puji topi dia sendirilah tu.

Dia kata Tan Sri Tony Fernandes personally bagi kat dia topi tu. Iyelah tu… aku cakap apa kelas bagi topi je. Kurang-kurang bagilah tiket penerbangan pergi balik ke London. Untung-untung aku boleh tumpang sekaki.

“Kalau I apply jadi stewardess dengan Air Asia you rasa boleh tak? You kenal  CEO dia kan? Rekomen I.” Ben terus letak sudu garfu dalam pinggan. Capai cawan berisi teh tarik dan minum sambil pandang aku. Buat muka masam. Eleh… minta tolong sikit pun berkira!

“Jangan harap… I takkan bagi you kerja yang menarik perhatian orang.”

“Bukan menarik perhatian oranglah… you patut kata hospitality. Kalau tak ada stewardess siapa nak uruskan penumpang? Apa perasaan you naik kapal terbang yang tak ada stewardess? Nak bawa air dan makanan sendiri ke?Macam mana kalau tiba-tiba sakit kat dalam kapal terbang? Kan bagus ada layanan mesra daripada anak kapal? Ada orang layan keperluan you kat atas awan tu sambil beri senyuman mesraaaaa…” saja aku sebut perkataan mesra tu panjang sikit. Biar sama panjang dengan muncung dia sekarang ni.

“Bagi orang lain je buat kerja tu… you tak payah menyibuk!” Dia lap mulut dengan tisu. Tanda dah habis makan.


Aku geleng kepala tengok nasi dalam pinggan dia. Mungkin ini masa yang sesuai untuk aku bagi ceramah fasal membazir untuk kesekian kalinya.

4 comments:

  1. thanks Ain ada juga pengubat rindu. Si Yana ni semakin nakal suka sangat sakat Ben. My Darling Ben ni lambat pulak la nak confess....aduyaiiii penat Ai tggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... jangan give-up ya... insya-Allah dalam versi cetak nanti Ben akan approach Yana... tungguuuu...

      Delete
  2. oh no...dah habis...rindu la nanti sama itu ben...

    ReplyDelete