Tuesday 3 June 2014

Suara Hati Seorang Ikmal - Part 3






Part 3


Diam tak diam akhirnya minggu ni dah sampai ke penghujung hari bekerja. Aku pun baru seminggu berada di sini. Nak tak nak aku kena juga balik ke Klang, sebab aku rindukan keluarga aku. 

Tak sampai hati pulak nak ‘cong’ mama tiap kali dia whatsapp. Takut juga aku kena sumpah jadi batu kalau mama tahu aku dah lama balik dan tak menjenguk dia. Lagipun syurga aku di bawah telapak kaki mama. Jangan cari fasal, tak cium bau syurga aku nanti!

Lepas majlis dinner nantilah aku balik ke Klang. Hari minggu nanti, dapatlah aku berehat dan makan masakan mama. Rindu juga kat bilik aku di rumah keluarga aku di Klang tu. 

Kalau balik sana aku suka tengok balik album-album lama sewaktu aku masih belajar dahulu. Aku nak angkut album-album tu bawa balik rumah sendiri mama tak bagi, dia kata dia pun suka tengok album-album gambar aku tu. Macamlah aku tak tahu, dari dulu dia sibuk nak teka yang mana satu girlfriend aku. Hehe...

**************************

Aku masuk ballroom lambat sikit. Sebabnya lepas menunaikan solat maghrib di surau aku terjumpa dengan geng-geng dinner yang lain di tandas. Dan Si Komeng (bukan nama sebenar), supervisor di production tu sibuk nak mekapkan muka aku pulak

Puas aku bagi alasan agar Komeng yang berperwatakan lembut tu agar tak menconteng muka aku tapi selagi aku tak mengalah selagi tulah dia tak bagi aku keluar dari tandas. Aku silambam karang baru dia tahu!

Nasib baik juga dia mekapkan bahagian mata je. Kalau dia conteng pipi aku dengan lukisan macam yang dia buat kat pipi dia tu memang aku terus balik je. Dinner kat kedai tom yam ajelah jawabnya. Itu pun lepas aku balik rumah dan cuci muka bersih-bersih.

“Mal! Sini!” Faridzul gamit aku sebaik masuk ke ballroom. Dia tunjuk tempat kosong sebelah dia. Mujur dia dah reserved tempat untuk aku. Alah, memang Department Manager and above ada meja khas. Tak payah aku sibuk-sibuk nak cop-cop meja. Depan pentas pulak tu. Alhamdulillah.

“Lawa eye-shadow!” Faridzul gelakkan aku. Kurang asam betullah. Mana Si Komeng ni? Aku nak suruh dia mekapkan Faridzul  ni pulak!

Aku duduk dan bertegur sapa dengan rakan-rakan lain, yang semeja dengan aku. Mentang-mentanglah aku masuk lambat depa bagi aku duduk membelakangkan pentas. Cett... telenglah leher aku nak pandang persembahan kat pentas tu nanti. 

Aku tebarkan pandangan dan aku nampak di meja tiga baris di depan sana berebut-rebut anak dara dan mak dara sedang sibuk bergambar. Hrmm... bukan main depa kerumun mat salih celup tu. Glamourlah tu konon!

“Marka yang kau suka tu ada kat sana!” Faridzul bisik kat aku. Background music yang dipasang perlahan menjadi halwa telinga. 

“Mana?” aku pandang arah yang dia tunjuk. Aku nampak si comel tu sangat cantik, dia bermekap hari ni.

“Dia bergambar berdua dengan Ben tadi... baik punya!”

“Apa yang baik punya?” ingat dia Dafi ke nak cakap ‘baik punya’? Hish!

“Baju dia orang sedondon. Cantik giler apabila bergandingan, macam pengantin! Kalau ada pelamin kat sini nak je aku suruh dia orang bersanding. Seorang cantik seorang lagi handsome. Dapat anak-anak esok memang sah muka lawa-lawa. Pan-Asian!” Faridzul bercakap ikut sedap mulut dia. Langsung tak fikir hati dan perasaan aku. Apalah dia ni! Bikin panas je!

“Kalau aku tackle dia macam mana? Rasa-rasa boleh dapat tak?” aku tanya Faridzul. Nasib baik juga rakan-rakan semeja ni sedang berbual sesama mereka. Harap tak adalah yang menelinga perbualan aku dengan Faridzul ni.

“Kau? Serius?” Faridzul bulatkan mata pandang aku.

Why not?” aku gerakkan badan ke kiri apabila waiter mahu menuangkan jus oren ke dalam gelas.

“Susah sikit kut!” 

“Susah? Kenapa pulak?” aku capai gelas berisi jus oren dan perlahan kuteguk isinya usai bacaan bismillah.

“Tu la kau... lama sangat tak ada kat sini. Banyak benda kau ketinggalan! Lain kali jangan duduk overseas lama-lama sangat! Ni tak, setengah tahun kau tak balik-balik!” eh, Faridzul ni... memanglah dia ni, kalau syarikat ni papa aku punya senang cerita. Dia je aku hantar dok kat overseas nun. Ingat aku sengaja ke nak berlama-lama kat sana?

Aku ada balik dua kali sepanjang enam bulan aku di luar negara. Tapi aku balik masa cuti jelah. Aku jumpa Mr. Matsumoto kat luar dan bincang fasal kerja. Aku memang tak masuk pejabat.

“Apa yang aku ketinggalan?” kalau fasal kerja dan department rasanya tak ada apa yang aku ketinggalan. Walaupun aku jauh namun teknologi internet dan multimedia memudahkan segala-galanya. Saban minggu aku menerima laporan daripada orang bawahan aku di sini. Semua yang bersangkutan kerja memang dalam pengetahuan aku.

“Marka yang kau target tu Ben yang punya! Aku rasa dia orang tu ada hubungan istimewa. Kalau kau nak tackle, kenalah ketepikan Ben dulu... boleh ke?” macam nak mencabar aku je cara Faridzul ni bercakap.

Aku senyum pandang Faridzul. Aku seorang fighter! Aku jenis yang sukakan cabaran. Lagi susah cabaran tu lagi bersemangat aku nak melakukannya. Tambahan lagi kalau hasil dan pulangannya lumayan. ‘Mama! Mal akan bawa balik menantu untuk mama tak lama lagi!’ itu suara hati aku yang penuh tekad dan semangat.


 Dengar kata alu-aluan tuan pengerusi majlis sudah, dengar ucapan MD sudah, makan dan minum pun sudah dan sekarang ni acara persembahan masih berlangsung di pentas. Ada artis jemputan dan lepas ni Grand Lucky Draw. 

Aku ke tandas, banyak sangat aku minum jus oren malam ni. Mr. Paneer ajak aku ‘minum’ dengan geng-geng dia di luar ballroom. Aku geleng kepala, tak minum dah ‘air teh’ yang tak halal tu. 

Beberapa ela lagi dari pintu masuk ballroom aku nampak ‘si comel’ tu sedang berjalan dengan Zuraini. Nak ke tandas agaknya, mula-mula aku malas nak tegur dia tapi mata aku ni asyik je nak pandang kat dia. Kenapalah dia ni comel dan cantik sangat? Aku bukan saja-saja nak kacau dia tapi memang hati aku ni berkenan sangat kat dia ni!

“Intan Liyana!” aku panggil nama dia dengan agak kuat. Walaupun berada di luar aku masih boleh dengar sayup-sayup bunyi muzik dari dalam ballroom.  Terhenti langkah dia dan selepas pandang dia seketika Zuraini meneruskan langkah.

Aku nak tanya dia balik dengan siapa. Mana tahu aku boleh hantar dia balik. Pihak syarikat ada sediakan bas untuk memudahkan pekerja datang dan balik dari majlis dinner ni. Tapi mesti lambat sampai rumah kalau naik bas yang banyak perhentiannya tu nanti.

“Balik nanti naik apa?” kebetulan pula pintu ballroom terbuka dan aku yakin dia tak dengar apa aku cakap sebab dia gelengkan kepala. Aku hampiri dia dengan agak rapat, wangian yang dia pakai menusuk lembut ke hidung aku. Dia kelihatan lebih tinggi malam ni, mesti sebab kasut tumit tinggi runcing yang dia pakai tu. Pakailah apa pun Intan Liyana, kau memang sentiasa kelihatan cantik di mata aku!

Aku bercakap rapat di telinga dia. “Balik dengan siapa?” masa ni aku nampak dengan jelas kulit wajah dia yang halus dan mulus. Kalau ikutkan hati nak je aku hadiahkan ciuman di pipi dia tu tapi takut pulak dapat hadiah ‘penampar’ sebagai balasan. 

‘Sabar Ikmal sabar! Takkan lari gunung dikejar’ aku pujuk hati sendiri.

Kalau gunung confirm tak bergerak dan lari ke mana-mana tapi ini manusia. Belum sempat dia jawab ada pulak ‘mangkuk’ yang raih bahu dia dan jauhkan daripada aku. 

Aku pandang je dia dan Ben yang bergerak menjauh dan aku masuk balik dalam ballroom. Jumpa geng-geng semeja kejap dan aku nak balik Klang teruslah malam ni.

********************

“Assalamualaikum ma! Sorang je? Papa dan Kak Intan mana?” aku tegur mama yang sedang bersarapan di meja makan.

“Waalaikumsalam! Papa biasalah, menebas rumput! Kak Intan pulak ada hal di sekolah. Mal apa khabar? Bila balik?” mama senyum dan pandang aku. Tangannya kucium, aku rindu mama!

“Khabar baik ma!” aku capai pinggan berisi nasi goreng yang dihulur oleh bibik. Secawan air nescafe diletakkan di depan aku.

“Papa tak jemu-jemu main golf ya ma!” walaupun aku jenis yang suka bersukan namun golf bukan salah satu daripadanya.

“Terpaksa! Ni bila balik? Tahu-tahu je muncul!” 

“Balik minggu lepas! Lepas dinner syarikat malam tadi Mal senyap-senyap balik sini. Mama dah tidur pun masa Mal sampai!” aku call bibik dan minta dia bukakan pintu rumah sebab aku terlupa bawa kunci.

“Balik dari minggu lepas, minggu ni baru balik ke sini?” suara mama dah naik setakuk tu.

“Maaf mama! Mal busy sangat...” aku buat muka seposen pandang mama. Lepas baca bismillah dan doa makan aku suap nasi goreng ke mulut.

Busy ke dah tak sudi nak balik sini? Yelah, mama kan kuat membebel!” aiii... sedih je aku dengar statement mama ni. Takkan pagi-pagi dah merajuk kut. Tapi sedar pun mama yang dia kuat membebel. 

“Ma, apa cakap macam tu... erm, Mal ada belikan mama beg tangan LV latest edition. Mama mesti suka!” lupa pulak nak bawa turun sekali tadi. Tapi aku nampak mama mencebik. Ishk... mahal kut beg LV tu, aku siap mintak papa sponsor separuh. Rugilah kalau mama tak suka.

“Tak payah susah-susah nak rasuah mama! Semua hadiah mahal dan berjenama tu tak bermakna buat mama. Kepulangan Mal ke mari lebih mama harapkan.” Alamak, sedih pulak gayanya cakap mama ni. Muka pun tak ceria. Kiranya antara aku dengan beg tangan LV, aku lebih bermaknalah buat mama, kan?

“Ma, janganlah sedih-sedih macam ni. Mal janji akan selalu balik ke mari lepas ni dan Mal nak bawa menantu untuk mama tak lama lagi!” aku cakap sambil senyum, membayangkan si comel tu bakal menjadi menantu di rumah ini. 

“Jangan nak mengada-ada pulak ya! Angin tak ada ribut tak ada tiba-tiba nak kahwin! Mama takkan benarkan Mal kahwin dengan bangsa asing!” mama tunjuk muka garang kat aku. Aik... aku punyalah teruja nak beritahu dia berita gembira yang aku dah bersedia nak kahwin, ini pulak penerimaan mama. Pelik ni! Selalu tu sibuk sangat ceramah aku fasal hal nikah kahwin?

Aku sempat selidik latar belakang si comel tu, dia memang Melayu tulen walaupun rambut dia keperang-perangan. Bangsa asing apa pulaknya, tapi eh... mama cakap fasal siapa sebenarnya ni?

“Mama takkan benarkan Mal kahwin selain daripada perempuan Melayu... nilah padahnya kalau lama sangat bekerja di luar negara, nak kahwin dengan orang Taiwan ke orang Jepun ni?”

Mula-mula aku terlopong juga dengar ayat-ayat yang keluar daripada mulut mama tapi lepas tu aku tergelak. Sah! Mama salah faham, dia ingat aku dah jatuh hati dengan gadis daripada dua negara yang selalu aku kunjungi tu agaknya.

“Ni orangnya!” aku hulur Note 3 kat mama, aku sempat curi-curi ambil gambar si comel tu malam tadi.

“Melayu ke?” mama pandang aku lepas fokus dengan skrin Note 3 di tangannya.

“Melayu la, kampung dia kat Temerloh.” Aku cakap dengan bangga, mujur aku baik dengan Dina. Boleh juga aku minta dia alamat dan latar belakang si comel tu.

“Cantik! Bila kita boleh pergi meminang?” mama tanya dengan nada tak sabar.

“Sabarlah ma! Kenalah berkenalan dengan keluarga dia dulu...” kalau main terjah je pergi meminang aku yakin sangat kena tolak mentah-mentah nanti. Kurang-kurang pun kenalah beramah mesra dengan keluarga dia dulu. Kena tackle keluarga dia dulu barulah boleh dapatkan dia.

Aku dah ada perancangan dalam kepala. Dengan bantuan mama, papa dan Kak Intan aku pasti rancangan aku akan berjaya. Aku akan pastikan si comel tu ‘melekat’ dengan aku pulak lepas ni. Aku akan bersaing dengan Benjamin kalau perlu.

“Mama okey ke? Berkenan nak buat menantu?” lega aku tengok wajah ceria mama. Barulah selera makan aku datang, sesudu demi sesudu nasi goreng masuk dalam mulut aku.

“Mestilah berkenan, cantik orangnya. Kalau ada anak nanti mesti comel-comel... tapi, mama tengok dia ni macam muda sangat. Berapa umur dia?” mama letak Note 3 atas meja dan pandang aku.

“10 tahun lebih muda daripada Mal...”

“10 tahun? Tak muda sangat ke?” 

“Kalau mama nak ramai cucu, Mal kenalah cari isteri yang muda... mama kan lebih arif sampai umur berapa perempuan selamat mengandung dan melahirkan?” kalau dapat isteri muda yang comel dan manja macam Intan Liyana tu harus aku bawa dia ke mana-mana je aku ditugaskan nanti. 

Aku harap dia jenis yang senang dijaga, aku tak nak perempuan yang bersikap ‘queen control’

Seorang isteri haruslah taatkan suami selagi dia tidak disuruh melakukan perkara yang memudaratkan dan bercanggah dengan ajaran agama. 

Aku berazam untuk menjadi seorang lelaki yang baik, dan aku berharap jodohku adalah dari kalangan perempuan yang baik-baik juga. 

Lebih manis kalau jodohku dengan Intan Liyana, si comel yang telah mula menguasai keseluruhan hatiku kini. Mudah-mudahan. Amin.


  

10 comments:

  1. ms ni dh start la fight dgn ben....ic...

    ReplyDelete
  2. comey plak si ikhmal ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel tapi sengal kut Ikmal ni kak Rina :)

      Delete
  3. Love ur writing style...lain karekter lain cara penulisan. This is more sempoi. ( ha ha ha...suka ati je rojak kan bahasa )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Fara... since yang ni tak akan diterbitkan okey kut tulis ikut suka hati... jenuh nak menyelami perasaan seorang lelaki... hehe... terima kasih sudi baca :)

      Delete
  4. Nak lagi ye kak Ain Kamalia.. Wlaupun sy xsuka mamat ni.. Nak tahu betul x dia kena perangkap n kenapa masa dy nk terbang tu punyalah peluk bini smpai xperasankan yana.. Hehe.. Peace!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Cik AF... nak lagi ya, baiklah nanti akak karangkan lagi... hehe...thanks sudi baca :)

      Delete
  5. Sy x ble terima ikmal yg ku benci ni berwajahkn nazim othman hero pujaan hatiku...waarghhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nancy... hehe... thanks sudi baca ya...

      Delete