Tuesday 1 October 2013

Dah Jodoh I Dengan You - Bab 9







Bab 9

Dua hari aku di rumah. Kaki kiri aku bengkak sikit. Aku sapu dengan minyak gamat. Takut masuk angin. Sebab tak ada kerja sangat nak buat aku tolong mop lantai dan gosokkan baju-baju Kak Yati yang ada dekat bilik bawah ni. Aku gantung dengan hanger elok-elok dan sangkut kat rak baju. Baju aku pun aku gosok sekali cuma baju Nazirah aku tak gosok. Tetiba malas pulak. Sorilah Naz.
Jam 5:45 petang Benjamin called aku. Aku dah saved nombor dia dalam handphone aku jadi nama dia terpapar kat skrin. Dia ajak aku keluar minum petang. Aku cuba nak buat alasan tapi rupanya dia dah ada kat depan pagar. Aku pakai skirt labuh jeans dan t-shirt berlengan tiga suku. Aku sikat rambut dan lekatkan pin rambut bunga matahari di kiri kanan. Nampak macam budak sekolah menengah pun ada. Awet muda rupanya aku ni.
Hai sweetie!” Dia tegur aku yang tengah nak buka solex pagar. Dia ingat aku ni bun sweetie ke apa? Huh! Tak sukalah!
“Tak kerja ke?” Suka hati aku sound dia.
“Dari tempat kerjalah ni… jom!” Dia bukakan pintu kereta untuk aku masuk. Agaknya dia ni pernah jadi pemandu kut. Rajin sangat bukakan pintu untuk penumpang.
“Kita minum kat kedai depan tu ajelah.” Aku tuding jari ke depan.
“Jauhnya.” Dia jawab tapi kemudiannya dia menghalakan keretanya ke situ.
Kami ambil tempat kat sebelah dalam sikit. Panaslah nak duduk kat depan-depan kedai. Kakak yang selalu ada kat kaunter datang ambil pesanan.
“Awek ke Ben?” Kakak yang ikat kepala dengan bandana scarf warna biru tua tu tanya soalan kat Benjamin sambil pandang kat aku.
“Tunang!” Selamba dia jawab.
“Cantik!” Kakak tu jawab sepatah sambil tulis pesanan kami. Ketika dia berlalu aku pandang Benjamin macam nak telan. Gilalah dia ni, menyebarkan berita palsu kata aku ni tunang dia. Seganlah aku nak datang kedai ni lagi nanti. Dia dah tutup peluang aku untuk selalu tapau makanan kat sini. Sengal betullah.
“Nanti saya bagi Yana cincin ya?”
“Cincin? Nak buat apa?”
“Yana kan tunang saya!” Dia cakap sambil gelak-gelak. Dia nak aku join gelak sekali ke apa ni?
Tak lama lepas tu pesanan sampai. Mujur orang lain yang hantarkan. Segan aku dengan kakak rock tadi tu. Ni minum petang apa kebenda? Dia oder nasi ayam? Heheh… macam tau-tau je aku belum jumpa nasi lagi hari ni. Bagus… bagus…
“Yana ada boyfriend?” Dia tanya aku lepas kunyah sesudu nasi. Apalah motif dia tanya aku soalan ni? Takkan ajak aku datang sini semata-mata nak tanya soalan yang tak menguji minda ni?
“Kenapa nak tahu?” Aku jawab soalan dia dengan soalan juga. Fair and square kan?
“Takutlah juga… mana tahu saya ajak keluar ni ada yang marah.”
“Mestilah ada yang marah!” Aku saja nak buat dia gabra. Biar lepas ni dia tak ajak aku keluar lagi. ‘Tunang’ aku yang sengal ni. Nyata air muka dia berubah.
“Mr. Benjamin…”
“Ben…” Tak sempat aku nak habiskan ayat dia dah sergah aku. Asam keping betullah.
“Ben, awak pulak? Tak ada yang marah ke kita keluar ni?”
“Saya?” Dia tuding muka sendiri dengan jari telunjuk. ‘Yelah’ aku tanya fasal dialah, takkan aku tanya fasal Aya India yang tengah minum kat meja depan tu pulak, kan? Tapi aku yang baik hati lagi berbudi bahasa ni anggukkan kepala pulak. Baiknya aku, sopan… terharu dengan pencapaian diri sendiri.
I’m single and available.” Dengan bangga dia umumkan kat aku. Agaknya kalau kedai makan ni ada PA system tentu dia dah gunakan. Aku cebik aje. Bajet aku nak percaya kata-kata palsu dia tu? Aku tak percaya makhluk hensem yang sesempurna dia ni tak ada awek. Entah-entah sekarang ni awek dia tengah perhatikan kita orang kut. Isy… seriau aku.
Lepas tu kita orang tak bercakap-cakap lagi. Tekun dan usaha menghabiskan nasi di pinggan masing-masing. Tapi aku pelik jugak dengan diri aku ni. Tak rasa kekok dan malu-malu sangat aku dengan dia ni. Rasa natural aje. Macam serasi bersama gitu.
Benjamin oder lagi dua cawan teh tarik. Dengan aku-aku sekali kena minum air panas. Tak tanya pun aku nak minum apa. Aku ni punyalah meleleh air liur nak minum Jus Durian Belanda. Tak pelawa pun. Dari tadi dok minum teh tarik je. Pening dah aku ni.
Ingat lepas kenyang nak angkat kaki dah. Agaknya mamat ni bercadang nak lepak lama-lama kat sini kut. Jangan dia ada niat nak tidur kat sini dahlah. Aku tahulah dia kenal kakak rock tuan punya kedai ni. Tapi kalau dia memang ada niat nak tidur sini jangan membabitkan aku dahlah. Tak rela aku.
Pelayan datang dan bersihkan meja, siap lap sekali. Benjamin letakkan dua cawan teh tarik yang baru sampai ke sudut hujung meja. Dia keluarkan sampul surat bersaiz A4 dan keluarkan dokumen dari dalamnya. Dia hulurkan aku pen dan suruh aku sain kat tempat yang dia tunjukkan. Tapi aku tak nak. Kurang-kurang bagi tahulah dulu apa kandungan dokumen tu. Buatnya surat perjanjian jadi khadam dia  seumur hidup tak niaya ke aku?
You don’t trust me?” Dia sepetkan mata pandang aku.
It has nothing to do with  trust. Tapi… prinsip.” Aku jawab sambil pandang dia sekilas. Dia mengalah dan unjukkan dokumen tu ke tangan aku. Muka surat pertama ada logo syarikat. Yeayyyy!!! Aku diterima bekerja! Happynya, rasa macam nak menari-nari ataupun buat sarkis kat sini.
Are you that happy?” Dia gelak tengok aku yang senyum sampai telinga ni.  Gila tak happy? Inilah saat-saat yang aku tunggu. Terima kasih ya-Allah!
Thank you Ben…” Aku pandang dia sekilas dan kemudian mula membaca kandungan surat tawaran pekerjaan tersebut. Aku boleh rasa muka aku panas dengan kegembiraan dan mulut aku dah macam tak boleh nak tutup. Aku senyummmm je dari tadi. Bahagianya. Seronoknya.
I’m happy for you.” Dia jawab perlahan. Tak nak ganggu konsentrasi aku yang sedang membaca ni agaknya.
Habis baca aku letakkan dokumen tu atas meja. Benjamin hulurkan pen. Tak sabar-sabar nak suruh aku sain. Aku nak main-mainkan dia dulu.
“Sainlah cepat.”
“Tak naklah!” Aku jawab dengan muka masam.
“Kenapa?”
“Dah dapat kerja tempat lain.” Aku sambung muka sedih.
“Dapat kerja kat mana? Syarikat apa? Beritahu saya, biar saya call dan tolak offer dia orang.” Amboi, sesedap rasa je nak tolak offer untuk aku ya.
“Gaji sikit sangat ke?”  Aku geleng. Kalau ikut jumlah yang tertera di situ memang berada dalam lingkungan gaji  fresh graduate yang ada diploma macam aku ni. Takkan aku nak minta gaji macam manager pulak, kan? Setimpallah dengan kelulusan aku yang tak seberapa ni.
Benjamin tundukkan wajah. Takkan frust kut. Cepat-cepat aku ambil pen dan sain ketiga-tiga salinan tersebut. Aku letak depan dia. Dia tak perasan aku dah sain surat tawaran tu.
“Kenapa awak macam sedih je? Tak suka saya kerja kat tempat awak ya?” dia jeling aku. Amboi… garangnya. Tapi aku tak takut. Rasa nak tergelak adalah.
“Dah Yana tak nak terima cakap macam tu pulak, mestilah saya sedih. Saya ingat dapatlah tengok muka Yana hari-hari.”
“Okeylah, mulai minggu depan jangan kata boring pulak tengok muka saya hari-hari tau!” Aku pulangkan pen ke tangan dia. Lekas-lekas dia tengok dokumen yang aku dah sain tu. Tiba-tiba je air muka dia berubah jadi gembira dan dia tersengih-sengih pandang aku. Poyo betul.
I love you Yana! I love you so much!” Erkk… lagi sekali aku kehilangan kosa kata untuk menjawab.

4 comments: