Wednesday 5 March 2014

Teaser 5 - Dah Jodoh I Dengan You









Minggu ni boleh dikatakan hari-hari aku balik lambat. Sebab hari-hari Ben kena ‘bertugas’ kat court bola tampar la, court badminton la, jangan lepas ni dia ada cita-cita nak apply part time kat Courts Mammoth dah ler

Aku sesekali je turun tengok perlawanan bola jaring, itupun kalau team aku yang main. Kadang-kadang aku sambung kerja kat ofis.

 “Tengok bola tampar jom! Hari ni team kita lawanlah. Separuh akhir…” Abe Khairi ajak aku, masa tu dah jam 6 lebih.

“Malaslah…” sedap lagi dok dalam aircond ni. Dia nak tengok pergi jelah tengok. Bukan dia share mata dengan aku pun.

“Jomlah! Wan dengan Halim pun main tau! Kenalah support!” Ishk… dia paksalah pulak. Berjangkit penyakit Kak Liza lah ni.

Tuuu dia… Wan tengah melompat dan buat spike kat gelanggang lawan. Daebak! Mata bertambah untuk pasukan kami. Hebat juga Wan ni, tak berat ke rambut afro dia tu. Hehehe

Ben tiup wisel tamatnya separuh masa pertama. Dia lambai kat aku. Pemain kedua-dua pasukan berkerumun kat tepi court. Berebut nak minum air.  

Aku tengok papan markah. Apa ni? Banyaknya mata team kami ketinggalan lawan dengan team Ikmal. Kalah?

 Aku hulur air mineral sejuk yang aku beli kat kantin masa on the way ke mari tadi.

Thanks!” Ben teguk air mineral sejuk tu. Aku tengok muka dia berpeluh-peluh. Topi pun dah senget. 

Aku buat isyarat suruh dia tunduk dan aku betulkan topi dia. Aku lap juga peluh dia dengan tisu yang ada kat tangan aku ni.

“Servis baik punya…!” Abe Khairi perli akulah tu. 

“Mana tau lepas ni referee boleh bagi team kita menang ke?” aku jawab sambil pandang muka Ben. Dia minum separuh air mineral tu dan tutup balik penutupnya.

“Kalau boleh dah lama I buat…” dia jawab sambil letak botol mineral kat pipi aku. Euwww… sejuk! 

Lepas cakap bye dia berlari ke court semula. Permainan akan diteruskan. Aku harap team aku akan menang set kedua ni. Aku sanggup balik lambat sikit kalau kena lawan sampai seterusnya pun.

Aku malas nak tumpukan sangat perhatian kat game tu sebab ada Ikmal. Memang dia ‘killer’ dan hasilnya team kami kalah di tangan team R&D dan Procurement. Kecewanya aku.

Sorry…” Ben kata kat aku sebaik perlawanan tamat. Aku saja tunjuk muka sedih kat dia. Padahal aku bukan bagi perhatian sangat kat perlawanan tadi. Aku dok main games kat handphone. Saja buat gaya sedih melebih-lebih.

Aku takut nak pandang sangat kat court tu masa perlawanan sedang berlangsung sebab sesekali aku perasan Ikmal renung tajam kat aku dari sana. 

Sesekali dia ada whatsapp aku tanya khabar. Kadang-kadang aku jawab juga. Tapi kalau dia call aku memang tak akan angkat. 

Maaflah, aku tak rasa ada benda penting yang dia nak cakap kat aku pun. Nasib baik juga dia tak pernah call masa aku ada dengan Ben. Kut tak masak aku.

“Ikmal masih menyengat… susah nak kalahkan skill dia.” Ben cakap sambil ambil air mineral kat tangan aku.

 

4 comments:

  1. Bgus Yana...jgn pandang sblh mata pun kt Ikhmal...hi hi hi...emo plak reader yg ni ya ;-)
    Thank u for the n3...ari2 jengok blog kot la cik writer baik ati nak upload teaser

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he... Cik fara... thanks sudi jengok blog hari2... terharu saya :)

      Delete
  2. BEST SANGAT2 RINDU BEN&YANA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kerana sudi merindui Ben & Yana... :)

      Delete