Tuesday 1 October 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 10





Bab 10

Hari minggu di ioi Mall memang selalu sesak, itulah yang Kak Yati kata ketika mencari tempat parkir tadi. Sebaik menjejakkan kaki ke dalam pusat membeli belah terbesar di Puchong ni Kak Yati dah menghilang ke pusat kecantikan yang dia selalu kunjungi. Memang dia ada ajak sama tadi tapi memandangkan duit yang tinggal tak berapa ringgit aku malas nak mengekor dia. Aku dan Naz ambil keputusan jalan-jalan cari fasal je kat sini.
Lepas sejam menghabiskan masa di Popular Bookstores yang terletak di tingkat dua aku dengan Naz turun ke tingkat bawah. Aku nak beli aksesori rambut.
Aku suka datang Sinma ni, banyak barang-barang dia yang murah. Aku ambil cekak rambut, getah pengikat rambut dan aku tercari-cari sepit rambut yang sesuai. Sepit rambut rama-rama yang aku pakai masa pergi temuduga dulu dah hilang sebelah. Jatuh kat manalah agaknya. Mungkin jatuh masa kaki aku terpeleot tu agaknya. Sayang betullah, tu antara sepit rambut yang aku suka.
Asyik aku memilih-milih sepit rambut sambil bercakap sorang-sorang aku dengar ada suara panggil nama aku. Aku toleh kiri dan kanan. Tak nampak siapa-siapa pun. Naz ada kat hujung sana, buat tak pandang je kat aku ni. Hantu mana pulak tegur aku ni? Meremang dah bulu roma. Tiba-tiba… “Hai sweetie!” dia jengukkan muka dari belakang aku. Oh mai!!! Terkejutnya aku. Nasib baik aku tak menjerit. Kira ajaib jugalah keadaan aku masa ni. Diam aje. Selalunya bukan takat menjerit je, siap melempang lagi siapa yang terperanjatkan aku tu.
“Ben! Bu… buat apa kat sini? Shop… shopping ke?” Dah tergagap-gagap aku nak mengeluarkan suara. Terkejut aku terserempak dengan dia kat sini. Nak beli sepit rambut jugak ke?
“Teman girlfriend shopping…” Meleret je suara dia. Cisss!!! Inilah lelaki. Kata tak ada girlfriend, dan-dan pulak hari ni dah ada. Yang dia siap mengaku aku ni tunang dia tu buat apa. Eeee… geramnya! Rasa nak aje aku pakaikan sepit rambut yang aku pegang ni kat rambut dia. Macam siot. Benci pulak aku tengok senyuman dia tu. Rasa nak pijak-pijak kaki dia.
Tiba-tiba aku teringat yang aku pakai wedges yang dia belikan hari tu. Aku sorokkan kaki dalam skirt labuh yang aku pakai.
“Yana suka kasut tu eh? Thanks sebab sudi pakai! I love you!” Dia bisik kat aku kemudian berlalu ke kaunter. Malunya aku. Tak sangka dia nampak kasut aku. Haish! Berani pulak dia kata I love you kat aku… memang nak kena sumpit dia ni. Menyampah aku tengok dia yang masih tersengih-sengih pandang aku dari sana. Ikutkan rasa nak aje aku letak balik semua benda yang dah aku isi dalam bakul kecik ni. Mana pulak girlfriend dia ni?
“Jom bayar!” Naz letakkan barang yang dia pilih dalam bakul aku. Aku hulur Rm50 kat dia dan minta dia tolong bayarkan. Aku keluar dan duduk kat kerusi di luar. Tak lama lepas tu Naz datang dan hulurkan aku beg plastik dengan duit yang aku bagi dia tadi.
Boyfriend kau bayar, eh… aku nak pergi tandas kejap. Tunggu eh!” Tak sempat nak cakap apa-apa Naz menonong je pergi. Nak terkucil sangat dah kut.
Kemudian mamat hensem yang mengenakan seluar khakis coklat muda dengan t-shirt putih jenama polo tu datang dekat aku. Berjalan ala-ala model di pentas catwalk antarabangsa. Sampai kat aku dia berhenti dan kemudian duduk sebelah aku. Berani mati betul mamat ni. Tak takut girlfriend marah ke? Aku pulak yang takut dan tertinjau-tinjau kiri kanan depan belakang. Manalah tahu kang tiba-tiba je aku kena baling dengan heels. Aniaya je.
“Cari siapa?” Dia tanya aku soalan yang tak berapa cerdik.
Girlfriend awaklah!” Aku tekan suara. Nak tekan kepala dia takut pulak kena marah. Lagipun mana boleh aku suka-suka hati pegang anak teruna orang kan?
“Kat sebelah saya ni lah girlfriend saya…” Dia cakap sambil gelak. Suka sangat dia ni gelakkan aku nampaknya.
“Awak memang suka main-main eh?”
“Dengan Yana jemy sweetie!”
Stop calling me sweetie!” Dah nak bernanah telinga aku dengar dia panggil aku macam tu. Tak sukalah.
Should I call you honey? Dear? Or sayang?” Dia senyum dan pandang aku. Rasa macam nak flying kick je orang tua sebelah aku ni. Nasib baik hensem, tu yang tak sampai hati.
Aku nampak kelibat Kak Yati dan Naz menghampiri kami. Dari jauh lagi Kak Yati melemparkan senyuman dan mengangkat tangan kanan melambai Benjamin. Kak Yati macam tau je Benjamin nak datang sini? Ke dia yang beritahu Benjamin kami semua ada kat sini? Haish!
“Jom makan, I belanja.” Benjamin pandang Kak Yati.     
“I okey jeermm Naz? Yana?” Naz cepat je anggukkan kepala. Takkan aku sorang je nak membantah, nak tak nak aku ikut je langkah kaki dia orang.
“Kalau Pizza Hut Yana suka perisa apa?” Benjamin tanya aku. Kak Yati dan Naz dah meninggalkan kami setelah Benjamin beritahu yang dia nak belanja makan pizza tadi.
Island Supreme.” Aku jawab dengan jujur.
“Samalah dengan saya… kita ada citarasa yang sama.” Banyaklah dia punya citarasa yang sama. Bukan boleh pakai sangat cakap mamat ni. Kuat mengayat jugak dia ni. Kalau aku cakap suka pizza perisa belacan pun agaknya dia kata sama dengan dia. Propa sungguhlah!
Masa kami sampai di Restoran Pizza Hut Kak Yati dah siap oder. Memang pantas bergaya betullah Kak Yati ni. Oleh kerana Kak Yati duduk sebelah menyebelah dengan Naz maka secara automatik aku kena duduk sebelah Benjamin. Dia tengah bercakap sesuatu dengan Kak Yati dan lepas tu dia gamit pelayan. Rupanya oder pizza yang aku suka makan tu. Ishk… baiknya hati Benjamin ni, buat aku risau je. Aku takut lama-lama nanti aku jatuh cinta kat dia. Si Daniel Henney Malaysia ini.
Selesai makan Kak Yati ambil keputusan nak balik. Aku pun setuju. Dah petang sangat dah ni. Esok pulak hari pertama aku akan bekerja. Kena cukup tidur ni. Benjamin ikut kami sampai ke kereta Kak Yati. Siap pesan kat aku tunggu dia depan rumah jam 7 pagi esok.

6 comments: